Salam warga IIUM Confession. Aku perkenalkan diri aku Nina, sudah berkahwin 4 tahun dan mempunyai seorang anak, berumur setahun.
Aku dan suami berasal dari negeri yang sama, tetapi kami bekerja di negeri yang berlainan. Suami aku di selatan tanah air dan aku bekerja di Kuala Lumpur.
Jadi sepanjang 4 tahun perkahwinan kami hidup sebagai pasangan jarak jauh (pjj). Alhamdulilah, aku dikurnia kan seorang suami yang penyayang.
Dalam dua atau tiga minggu sekali suami akan pulang ke rumah di KL. Atas kekangan kerja, kami memang jarang meluangkan masa bersama tapi kami cuba curi masa untuk pergi holiday dalam negara sahaja sekali sekala.
Berbalik pada tajuk di atas, kedua org mertua aku berumur 60an dan sudah bersara. Suami aku merupakan anak ke 3 daripada 4 beradik.
Pada pandangan aku, mertua aku baik ayah maupun mak sayang je pada aku and cucu dia (anak perempuan aku). Tapi, yang menjadi masalah nya bila mereka terlalu suka masuk campur hal rumah tangga kami.
Sebagai contoh, bila aku dan suami dah lama tak berjumpa dan plan untuk bercuti, mereka mesti nak ikut skali. Yang menyakit kan hati lagi, siap ajak anak lain skali untuk join ala-ala family day pulak bagi diorang.
Sedang kan aku nak spend time dengan suami dan anak aku sahaja sebab kami memang jarang dapat spend time bersama.
Bukan sekali dua benda sama terjadi, dah beberapa kali. Tapi yang bijak nya diorang plan sendiri-sendir je untuk ikut sedangkan aku tak tahu menahu.
Mereka cuma inform husband aku last minute. Yang husband aku lurus bendul pergi cerita pulak plan nak bercuti mungkin tak menyangka diorang nak ikut. Jadi dia pun serba salah untuk berkata tidak.
Yang lagi best, ada pernah sekali aku dapat cuti panjang tetapi suami aku kena kerja. Jadi aku plan untuk tinggal di rumah sewa suami aku di tempat dia bekerja. Dua hari sebelum hari kejadian, bapak mertua aku call cakap nak ikut.
Kemurungan terus aku. Sebab aku nk pergi duduk sana seminggu dan kami tengah nak jimat2 and tak da plan pun nak bersuka ria. Niat aku cuma nak duduk rumah sewa suami aku dan nak anak aku spend time dengan papa dia.
Kalau ikut plan asal, aku cuma nak tidur rumah sewa suami sebab housemate dia pun kebetulan outstation dalam tempoh tu juga.
Dah bila mertua aku nak ikut, kami terpaksa book homestay murah dua bilik memandangkan kami nak save cost.
Yelah, nak duduk seminggu tak mampu la nak book yang mahal-mahal. Itu pun orang tua tu demand nak duduk hotel ada swimming pool.
Aku yang lembut hati ni pun pejam mata jela book kan satu malam.
Jadi masa check in homestay tu, diorang dah book nak duduk master bedroom dan aku dan suami tidur di ruang tamu sebab bilik second tu panas takda aircond plus sempit.
Sepanjang tu lah aku memendam rasa and rasa menyesal sangat pergi. Dengan takde privacy nya sebab kemana-mana kami pergi semua nya nak ikut even pergi kedai runcit yang sekangkang kera tu pun.
Lagi satu kisah, masa anak aku lahir tahun lepas, mak mertua aku sibuk bangkang cadangan nama aku nak bagi anak aku.
Sedangkan kami menunggu 3 tahun untuk menimang cahaya mata, sampai kat dia sedap pulak tak kasi aku decide nama anak aku.
Contohnya aku nak namakan anak aku Syahira. Dia bangkang sebab katanya anak sepupu suami aku dah ada nama Munira. Jadi tak nak nama sama (Ira).
Ikutkan tak sama pun nama tu. Yang sama cuma hujung nya. Suami aku cuba pujuk aku dan aku redha. Tukarlah nama second option dalam list kami.
Ikutkan aku sayang kedua mertua aku sama macam mak ayah aku sendiri. Tapi aku harap sangat diorang faham situasi kami suami isteri yang jarang berjumpa. Bagi chance la sikit.
Akhir kata, aku doakan mereka panjang umur dan sihat sejahtera. Maafkan penulisan aku yang tunggang langgang. Harap pembaca beri komen yang murni. Terima kasih.
– Nina (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit