Cari Lain atau Teruskan?

Terima kasih admin kalau cerita ini disiarkan. Tujuan confession untuk meminta pendapat dari kalian semua, dari semua peringkat umur pembaca page ni samada patut cari yang lain atau teruskan.

Kadang kala perlu pandangan dari sudut berbeza. Saya perlukan pendapat sebab saya tak pernah cerita dan tiada sesiapa nak cerita itu ini. Maaf kalau cerita ni berterabur.

Sedikit pengenalan, saya Daisy, awal 30an dan bekerja. Saya duduk rumah sewa jauh dari family, seorang yang berdikari, masih ada parents yang saya juga kirimkan duit setiap bulan,

Ada persediaan simpanan 6 bulan gaji, pinjaman ptptn baru diselesaikan awal tahun ni dan satu satunya pinjaman saya ada, pinjaman rumah yang tengah dibina, bayaran bulanan almost 1k, gaji saya below 3k.

Satu yang saya tiada iaitu kereta, naik public transport saja.

Ini kisah saya mengenai perkenalan dengan seorang lelaki. Saya namakan dia Z,

Z juga awal 30an dan bekerja, duduk rumah mak dengan mak, juga seorang yang berdikari dan anak tunggal, punya dua motor dan satu kereta, tiada simpanan disebabkan dia baru beli kereta tahun lepas.

Gaji Z lagi rendah dari gaji saya, which is below 2k, sebab tu tiada simpanan, kena bayar kereta ansuran bulanan almost to 1k macamtu.

Bukan tujuan untuk merendahkan lelaki tau dekat sini, saya cuma perlukan pendapat dalam tempoh perkenalan dengan Z.

Pasal gaji tadi, masa awal perkenalan saya pernah bertanya dengan Z, bukan untuk mata duitan atau apa, soalan ni bagi saya perlu untuk perkenalan lebih lanjut.

Plan tu penting walaupun bukan semua kita dapat, kita merancang, Dia menentukan. Selepas saya tahu berkenaan gaji, saya teruskan berkawan sebab bagi saya, ini bukan perkara utama dalam perkenalan atau masa akan datang.

Bagi saya, kita boleh usaha untuk tingkatkan pendapatan dan juga ada kan simpanan dari masa ke semasa. Saya pun ada bagi sokongan dan cadangan dengan Z berkenaan ni.

Dalam tempoh perkenalan, Z sangat konsisten tiap hari text dan tidak pernah sehari tak text, facetime ada juga, tapi jarang memandangkan saya sibuk bekerja, saya kerja shift, kadang pagi balik petang dan kadang masuk tengahari balik malam dan Z bekerja normal working hours.

Dalam sebulan ada 2 3 kali keluar makan atau tengok wayang, bab makan mostly di food court, mamak, atau pun Mcd, berbeza dengan saya selalu keluar dengan kawan perempuan, cafe hunting.

Saya tidak cerewat bab tempat makan di mana, selagi boleh makan sebab tu saya boleh teruskan dengan Z.

Disebabkan saya tiada kereta, Z datang ambil untuk keluar, kadang naik kereta kadang motor. Perjalanan dari rumah dia ke rumah saya dalam setengah jam.

Saya tak bagi duit minyak, bagi saya tu usaha Z datang berjumpa dan keluar bersama dan Z pun tidak pernah cakap pasal ni.

Bukan saya pentingkan diri ke apa, dalam masa kami keluar bersama, saya bayarkan makanan dan juga tiket wayang, dan bila dia bayar tiket wayang, saya pula bayarkan makanan, dan juga sebaliknya,

Which is bagi saya dalam tempoh perkenalan dua dua kena sumbangkan duit, dan usaha masing masing, saya bukan harapkan Z semuanya.

Saya ada cakap dengan Z disebabkan dia ada plan untuk gunakan duit, juga selalu bayarkan minyak, saya boleh ja bayarkan makanan atau lain lain, tapi Z cakap tidak boleh saya selalu bayarkan, dia pun nak bayarkan sebab dia lelaki.

Dengan Z, konsisten ada dan layanan baik, dan tutur kata pun okay. Ada satu masa, saya tertinggal kad dekat rumah, kad tu untuk dapatkan staff price.

Kami sudah sampai dekat tempat nak beli, terpaksa patah balik, dan Z memang diam marah dan cuma cakap tulah cuai dan tak cek barang betul betul, Z tidak pernah cakap kasar atau kata makian dengan saya.

Masa kad tertinggal tu, dia ada cakap lebih baik diam bila marah, saya yang kena pujuk semula. Kadang kadang saya memang degil dan memandangkan dua dua anak sulung, dia pun degil sama, taknak mengalah.

Bagi saya komunikasi tu sangat penting, apa apa yang tak suka atau ada hal lain perlu diberitahu, kena cakap dan dibincang bersama. Bagi saya, ini satu cara untuk mengenali seseorang dan Z pun setuju untuk saling komunikasi.

Z dia jenis lepak malam disebabkan dia anak tunggal tiada kawan, dia pernah cakap dia memang nak ubah masa dia back to normal life, balik awal, tidur awal. Ada dia buat kena ingatkan dia selalu. Saya tahu perempuan tak boleh ubah seorang lelaki tu, melainkan dia ubah diri sendiri.

Beberapa bulan lepas, birthday saya dia penuhi permintaan saya nak pergi genting outdoor theme park, saya tak minta dia bayar semua, saya yang cakap kita bahagi dua sama rata dari kos makan dan transport, dia pun setuju.

Oh ya walau Z ni baik dia tak reti nak sweet macam sesetengah lelaki bagi bunga or surprise.

Saya pernah cerita selipar nak rosak, dan dia plan nak bagi hadiah saya kasut, tapi end up sebab saya takde kasut berkenan, saya beli branded handbag, which ni dia bayar sepenuhnya,

Nampak layanan dia macamana, ni sebab saya masih teruskan dengan dia.

Saya dan Z masih dalam talking stage kurang dalam setahun. Saya ada tanya dengan Z untuk ke step seterusnya, dan dia masih perlu masa untuk ke stage seterusnya disebabkan dia perlu selesaikan plan lain dan kena ada simpanan terlebih dahulu.

Z ada tanya samada saya boleh tunggu 2-3 tahun dan saya bagitahu yang saya cuma perlukan kepastian dan dia pernah cakap dia berkawan memang dengan saya saja, jenis kenal seorang dan jenis kena buat satu satu.

Dalam masa sama dia pun tak halang saya cari orang lain yang boleh buat saya lebih bahagia.

Z memang tiada simpanan dan juga kurang pada rupa tapi bagi saya semua tu bukan perkara yang perlu diutamakan dalam sebuah perhubungan,

Bagi saya usaha dan konsisten tu penting, which is sebelum kenal dengan Z, saya tak pernah dapat layanan konsisten seperti Z bagi.

Effort untuk keluar datang ambil saya memang ada cuma sebelum ni lelaki lain cuma ambil kesempatan.

Apa patut saya cari lain atau teruskan? Minta pendapat dari semua pembaca. Saya ada jawapan saya sendiri, tapi saya perlukan penguat kepada jawapan atau sebaliknya.

Saya selalu menjadi silent reader dan ada juga beberapa confession mengenai jodoh dan berkaitan saya baca dan ambil cadangan dan komen dari penulis mahupun pengomen page ni. Mohon komen pendapat baik baik ye..

– Daisy (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *