Salam semua. Aku Mimi. Tak bekerja, anak 2, duduk rumah parents aku dan dah lebih 13 tahun PJJ dengan suami.
Aku tak tahu nak luahkan pada siapa.
Aku hanya nak pendapat yang waras saja. Sebab sekarang ni aku dah mula fikir bukan-bukan pasal suami aku.
Suami aku ni baik. Duit bagi setiap bulan. Tapi sebenarnya tak cukup pun.
Gaji dia tak sampai 2k. Kuat merokok, sehari 3 kotak. Duduk berasingan.
Aku pula, dia tak bagi bekerja. Dia tak bagi aku kerja sebab dia risaukan aku (katanya lah)
Tapi, kalau dia risau dan sayang aku, kenapa dia PJJ dengan aku sampai dah 13 tahun?
Dari mula kahwin sampai sekarang,
dia duduk membujang sorang-sorang kat Penang sana.
Bila aku dan anak-anak nak ikut duduk ke sana, dia kata kos tinggi. Dia tak mampu.
Tapi dia takde buat apa-apa pun untuk pastikan kitorang boleh duduk sama-sama.
Alasan dia masih sama sejak 13 tahun dulu.
Dia suruh aku duduk sini, jaga mak aku sebab ayah aku dah meninggal.
Masa PKP, 2 tahun kitorang tak jumpa. sebab dia tak ambil V.
Anak aku tu, dua-dua lelaki. Dah memang menjauh dari ayah dia.
aku perasan anak aku pun macam memberontak. Diorang dah besar and dah boleh fikir sendiri.
Lagi satu yang aku risau, anak aku yang sulung dah ada sisi lembut macam perempuan.
Dia tak ada contoh seorang ayah. Aku dan nenek dia je yang selalu ada. Aku risau sangat.
Suami aku pun kalau balik, kerja dia mengadap game dan movie je. Aku memang dah redha, sebab dia rimas nak bermanja-manja. Baik dengan aku atau anak-anak.
Tahun lepas, masa dia tak boleh rentas negeri sebab V,
Aku pinjam kereta adik, aku beranikan diri surprisekan dia kat Penang sana.
Anak aku yang kecil, darjah 1 dah rindu kat bapak dia.
Tapi belum sempat pun sampai penang,
Dia suruh aku patah balik dan jangan pandai-pandai.
Rupanya adik aku call suami aku, cakap dia risaukan aku.
Aku memang tak bagi sesiapa pun teman aku waktu tu. Aku nak uruskan keluarga aku sendiri.
Masa tu sebenarnya aku plan nak minta berpisah. Aku macam nak takutkan je, sebab kalau aku pisah, aku tak ada apa-apa pun. Kerja pun tak.
Sebab dah 2 tahun tak jumpa and dia buat selamba saja takde rasa bersalah tak jenguk kami. And tak ada inisiatif langsung dari pihak suami aku waktu tu.
Lepas dia call dan marah-marah,
Aku nangis sepanjang perjalanan. Rasa macam tak diperlukan.
Rasa macam sampah je. Apa sebenarnya yang buat dia taknak jumpa kami sangat?
Dia kata risau kami anak beranak tak selesa.
Apa yang tak selesa pun aku tak tahu,
Sebab kat sana dia dapat duduk kuaters pekerja.
Walaupun 2 bilik, kecil, aku dah bahagia sangat kalau duduk sama-sama.
Dia kata tak sebesar rumah mak aku. Dan perabotnya asas saja.
Dia taknak aku anak beranak tak selesa.
Kalau dengar, macam sayang sangat bunyinya kan.
Tapi dalam fikiran aku yang semakin tak waras ni, aku rasa dia beralasan je.
Aku dah suruh dia balik kampung sini, duduk je dekat rumah family aku.
Kerjalah jaga ke apa ke, tapi dia tetap tak mahu.
Aku sedih sangat.
Aku tak tahu nak buat apa.
Tolonglah bantu aku. Aku nak hidup sama-sama dengan suami aku.
Sorry aku tak reti cerita sangat. Aku pun dah risau kat diri aku juga.
Semalam anak aku cakap aku berborak dengan dinding kat bilik.
Doakan aku.
– Mimi (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit