Suami atau Keluarga?

Selalu dengar konflik antara mak mertua dengan menantu perempuan kan?

Biasanya konflik antara menantu perempuan dengan mak mertua ni berlaku sebab cara pengurusan rumah la kan. Kemas mengemas, masak memasak.

Tapi dalam kes aku macam lebih kurang tapi bukan antara aku dengan mak mertua aku. Tapi antara suami aku dan adik beradik aku.

Aku bersyukur dikurniakan suami yang rajin menguruskan hal rumah, hal anak. Semua benda dia boleh buat kecuali masak.

Aku suka masak jadi memang tiada masalah la bagi aku. Dia sayang sangat aku dan aku rasa sangat bertuah. Dia seorang suami yang baik, bapa yang baik, anak yang baik dan abang yang baik untuk adik-adik dia.

Ceritanya bermula bila arwah ayah aku menyampaikan hasrat dan harapannya untuk aku dan suami tinggal bersama mak dan ayah. Niat ayah nak membantu kami dan dalam masa yang sama kami bantu menjaga mereka yang semakin tua.

Kami bersetuju dan suami aku pun turut jaga mak ayah aku sebagaimana dia jaga mak ayah dia.

Sehingga lah beberapa bulan kami berkahwin, ayah aku jatuh sakit. Suami aku pun turut bersama ambil giliran hari untuk bawa ayah ke hospital. Nak kata nya suami aku sangat ikhlas menjaga mak ayah aku.

Sehingga ayah aku meninggal, ayah telah hibahkan rumah nya ini kepada aku. Dan dalam pembahagian harta ayah tu, bahagian aku lah yang boleh dikatakan paling banyak sebab aku mendapat bahagian rumah. Manakala abang kakak aku kebanyakkan mereka dapat tunai.

Tapi rumah ini diberikan kepada aku dengan hasrat dan harapan ayah iaitu untuk terus menjaga mak sampai akhir hayat mak. Dan kami terus menjaga mak seperti biasa.

Segala barang basah, bil utiliti rumah tu memang mak yang tanggung. Sama juga ketika arwah ayah masih ada. Kami hanya bayar wang bulanan ikhlas sebagai anak kepada ibubapa saja.

Sejak ayah tak ada, maka adik beradik aku kerap lah datang rumah.

Masalah mula timbul. Mak agak susah menerima pandangan daripada aku. Mungkin sebab aku anak bongsu dan mak merasakan aku ni masih belum matang dan tidak tahu. Banyak kali terjadi.

Contohnya bila ada sesuatu masalah timbul, aku nyatakan cadangan aku. Tapi mak ragu-ragu dengan cadangan itu.

Tiba-tiba bila abang kakak aku datang tengok masalah tu, mereka cadangkan perkara yang sama dengan cadangan aku, mak aku boleh terima pula.

Mula-mula aku okay je. Mungkin aku yang terlampau sensitive dengan mak sendiri. Aku rasa berdosa tiap kali rasa benda ni. Aku pun biarkan rasa ni berlalu pergi.

Menjadi kemuncak konflik keluarga aku, bilamana aku membuat perniagaan dengan kakak aku. Dia pun memang dah cadang nak berhenti kerja jadi dia pun berminat nak join business dengan aku. Aku pun ok la. Kiranya business ni persetujuan bersama. Tiada istilah pujuk memujuk pun.

Kami pun business lah bersama-sama. Konflik mula timbul.

Sebabkan kakak aku ni invest banyak dalam perniagaan kami, perniagaan yang asalnya aku punya, lama-lama aku merasakan kakak aku yang incharge lebih. Dia jadi bossy. Suka arah arahkan aku. Tanya sales berapa hari ni bla bla bla sedangkan kami partner.

Setiap kali berurusan dengan aku suara tinggi macam buat aku ni rasa macam kuli. Dengan staff pun dia cakap elok-elok lemah lembut. Dengan aku, aku jadi confius ni layanan lagi teruk dari staff yang aku dapat. Aku ni siapa?

Lepas tu sampai satu event yang kami kerugian teruk dan dia letakkan salah semuanya pada aku seorang. Sebab aku yang nak sangat join event tu padahal semua idea dalam event tu idea dia.

Dan sebabkan kekusutan ini, aku tekad untuk berpisah dengan dia. Aku nak teruskan perniagaan ni tanpa dia. Dan mula ini lah keadaan jadi bertambah celaru.

Semua masalah perniagaan kakak aku luahkan pada mak. Mak pula asyik suruh aku mengalah dan ikut je cara kakak hanya kerana aku ‘adik’. Aku jadi rimas dengan status adik ni. Semua benda nak mengalah.

Bila kami berpecah ni, maka kakak aku minta aku bayar semula wang yang dia da laburkan dalam perniagaan kami secara lumsum! Puluh ribu ringgit.

Bukan itu sahaja, aku perlu bayar pada dia seribu Ringgit setiap bulan sehingga tamat sesi persekolahan sebagai ganti rugi dia perlu ulang alik dari rumah dia ke rumah aku setiap hari sebab anak dia sekolah berhampiran sini sebab dia join business dengan aku. Faham tak?

Jadi, salah aku ke dia pindahkan anak dia kat sini sebab nak business dengan aku?

RM1k katanya untuk maintenance dan duit minyak. Bila aku fikir balik sakit juga aku nak bayar.

Bila berpisah ni, aku nak cerita benda gembira tentang perniagaan aku kat mak pun mak dah tak happy sebab mak kesiankan nasib kakak aku yang tak ada kerja tu.

Aku pun luahkan segala isi hati, kesedihan aku, kestressan aku pada suami aku. Sejak sebelum perpecahan berlaku lagi.

Jadi, suami aku yang tersangat sayangkan isteri dia ni tak suka lah tengok isteri dia diperlakukan macam ni. Aku yang sangat minat dalam perniagaan aku ni boleh menangis pagi-pagi sebab tak nak pergi kerja. Stress nak hadap peel kakak aku tu.

Lepas tu, kakak aku pula tak rasa dia bersalah langsung. Macam biasa sebabkan aku adik, mak dan adik beradik lain suruh aku minta maaf kat kakak aku.

Lama-lama memang la aku nak minta maaf tapi kalau asyik dengan desakan ni rasa geram la juga. Bukan nya aku buang kakak aku pun.

Sebab perangai dia juga la semuanya berakhir macam ni. Tapi semua orang nampak aku yang jahat dan bersalah.

Jadi, sebabkan anak kakak aku bersekolah dikawasan rumah aku. Maka dia pun akan berada di rumah aku sepanjang seharian lah. Ini lagi buat aku rasa tertekan sebab asal tengok dia aku nampak hutang aku bergerak gerak. Stress giler kot!

Ini isu aku dengan keluarga aku yang kaitannya dengan suami aku. Suami aku jadi sangat marah dengan kakak aku atas apa yang dia buat pada aku.

Aku tahu tindakan suami aku ni agak over protective sebenarnya. Tapi dia banyak sabar sebab aku tak kasi dia masuk campur langsung. Aku minta dia dengar je luahan hati aku.

Lama-lama bila kakak aku sentiasa ada di rumah, anak dia pun kadang sampai naik kebilik kami. Hilang privasi kami. Sampai ada kesan dinding kena conteng dengan pen.

Benda ni bagi aku, aku boleh je maafkan sebab anak buah sendiri kan. Tapi suami aku yang seorang yang sangat pembersih, dia panas hati la juga.

Kadang-kadang riuh bergaduh budak-budak ni. Buat rumah ni sesuka hati. Buang sampah merata-rata. Rosakkan mainan anak kami. Sampai lama-lama dia dah tak rasa ini rumah dia. Kami kembali rasa menumpang.

Suatu hari, suami aku meletop. Dia dah fed up sangat la tu. Sampai dia whatsapp abang aku panjang-panjang nyatakan ketidakpuasan hati dia.

Tapi abang aku tak reply satu pun. Masalah dengan family aku ni, apa-apa masalah yang libatkan suami aku, dorang tak direct dengan suami aku. Aku juga yang kena hadap. Ni pun buatkan suami aku jadi tambah bengang. Rasa mcam tunggul kayu je.

Akhirnya, kami ambil keputusan muktamat untuk pindah rumah. Untuk elakkan daripada dipujuk rayu lagi, aku cari rumah dulu sebelum bagitahu mereka.

Dan aku pindah rumah bukan sebab nak tinggalkan mak aku. Aku siap bagi cadangan supaya kita jaga mak bergilih gilih tiap minggu. Anak mak di selangor ada empat orang. Maka, satu minggu satu orang. Adil la kan? Dan mestilah aku turut serta sekali.

Dan untuk elakkan rumah tu tinggal kosong, bila tiba giliran aku, aku akan bawa mak duduk dirumah tu la bukan rumah kami.

Tapi idea kami disambut dengan marah teramat sangat oleh semua adik beradik aku. Aku sangat terkejut. Aku tak sangka penerimaan mereka begini.

Yang kakak aku tu memang da marah aku, tambah lagi dia sakit hati. Siap cakap “dia memang macam tu. Dah senang buang habis semua orang”

Pedih beb. Sebab aku tak senang pun lagi sekarang. Aku dan suami tawakkal je ni. Kami pindah sebab tak nak hadap lagi konflik sama berulang kali yang akhirnya kami yang disuruh mengalah.

Sementara mak ada je. Sementara penggal sekolah habis je. Oii! Takkan korang nak kami harap mak mati cepat untuk kami dapatkan kebahagian dan keharmonian kami?

Dorang kata aku nak buang mak. Aku tinggalkan mak. Aku khianati amanah ayah. Macam² lontaran dorang buat. Aku minta suami aku bawa aku balik rumah mak dia.

Mujur aku dikurniakan mak mertua yang baik. Mak mertua pun tahu kisah kami. Dia peluk pujuk aku kuatkan aku. Aku menangis lah dibuang keluarga

Adik beradik aku suruh aku bagitahu mak sendiri hasrat aku dan minta aku dan suami keluar dari rumah tu dengan segera. Aku si adik bongsu ni takut nak hadap dengan mereka.

Nak elakkan daripada bergaduh depan mak, aku tak berani nak bagitahu mak depan-depan. Aku tahu akibat dari perbuatan aku ni. Aku boleh kehilangan mak. Tambah-tambah kalau kakak abang aku tambah perisa untuk api-apikan mak tentang aku.

Aku pun buat video supaya mak dengar sendiri daripada mulut aku, mak nampak sendiri reaksi aku, mak dengar sendiri intonasi aku.

Saat aku tulis confessions ini, aku masih menunggu mak aku seen video aku tu. Dan esok kami akan bayar deposit rumah sewa kami dan masuk awal daripada yang dirancang.

Macam-macam perasaan dalam hati aku. Takut terutama nya. Aku sangat berharap mak faham situasi aku. Sekurang-kurangnya bila mak ok mungkin adik beradik aku yang lain akan ok.

Buat masa sekarang, aku dan suami mengambil keputusan untuk berdiam diri dan hidup sendiri.

Doakan keluarga aku kembali bersatu.

– Aminah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *