Assalamualaikum wbt. Terima kasih admin kalau post ni sudi disiarkan. Saya Bilis, hampir 3 tahun berkahwin, dan dikurniakan seorang anak.
Terbaca kisah Sebumbung Dengan Mertua (https://iiumc.com/sebumbung-dengan-mertua/), tahniah confessor sebab dapat mertua yang baik.
Mertua aku pun baik jugak tapi aku sebagai seorang introvert, aku merasakan tinggal sendiri bersama keluarga kecil lebih baik. Aku tak pasti kalau aku seorang yang tak dapat bergaul dengan baik.
Sebelum kahwin suami ada tanya, lepas kahwin boleh ke duduk kampung? Aku okay je sebab kampung suami bukannya kampung jenis pedalaman.
Suami ada mama, dan 6 beradik, 2 orang tinggal berdekatan, 1 tinggal di negeri sebelah, 2 lagi masih bujang (1 lelaki & 1 perempuan).
Alhamdulillah, mama, ipar dan biras baik baik belaka.
Awal awal kahwin aku sangat bersemangat untuk buat kerja kerja rumah sampaikan baju mama pun aku sidaikan. Bermacam macam resepi aku cuba untuk menambat hati ahli keluarga. Aku tak nak dicop sebagai menantu yang malas, hanya terperap dalam bilik.
Bab memasak makanan kampung, aku akui aku kurang hebat. Tiap kali aku masak, mama mesti akan masak lauknya sendiri.
Kebanyakkannya memang macam tu sampai aku give up nak masak untuk kurangkan penggunaan bahan dapur (tapi kalau aku teringin makan memang aku masak sendiri).
Aku bukanlah seorang yang cerewet tentang makanan tapi aku tak makan semua benda. Aku hanya makan apa yang aku suka je.
Pernah mama masak sayur taugeh/bayam, khas untuk aku sorang padahal aku dah maklumkan kalau takde sayur pun takpe sebab aku kurang makan sayur. Kuantitinya hampir 3-4 orang makan dan aku tak mampu habiskan. Akhirnya ke tong sampah juga.
Mama juga sering rasa kesian pada aku jika hanya memasak lauk simple. Pernah mama masak hidangan lengkap tapi simple (ada sayur, lauk dan nasi) tapi mama minta maaf sebab takde makanan untuk aku.
Aku macam, ya Allah punya lah banyak makanan kat meja tu apa yang takdenya. Aku makan je walaupun lauk simple. Tak pernah demand lauk kenduri.
Panjang pulak bab masak ni. Huhuhu.
Aku dah cakap aku intorvert kan. Dah kahwin ni tipu lah kalau aku kata aku taknak privasi. Bukan setakat privasi suami isteri tapi privasi diri sendiri jugak.
Aku tak suka orang tengok aku masak. Tak suka orang tanya apa aku nak buat. Tak suka orang tanya nak keluar nak buat apa. Macam semua benda kena report tapi mama aku suka semua tu. Awal awal aku okay je tapi dah lama tu entah, aku rasa rimas.
Aku beranak dan berpantang kat kampung suami sebab masa tu PKP. Mama sangat baik tolong jagakan anak aku dari pagi sampai malam siap pakej nak tidur dengan anak aku sekali.
Aku bersyukur mama tak terlalu strict dengan kaedah pantang. Diikutkan je apa yang aku buat walaupun aku tau ada yang mama bantah.
Lepas jahitan dah baik, aku pun rasa dah mampu buat kerja, aku cuba nak uruskan anak aku tapi mama laju je buat macam tak bagi peluang kat aku. Aku pun nak belajar mandikan baby sendiri (ni selalu miss sebab baby celik mata je mama dah ambik untuk mandikan).
Sampai satu tahap aku tunggu baby bangun dan mandikan dia senyap senyap. Beza sangat dengan mak aku yang sangat galakkan aku mandikan sendiri baby sebab katanya tu bonding mak dengan anak.
Pernah baby menangis waktu malam dan aku penat, aku minta suami jagakan kejap.
Bila aku tersedar, suami elok tidur kat sebelah tapi baby takde. Aku kejut suami tanya mana baby. “Baby tidur dengan mama.” Aku suruh suami aku ambik tapi mama berkeras lepas subuh nanti mama pulangkan.
Aku kesiankan mama, dia dah umur warga emas pasti mahukan rehat secukupnya juga. Aku tau dia kesiankan kami tapi tak salah pun kalau kami terseksa jaga anak sendiri.
Sampai satu tahap, aku tak minta tolong suami waktu malam. Aku menangis sendirian bila baby menangis taknak tidur. Biarlah macam ni daripada susahkan mama.
Bila baby dah pandai makan, mama orang yang paling rajin buatkan makanan dan suapkan baby. Aku okay je tapi bila dah macam macam nak try suap, aku jadi macam, takpelah mama, baby kenyang lagi tu baru lepas menyusu/makan.
Bila baby dah dapat gigi, mama nak masakkan sampai aku rasa tak boleh ke aku masak untuk anak aku sendiri?
Bukan aku tak pernah masak ye tapi mama assume anak aku tak suka apa yang aku masak berdasarkan kuantiti anak aku makan. Biasalah budak, mana mungkin nak makan macam orang dewasa.
Dan yang paling aku terasa sangat ialah aku berebut suami dengan mama. Mama macam tak betah bila suami aku jauh dari dia. Bukannya suami aku sorang je anak lelaki mama tapi ada 2 orang lagi selain suami. Tapi entah la, suami aku boleh diharap kot.
Bila turn aku balik rumah keluarga, ada je call/wasap minta balik segera sebab sampah kat rumah dah penuh, nak minta belikan barang, minta hantar mama ke sesuatu tempat, dll. Mana anak lelaki mama yang 2 orang tu?
Abang ipar duduk sebelah rumah pun kadang dia panggil suami balik minta buang sampah. Yang kat rumah? Penat kerja katanya. Sungguh aku rasa terbakar. Dah la balik rumah keluarga 2 minggu sekali. Hujung minggu pulak tu.
Belum lagi masuk hal cucu. Untuk pengetahuan, anak aku cucu sulung keluarga aku manakala mama dah ada ramai cucu. Tiap kali nak balik rumah keluarga aku, mama macam berat hati nak bagi aku pergi. Rindu cucu katanya.
Pernah aku minta dengan suami nak duduk seminggu. Macam macam soalan aku dapat. “Kenapa? Hari apa nak balik? Balik sini semula pagi ke? Tak boleh ke 3 hari je seminggu tu lama sangat”. Ya Allah, salah ke mak abah aku nak jumpa cucu diorang.
Banyak benda lagi aku nak luah tapi macam panjang sangat. Aku tau mesti ramai yang kecam tapi ketahuilah, aku dah cuba jadi positif semampu aku. Aku cuba lali dengan semuanya. Sekarang, aku suka habiskan masa dalam bilik, buat hal sendiri untuk elak jadi negatif.
Mohon doakan suami aku murah rezeki dan tergerak hati untuk duduk rumah sendiri.
– Bilis (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit