Asalamualaikum.. Terima kasih kepada admin yang sudi membaca dan siarkan luahan hatiku. Sesungguhnya sekarang aku sangat merindui satu susuk yang bernama ibu.
Aku panggil ibuku dengan panggilan Ma. Ma hampir setahun meninggal dunia. Hampir setahun juga aku mendapat seorang ibu tiri. Ma tidak bertuah seperti ibu tiriku sekarang. Ma dulu di layan dingin oleh ayahku. Berbeza dengan layanan ayah terhadap ibu tiriku.
Dua hari lepas, buat pertama kalinya aku pulang ke kampung sendirian tanpa suamiku. Dan buat pertama kalinya juga aku hulurkan duit belanja buat ibu tiriku. Aku cuba untuk memerima ibu tiriku, alu tahu, ibu tiriku juga berusaha untuk mengambil hati ku.
Ketika mula sampai di kampung, aku lihat ibu tiriku sedang menonton sesuatu di telefon, terdengar lagu “sikok bagi duo” yang popular di aplikasi tiktok.
Oh.. ibu tiriku sedang menonton tiktok rupanya, aku tersenyum, teringat situsai jika ketika arwah Ma masih ada, jika aku balik, mesti dari luar sayup2 terdengar Ma sedang mengaji… Atau Ma sedang membaca buku.
Ya Allah.. aku rindu suasana itu. Abah sama seperti dahulu, berehat di kerusi malas.
Aku masuk dan bersalam dengan abah dan ibu tiriku, janggal. Rasa seperti mengunjungi orang asing. Jika dulu ketika Ma ada, Ma akan terus memelukku, Ma sangat suka memelukku.
Ya Allah.. aku rindu pelukkan Ma. Dari aku kecil sampailah aku berumur 34 tahun, Ma sangat suka memelukku dan membisikkan Ma sayang anak bongsu Ma.
Ma akan perhatikan setiap inci wajahkku. Dan Ma akan cari part mana yang boleh dia puji.
Itu lah dia Ma, sangat pakar dalam psikologi anak2, walaupun Ma sekolah sampai tingkatan 3 sahaja, walaupun hanya surirumah, tapi ilmu keibubapaan Ma sangat hebat. Dari aku kecil Ma sentiasa puji aku.
Sehingga aku membesar menjadi seorang yang berkeyakinan tinggi. Kalau di lihat pada fizikal aku, aku bukanlah seorang yang cantik.
Berkulit hitam manis, beramhit ikal, hidung penyet, tidak tinggi dan sedikit bongok.
Aku sedar semua tu, tapi keyakinan diri aku jadi tinggi sebab Ma selalu puji, Ma kata muka aku comel macam campuran india melayu. Kulit aku lembut, rambut aku ikal mayang, bahu aku tegap, boleh jadi polis.
Ma sentiasa ulang pujian tu sehingga aku membesar menjadi seporang wanita yang yakin untuk masuk ke mana – mana tempat tanpa rasa rendah diri.
Di sebabkan rasa janggal berada bersama ayah dan ibu tiriku, aku keluar melihat pokok pokok di sekeliling rumah. Nampak banyak pokok pokok baru yang di susun di sekitar rumahku.
Nampaknya hobi ibu tiriku sama macam hobi Ma. Tapi ibu tiruku bertuah, ayahku menyokong hobi ibu tiriku.
Berbeza ketika Ma masih ada, pokok dan bunga yang di tanam Ma selalu di musnahkan oleh ayahku. Serabut katanya.
Tapi Ma sabar.. Ma hanya diam bila pokok kesayangannya di musnahkan oleh ayahku. Ma tak pernah ceritakan apa yang ayah buat kepadanya, cuma aku tahu kerana aku nampak.
Dari aku kecik, Ma cuba bentuk keluarga kami jadi keluarga yang sempurna. Ma cuba jadikan ayahku ketua yang baik. Jika solat, Ma akan tunggu untuk menjadi maklum ayahku .Ma akan persiapkan sejadah untuk ayah dan anak anaknya.
Ayah aku tidak ada pilihan bila Ma minta anak anak tunggu untuk solat bersama sama. Kenangan paling indah aku zaman kanak2 adalah ketika solat magrib. Ma akan minta kami tunggu ayah.
Kami, sebangai makmum tunggu dan ikut ayah solat dan hanya ketika ini aku berani pegang ayah aku untuk bersalam. Sampai sekarang aku ingat bertapa indah nya solat bersama2 Ma dan ayah.
Kini aku juga meniru gaya Ma mendidik anak untuk solat, setiap kali waktu solat, aku tanpa jemu akan mehamparkan sejadah untuk setiap ahli keluarga ku, dan aku jemput suamiku menjadi imam kami.
Alhamdulilah anak2 ku tiadak pernah meninggalkan solat 5 waktu selepas berumur 7 tahun.
Aku masuk ke rumah, aku perhatikan buku buku di rak tidak terusik, seperti lama sudah ayahku tidak membaca. Jika dulu, rumah di kampung seperti mini perpustakaan, Ma suka membaca.
Dan Ma suka membeli buku. Aku dulu sangat malas membaca, berbeza dengan kakakku yang boleh ku gelar ulat buku. Ma tak paksa aku membaca, tapi Ma belikan aku buku yang aku suka baca.
Zaman dahulu, aku suka baca buku mistik, seperti buku mastika. Jadi Ma belikan aku buku mastika setiap bulan. Ma juga melanggan akhbar utusan setiap hari.
Ma tak ada duit untuk beli akhbar, jadi Ma buat kerepek dan letak di van yang menjual ikan,pemilik van itu jugak yang menolong Ma untuk membeli akhbar utusan setiap hari.
Setiap hari aku lihat Ma dan kakakku tekun membaca, aku yang malas ni pun mula terikut ikut. Pada mulanya, aku baca perihal artis artis sahaja. Lepas tu aku beralih pada hal hal yang pelik berlaku di dunia. Lama kelamaan, hampir setiap tajuk aku baca.
Dan hasil dari ‘rajin’ membaca surat khabar, keputusan subjek penulisan bahasa melayu aku cemerlang walaupun aku di kelas belakang. Dan masih aku ingat, cikgu bahasa melayu bertnya apa yang awak buat sampai awak boleh buat karangan yang baik.
Aku jawab “saya baca surat khabar”. Kerana kagum, cikgu tersebut telah menghadiahkan aku sepasang kain. Sampai sekarang aku ingat.
Terima kasih Ma atas didikan Ma.
Aku berada di kampung tiadak lama, sebab rasa janggal dengan ayah dan mak tiri sendiri, aku minta diri untuk balik, ibu tiriku menghantar aku sampai ke luar rumah, melambai lambai tangan sehingga aku hilang dari pandangan matanya.
Sama seperti perilaku Ma, tiadak akan masuk ke rumah selagi keretaku tidak hilang dari pandangan matanyanya. Ayah? Sama seperti dahulu… Tidak kisah aku pergi atau aku datang. Hambar….
Ma sangat istimewa di mataku, Ma kuat membebel, tapi tidak pernah marah, Ma tak ada duit, tapi tak pernah hampakan permintaan anak, Ma tak pandai memandu, tapi anak anak sentiasa boleh sampai ke destinasi.. Ma sakit tapi tak pernah mengaduh..
Akanku ikut gaya parenting Ma. Peluk anak, puji anak, sokong anak, percayakan anak, doakan anak, mudahkan urusan anak… Semoga Ma bahagia di taman syurga bersama sama 6 anak syurga Ma.
Tunggu Ma…. tak lama lagi anak Ma ni akan menyusul, akan ku usahakan untuk bertemumu semula.
– Anak (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit