Anak “Hypospadias”

Assalamualaikum semua. Terima kasih admin kalau cerita aku terpilih untuk disiarkan. Sekadar berkongsi sikit pengalaman anak “hypospadias”.

Hypospadias bermaksud saluran kencing (urethra) yang sepatutnya ada di hujung penis, tapi tak terletak di hujung penis. Senang kata lubang kencing tu tak duduk di hujung.

Selalunya, macam kes anak aku lubang kencing dia ada di bawah penis. Kalau nak gambaran lebih jelas korang boleh google la.

Benda ni bukan penyakit, ianya cuma kelainan di bahagian penis anak lelaki dan boleh dirawat dengan pembedahan.

Anak aku sendiri masa dalam labour room nurse dah perasan. Dan lepas keluar wad anak direfer ke pakar untuk tau lebih lanjut apa masalah dia.

Macam mana boleh perasan, anak hypospadias ni dia takda kulup dekat hujung penis.

Kulit tu membentuk seakan “hoodie” kat bahagian atas penis. Selain tu, penis yang bengkok.

Rasanya ada juga kes ni yang penis tak bengkok. Maafkan aku kalau aku salah. Aku cakap based on case anak aku.

Kencing bermasalah tak? Anak hypospadias takda masalah kencing sakit dan sebagainya. Kencing tetap macam biasa cuma taklah memancut.

Kencing dorang ni selalunya meleleh ja disebabkan lubang kencing tak terletak dihujung penis.

Macam mana nak rawat? Cuma melalui pembedahan. Anak aku dua kali refer pakar masa baby.

Dan baru selesai stage one since dia hypospadis with chordee (means bengkok). Macam kes bengkok ni, doktor akan betulkan penis supaya lurus dulu sebelum buat saluran baru.

Kalau anak yang takda chordee, just sekali operation sajalah untuk betulkan saluran tu. Penis yang bengkok ni tisu tisu dekat bahagian tu dah rosak, jadi doktor akan buang tisu rosak dan ganti dengan tisu baru.

Sebelum ke stage kedua operation tu pun ada follow up untuk doktor make sure penis tak bengkok semula.

Tu salah satu risiko jugak lepas operation tapi dorang cakap selalunya kurang terjadi la penis bengkok semula.

Sebelum operation doktor akan pesan jangan sunatkan anak dulu, sebab kulit “hoodie” tu dorang akan guna dalam operation tu nanti. Lepas operation, penis anak akan nampak macam dah sunat.

Lepas operation anak akan kencing guna tiub kencing. Doktor akan balut penis dengan tiub supaya penis tu lurus semula dan tiub akan dicabut selepas tiga hari.

Doktor akan pesan la supaya jaga kebersihan, sebelum pakaikan pampers atau seluar make sure keringkan dulu kawasan tu. Lepas discharge doktor akan bagi paracetamol syrup and ubat untuk sapu kat kawasan operation.

Ada effect tak kalau tak buat operation? Takdalah effect apa-apa dekat anak tu. Cuma kesian la kalau dia dah besar nanti nak berkeluarga.

Kalau anak korang dah detect dari kecik better ikut ja advise doktor, jangan tunggu lama-lama. Anak aku sekarang tengah tunggu tarikh untuk second stage untuk betulkan saluran kencing pulak.

Itu saja perkongsian aku. Semoga dapat bagi sesuatu kat pembaca semua. Maaf kalau penulisan tak cantik dan berterabur sangat. Haha.

– Mommy (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *