REPLY: Jadi Janda Adalah Lebih Baik

Assalamualaikum. Terpanggil untuk menulis selepas terbaca luahan dari Puan Nur, (https://iiumc.com/jadi-janda-adalah-lebih-baik/).

Kisah kita hampir sama tapi sedikit berbeza. Saya telah berkahwin dan memiliki cahaya mata yang kini hampir menginjak 3 tahun.

Awal perkahwinan saya tinggal di ibu kota bersama suami yang sememangnya berasal dari sana. Suami saya awalnya bekerja di sebuah kedai retail pakaian di sebuah shopping mall terbesar di sana.

Sebelum berkahwin saya tahu suami saya bergaji agak besar kerana commission based.

Tapi selepas berkahwin dia ditukarkan ke cawangan yang lain dan butik tersebut jualannya agak kurang jika nak dibandingkan dengan cawangan sebelum ini.

Kiranya semua cukup2 makan sahaja dengan kos sara hidup yang agak tinggi disebabkan tinggal di tengah2 bandar yang maju.

Saya pada masa itu dari dari suasana yang agak kampung ke bandar agak terkejut disebabkan perbelanjaan yang sangat tinggi.

Oleh itu saya faham jika suami tidak memberikan nafkah walaupun wajib bagi suami untuk memberikan nafkah kepada isteri. Waktu tersebut saya memang redha.

Saya juga tinggal bersama mertua pada ketika itu.

Sepanjang keberadaan saya di sana boleh dikatakan saya dilayan dan dianggap seperti orang luar bukan ahli keluarga seperti mana keluarga saya melayan suami saya dari awal kahwin sehingga sekarang.

Saya banyak makan hati dengan layanan yang diberikan sehingga saya berbuat keputusan sendiri tanpa berbincang dengan suami saya untuk pulang bersalin dan tinggal di kampung saya.

Banyak juga sebab dan saya skip untuk cerita di sini bimbang luka lama berdarah kembali.

Alhamdulillah selepas berhenti kerja, pihak majikan membayar gaji saya dengan baik walaupun notis yang diberikan agak singkat. Dapatlah saya simpan untuk belanja keperluan anak dan bersalin.

Sesungguhnya saya amat berterima kasih kepada ibu bapa saya kerana saya byk membantu saya dengan membayar bil bersalin saya walaupun bukan tanggung jawab mereka.

Jika saya jadi suami ketika itu sangatlah malu dengan mertua kerana langsung tiada simpanan buat isteri untuk membayar bil perubatan isteri. Tapi tu lah saya tak tahu bertapa taktahu malunnya suami saya ketika itu.

Fast forward masalah kewangan masih terjadi walaupun suami sudah dapat pekerjaan yg baru di kampung saya iaitu penjawat awam.

Gajinya juga agak tinggi dari saya tapi masih tiada simpanan. Nafkah pun jika ada ada la untuk bulan itu.

Kadang gajinya habis membayar komitmen yang saya sendiri tak faham sehingga saya terpaksa menggunakan gaji saya untuk menanggung perbelanjaan harian sang suami.

Sehinggakan jika dia beri nafkah saya seperti malas nak ambik kerana akhirnya duit itu akan dibelanja untuk dia. Sunguh bosan hidup sebegini tiap2 bulan.

Saya juga seperti Puan Nur banyak menyumbang dalam rumah tangga. Penat memang penat sbb terpaksa pikir nak rolling duit sementara nak tunggu gaji seterusnya.

Saya juga pernah bersuara pada suami,keluarga dan keluarga mertua untuk bercerai. Kerana saya tahu saya mampu hidup tanpa suami.

Saya betul2 burn out sehingga berkali kali mengugut suami untuk melepaskan saya dengan cara baik mahupun fasakh. Sehingga kini saya masih begitu.

Dan layanan saya terhadap suami pun sudah kurang kerana banyak makan hati dengan sikap2 yang sentiasa menyakitkan hati saya.

Tapi saya cuba bertahan selepas terdengar satu ceramah seorang ustaz di aplikasi tiktok di mana ustaz tersebut memberi nasihat iaitu “sebesar apapun ombaknya, jangan pernah lompat dari kapal”. Puan Nur boleh search di tiktok ceramah tu.

Saya rasa sebab ayatnya itu saya boleh bertahan walaupun layanan pada suami sudah berkurang. Saya Cuma mampu doa semoga suami lebih bertanggungjawab, lebih matang dan boleh fikirkan masa depan keluarga kecil kami.

Jika berlarutan dan tidak berubah selepas 5 tahun ini saya mungkin akan meneruskan niat saya iaitu bercerai. Sekarang saya cuba petahankan atas daya usaha saya.

Saya tahu akan ada komen2 supaya bercerai sebab dapat suami sebegini tapi pada diri saya, saya akan bertahan seketika kerana saya amat menghargai perkahwinan.

Tipulah jika saya kata tiada kebaikan pada suami saya. Wallahualam, Allah adalah sebaik baik perancang. Jika bercerai dalam masa terdekat pun siapalah saya untuk menghalang kuasa Allah.

Saya berdoa semoga suami Puan dan suami saya sama2 berubah. Kasihanilah kita sebagai seorang isteri.

Sekian..

– Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *