Mengidam Bau Ex III

Untuk part I, (https://iiumc.com/mengidam-bau-ex/).

Untuk part II, (https://iiumc.com/mengidam-bau-ex-ii/).

Hai dan assalamualaikum buat kali ketiga untuk readers IIUM Confession. Kalini episod ketiga untuk kisah rumahtangga aku.

Sebelum aku luahkan luahan hati aku buat kali ketiga disini, aku nak bagitahu awal-awal yang tiada paksaan untuk korang percaya atau tidak dengan luahan aku ini.

Kalau korang nak kata ini cerita rekaan, silakan tetapi apa yang aku coretkan disini adalah pengalaman yang betul terjadi pada diri aku. Semoga perngalaman ini tidak terjadi dalam rumah tangga korang ye.

Ada yang komen kenapa Sara buat fake mengidam sedangkan boleh je jumpa Alip time aku outstation.

Aku dah bagitahu kan dalam confession sebelum ni yang Sara dan Alip hanya nak bodo-bodokan aku. Mungkin diorang suka rasa adrenaline bila dapat bodokan aku.

Ada yang komen luahan aku fake sebab pilot kat Malaysia ni tak ramai dan boleh detect siapa aku.

Untuk pengetahun, kat Malaysia ada banyak company airlines tak termasuk international airlines. Setiap company ada beratus pilot.

Kalau boleh detect aku, silalah cari aku. Kalau jumpa aku belanja ticket kemana saja untuk korang pergi.

Ada yang kata penceritaan aku tiada unsur sedih dan kecewa. Yang ni no komen sebab memang penulisan aku macam ni sejak dari sekolah.

Aku suka selit beberapa emosi dalam sebuah karangan. Maybe sebab aku budak sastera masa sekolah dulu.

Karang nanti mesti ada yang kata budak sastera mana boleh jadi pilot. Kalau ada yang kata gini, memang aku tak boleh buat apa lah.

Tapi takpelah, itu semua hak korang untuk komen. Terima kasih juga yang bagi aku kata-kata semangat dan sebagainya. Memang sebulan ni aku perlukan sangat kata-kata semangat itu.

Alhamdulillah, aku dah selamat bercerai dengan Sara. Penceraian ni bukan di mahkamah.

Penceraian ni berlaku semasa aku bergaduh dengan dia. Kecewa sangat sampai aku lafaz cerai on the spot. Dan penceraian ini dah disahkan oleh Pejabat Agama.

Untuk status baby dalam kandungan Sara, berat untuk aku bagitahu yang status baby tersebut bukan darah daging aku. Terlalu kecewa bila aku ingatkan balik semasa aku tahu keputusan paternity dan DNA itu.

Sekarang ni, aku tengah tunggu prosedur lengkap dari peguam aku untuk aku mulakan lafaz lian untuk aku deny baby tersebut untuk dinasabkan atas nama aku bila baby itu dilahirkan nanti.

Aku pun dah tak tahu nak tulis apa dah. Terlalu kecewa. Itu je yang aku boleh katakan. Lagi aku kecewa bila aku ceraikan Sara, ibu Sara seolah menganggap aku ni lelaki yang tak berguna dan tak bertanggungjawab.

Ibu Sara suruh aku lupakan hal kecurangan anak dia dan mulakan hidup baru balik. Bina balik kehidupan aku dengan Sara.

Ibu Sara minta aku bersabar dan membesarkan anak itu bersama Sara. Dia yakin yang Sara akan berubah.

Hell no. Mati hidup balik pun aku takkan kutip balik sisa tinggalan Alip untuk aku habiskan seumur hidup bersama. Apatah lagi bersama bayi yang bukan tanggungjawab aku.

Kau pergi lah melutut depan Alip sana. Suruh dia bela kau dengan bayi kau tu.

Alip ada call aku untuk jumpa. Nak bincang katanya. Siap datang berkali-kali ke rumah aku lagi untuk berbincang. Apa lagi yang nak dibincangkan pun aku tak tahu.

Aku mengelak dan sampai kesudah aku tak bercakap walau sepatah perkataan dengan makhluk yang dah menghancurkan rumah tangga aku tu.

Sara pun keluar dari rumah aku tanpa bawa apa-apa barang yang aku belikan untuknya. Bagaimana dia datang dengan sebuah luggage, begitulah dia keluar.

Masa nak keluar tu pun ada hati nak ambil barang baby yang aku belikan.

Memang aku tak bagi lah. Semua barang tu aku yang beli, so barang tu akan stay dengan aku. Suruh lah bapak baby tu yang belikan.

Aku dah pun sedekahkan barang tu pada kakak aku. Kebetulan kakak aku pun pregnant. Kereta dan barang kemas yang aku beli pun aku ambil balik.

Lepas bercerai tu pun, ibu Sara selalu call aku bagitahu Sara demam lah, tak lalu makan lah apa semua. Pastu suruh aku datang melawat lah.

Aku nak je jawab “So What?” atau “Kesah pulak aku” tapi nampak macam kurang ajar sangat. So aku jawab lah suruh pergi hospital, suruh dia makan ubat dsb.

Yang bertanyakan Sara ni cantik ke sampai selalu perli aku masa kahwin dulu, selalu compare aku dengan ex dia, selalu kata yang ramai berebutkan dia.

Yes, dia memang cantik. Tapi dah tak cantik dah sekarang bila jadi ex aku hahahaha.

Dia ex-banker. Aku kenal dengan dia pun dekat bank masa nak apply loan untuk beli rumah aku. Lepas kami kahwin, dia nak jadi housewife dan buat bisnes online je.

Aku masih lagi terkilan sampai sekarang sebab perkataan maaf tak pernah keluar pun dari mulut dia setelah apa yang dia buat kat aku.

Dia yang curang, dia yang mengandungkan anak orang lain tapi kenapa aku yang rasa berat dan seolah aku yang buat salah pada dia.

Dia ada minta untuk last hug sebelum aku cerai dia. Dan of course aku takkan hug dan sentuh dia. Dia ada ucapkan terima kasih je pada aku.

Maaf memang langsung takde keluar dari mulut dia.

Aku rasa ini jelah kot luahan hati aku. Lambat sikit luahan aku yang ni sebab kekangan kerja dan aku tunggu result paternity keluar sebelum confess kat sini.

Semoga korang semua dikurniakan kebahagaian dalam rumahtangga selalu okay.

– Aril (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *