Si Pendosa

Assalamualaikum, Nama aku Suraya. Pertama sekali aku ingin meminta maaf jika penulisan aku membuat pembaca sedikit keliru kerana aku tidak pandai untuk bercerita.

Jadi ini sekadar luahan hati tentang sahabatku Intan.

Long story short, aku dan Intan telah berkawan selama 5 tahun.

Kami adalah rakan sekerja jadi aku tiada kawan lain selain dia dan aku bukanlah seorang yang friendly, hanya buat hal aku sendiri yang tak suka kawan berkelompok (berpuak) kerana environment pekerjaan kami ini mostly suka berpuak.

Waktu kerja kami fleksibel jadi aku sentiasa bersama Intan dan kami sama-sama cari waktu untuk lepak sama-sama jika ada masa.

Aku adalah ibu tunggal manakala Intan merupakan ibu tunggal juga. Intan telah temui kekasih hidup yang baharu iaitu Jalil dan bakal berkahwin tidak lama lagi.

Pada masa yang sama dia berkenalan pula dan bercinta (scandal) dengan lelaki lain.

Aku sebagai sahabat yang sentiasa bersama dia amat tidak selesa dengan kelakuan Intan kerana Intan merupakan ibu tunggal yang punyai seorang anak lelaki yang masih kecil.

Aku tidak heran jika Intan seorang wanita bujang yang ingin buat masalah malah dia akan berkahwin buat kali kedua. Adakah patut dia berkelakuan begini?

Bakal suaminya iaitu Jalil merupakan seorang yang panas baran suka maki hamun tidak kira waktu.

Jadi aku telah menasihati Intan banyak kali tinggalkan sahaja lelaki yang berkelakuan begini kerana dia tidak hormat terhadap wanita kerana pernah naik tangan pada Intan.

Tetapi Intan tidak mahu tinggalkan jalil kerana jalil telah banyak berkorban untuknya.

Tetapi dia telah berkenalan dengan scandalnya pula iaitu Daus dan keadaan makin menjadi-jadi bila Intan kerap menipu Jalil dengan mengatakan dia keluar bersama aku sedangkan dia sedang keluar bersama Daus.

Jalil percaya jika Intan mengatakan keluar bersama aku kerana aku bukan seorang yang suka bergaul dengan lelaki.

Malah aku lebih tumpukan perhatian kepada anak aku kerana aku memikirkan anak aku masih perlukan perhatian dan masih kecil.

Tetapi sampai bila Intan ingin berkelakuan seperti ini? Aku telah melihat dia seperti perempuan murahan kerana dia terlalu mudah untuk berkelakuan tidak elok sedangkan perkahwinannya akan berlangsung tidak lama lagi.

Aku sebagai kawan sudah penat untuk menasihati dia. Terpulang atas diri dia untuk berubah. Kerana aku tidak mahu orang fikir dia adalah punca perkahwinan pertama tidak kekal.

Tetapi dia telah menunjukkan kelakuan buruk dia kepada semua orang.

Aku hanya fikirkan nasib anaknya yang kurang kasih sayang seorang ibu apatah lagi seorang ayah kerana Intan menghalang bekas suaminya untuk berjumpa anak punca kerana tidak memberi nafkah.

Kadang kala aku ingin jauhkan diri aku daripada Intan kerana aku tidak mahu orang fikir perangai aku sama lebih kurang seperti Intan.

Malah amat jauh beza sekali. Tetapi dia sentiasa mengajak aku untuk keluar menemani dia untuk kemana mana. Kadangkala aku akan memberi bermacam alasan.

Aku tidak sanggup lagi punyai kawan yang tidak mahu ambil iktibar daripada kehidupan yang lalu dimana dia patut belajar dari perkahwinan dia yang sebelum ini untuk berubah kearah kebaikan.

Walaupun Jalil seorang yang baran, tetapi jika sudah berniat untuk berkahwin kita patut saling ubah dan melengkapi pasangan kita untuk jadi lebih baik.

Sekian coretan dari aku,

– Suraya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *