Rahsia Tuhan II

Untuk part I, (https://iiumc.com/rahsia-tuhan/).

Assalamualaikum buat pembaca muslim. Dan salam sejahtera buat pembaca bukan muslim. Terima kasih admin siarkan confession saya yang lepas.

Saya disini pertamanya ingin mengucapkan terima kasih pada yang mendoakan dan memberi kata-kata semangat atau nasihat. Saya hargai sangat. Sebab itu yang saya perlukan sekarang.

Saya akui ada sedikit kesilapan saya di confession lepas. Saya tahu beza dekad, abad, alaf semua tu. Cuma ketika itu saya tersilap. Saya tulis abad. Saya tak check semula penulisan saya.

Dan kerana satu kesalahan tu, ia menutup mata sesetengah pembaca dari tujuan asal saya menulis confession. Iaitu untuk dapatkan kata-kata semangat,nasihat atau doa.

Namun alhamdulillah masih ada yang prihatin dan beri kata-kata semangat. Terima kasihhhhh

Oh ya, bila saya lihat komen, saya ada terlepas satu lagi point. Maaf ya pembaca saya buat silap lagi huhu terima kasih yang perasan point yang tertinggal tu.

Istikarah kedua saya muncul semula di istikarah keempat selepas 6bulan dia menghilang. Dia mesej di media sosial menggunakan akaun lain dan bertanya kenal tak dia siapa.

Of course saya kenal. Dan saya kata saya kenal. Takkan saya lupa, haha.

Namun dia hadir semula tanpa beri penjelasan apa pun kenapa dia menghilang. Tiada kata maaf juga. Dia hadir semula ketika saya telah membulatkan hati untuk terima istikarah keempat saya.

Kemudian saya memutuskan hubungan mesej tersebut. Dan of course hubungan hati juga. Sebab saya dah bulat hati terima yang keempat.

Saya bukanlah terlalu fikirkan tentang jodoh. Saya yakin jodoh, ajal pertemuan rezeki semua Allah dah tetapkan. Cuma saya manusia biasa.

Bila diuji, kadang akan timbul rasa sedih.

Istikarah keempat saya yang saya dah bulat hati itu, sebenarnya bukanlah memutuskan hubungan. Dia telah pergi selamanya.

Kerana itu saya ada menulis di conffesion pertama, kami tidak kalah dengan ujian ini. Cuma takdir telah tertulis begitu.

Saya cuma ingin kan kata-kata semangat dan doa dari kalian. Itu sahaja. Supaya terubat hati saya sedikit.

Sebab kami sudah rancang untuk berkahwin pada tahun ini juga. Jadi tidaklah semudah penglihatan orang. Ia tentang perasaan.

Terkadang saya bertanya diri, aku tak redha kah? Tapi dalam masa yang sama, saya sedar dan mengakui takdir. Cuma kadang sedih itu tiba-tiba datang.

Dan kadang saya rasa seperti, andai aku terima orang lain selepas ini, kadang datang pemikiran, aku ni dah khianati janji kami. Ya saya tahu dia sudah tiada. Tapi kadang pemikiran itu datang.

Entah la. Kadang fikir, mungkin Allah memang tak takdirkan aku kahwin dekat dunia kot. Sebab pemikiran tu. Mungkin benar saya banyak fikir.

Mungkin juga sebab tak boleh terima lagi yang kami rancang untuk kahwin tu, takkan dapat direalisasikan. Saya tak redha ke?

Sekarang saya cuma sibuk kan diri dengan hal kerja. Untuk kurangkan fikiran yang tak menentu ni. Selalunya malam la yang akan terfikir tu. Mata pula susah nak lelap. Itu yang banyak fikir tu kot.

Saya tak kisah dah pun andai saya tak berkahwin di dunia ni. Atleast saya boleh pilih dia jadi pasangan disana nanti. Andai kami berdua masuk syurga la.

Moga-moga Allah masukkan dia ke dalam syurga. Mana tahu kan, kot dia jodoh saya disana. Moga juga Allah masukkan saya ke syurgaNya.

Dan sebenarnya bukanlah itu main point dia. Main point dia, saya harap saya boleh berdamai dengan takdir. Takut-takut sebenarnya hati saya belum redha. Saya nak berdamai dengan rasa ni.

Doakan saya ya. Terima kasih semua.

– Miss A (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *