Muak atau Cemburu?

Hai semua. Aku Afina. Aku tak tahu nak mula bercerita macam mana.

Cerita aku mungkin bosan, dan sebenarnya tujuan aku tulis kat sini sekadar nak meluahkan rasa sedih.

Aku sudah berkahwin dan baru mencecah 10 bulan. Aku seorang isteri yang bekerjaya.

Suami aku pula bekerja dengan sebuah company yang majoritinya cina dan workmate dia pun tiada melayu, kalau adapun hanya perempuan.

Dia sering bercerita tentang seorang workmate perempuannya. Namanya Anis.

Hari pertama dia diterima bekerja di situ, dia sudah bercerita tentang Anis. Aku hanya mendengar pada awalnya dan tiada pula timbul rasa cemburu.

Sudah masuk bulan ketiga dia bekerja di situ, hari-hari pulang daripada kerja mesti ada sahaja dibualkan tentang Anis. Always Anis, Anis, Anis.

Oh, ya! Anis usianya muda beberapa tahun daripada kami.

Begitu juga hari ni, tetap topik berbual mesti tentang Anis. Sewaktu di kedai makan selepas je selesai order makanan, terus suami aku bercerita. Masih tentang Anis.

“Harini, saya tengok Anis macam letih je, pastu saya tanyalah dia buat ape letih je, rupenya dia pegi cameron”.

Aku hanya diam. “Dia pegi dengan bf dia kot… semalam kan cuti merdeka”, sambung suamiku lagi. Aku hanya diam. Terasa malas hendak mengulas.

Aku hanya mengangguk. Adakah aku mula jemu dengan manusia bernama Anis atau cemburu?

Ah, lantaklah. Aku malas hendak melayani perasaan, mungkin sebab perut lapar jadi sedikit sensitif.

Dalam perjalanan pulang, aku berceritalah tentang keletah anak murid aku kat sekolah. Adalah moment gelak ketawa kami berdua.

Tiba-tiba, suamiku mencelah dan masih tentang Anis. Kalini aku macam dirasuk. Tanpa berpikir panjang, aku terus meluahkan rasa.

“Hari-hari sebut nama Anis kan. Saya ada ke hari-hari sebut nama cikgu lelaki? Saya bukan jeles tapi muak. Ada je cerita pasal Anis. Tak sebut sehari tak boleh ke?” nada aku sebak sebenarnya.

“Dia tu saya anggap macam adik je.” balas suamiku.

Kalau aku ceritakan tentang anak murid lelaki je dia dah mula cemburu inikan dia setiap hari menyebut nama Anis tu beralasan anggap sebagai adik.

Aku hanya membungkam, masih berpikir tentang apa yang aku rasa.

Kenapa dada ni rasa sakit. Mata rasa panas.

“Tapi jangan lah sebut hari-hari. Saya pun takda nak sebut nama lelaki hari-hari.” ujarku sambil merenung tingkap kereta. Mencari ketenangan dek kekacauan jiwa yang aku cipta.

Suasana sepi. Mungkin dia pun sedang bermonolog. Aku sebenarnya berharap dia ungkapkan satu patah kata je iaitu “maaf”. Tapi, hampa.

Mungkin aku yang terlalu ikutkan perasaan. Mungkin aku yang patut ucapkan “maaf”.

Kadang datang overthink aku, sampai aku membayangkan dimadukan tidakpun aku yang berundur diri. Biarlah hari-hari dia menghadap si Anis tu pagi petang siang dan malam.

Lepastu, tahu-tahu air mata mengalir. Aish, rapuhnya aku jadi wanita. Tiba-tiba teringat zaman gadis dulu, tak pernah sebegini kacau menguruskan hal-hal berkaitan jiwa.

– Afina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *