Broken Family and Inferiority Complex

Tak tahu nak mula dari mana. Sebab terlalu banyak yang aku tanggung sekarang. Aku tak boleh nak cerita pada sesiapa yang aku kenal. Jadi aku memilih untuk menulis di sini sekadar inginkan pendapat.

Aku berkahwin sudah 10 tahun. Di kurniakan 3 orang anak.

Suami aku datang dari keluarga yang broken di mana mak ayah bercerai dan adik beradik berpisah, ada yang di bela oleh mak dan ada yang di bela oleh ayah. Suami aku di besarkan oleh ayahnya.

Tahap pendidikan pulak hanya SPM manakala aku pula diploma (tidaklah setinggi mana).

Aku pula hidup di dalam keluarga yang amat mementingkan keluarga dan sangat rapat dengan adik beradik dan saudara mara.

Kesah ini tidak terjadi dalam sekelip mata. Namun ia menyusup sedikit demi sedikit ke dalam keluarga kami sehingga aku rasa kecewa dan putus asa yang teramat sangat.

Di awal perkahwinan, suami tidak bekerja selama 5 tahun.

Bukan tidak mencari kerja tetapi banyak tidak mendapat peluang akibat keputusan SPM yang tidak seberapa dan suami yang agak memlilih pekerjaan.

Waktu itu aku tidak kesah langsung dan sanggup banyak berkorban untuk tidak bermewah dan memperuntukkan semua pendapatan aku untuk keluarga kecil kami.

Masuk anak ke dua suami aku berkerja dan dapat lah menampung sedikit perbelanjaan rumah dan anak-anak.

Sewaktu itu kehidupan agak senang dan selesa. Masuk anak ke 3 tiba-tiba suami berhenti kerja akibat ada masalah di tempat kerja dan di saat inilah hidup aku merana.

Suami aku jadi panas baran, kuat merajuk dan rendah diri dengan keluarga aku.

Ayah dan ibu aku kerap memberikan aku duit untuk meneruskan kehidupan kami setiap bulan.

Mereka berbuat demikian pun kerana tidak sanggup untuk melihat cucu mereka berlapar dan berkira-kira untuk makan.

Suami aku cepat terasa bila ayah aku membantu, namun dia tidak pula mencari alternatif lain untuk meminjam pada adik beradiknya atau kawan-kawannya.

Alasannya malu, habis tu aku ni tak tahu malu ke tiap-tiap bulan terpaksa meminjam orang tua?

Dia juga kuat cemburu, bila aku pergi kerja atau terpaksa bekerja lebih waktu, berkerja di hujung minggu dia akan memikirkan yang bukan-bukan konon aku curang di belakangnya.

Padahal aku terpaksa untuk mencari duit lebih setiap bulan.

Jadi dia akan tiba-tiba moody dan tak nak bercakap dengan aku. Kadang-kadang bercakap tapi kasar sangat melayan aku. Kalau dengan orang lain, cakap lembut gigi lagi dari lidah.

Kadang-kadang aku rasa dia sudah tawar hati dengan aku. Sebab itu dia melayan aku dengan buruk.

Kalau bergaduh besar, dia akan keluar dari rumah kadang-kadang sampai 2 minggu baru balik ke rumah. Setiap kali itulah aku terpaksa memujuk rayu dia untuk pulang ke rumah, anak-anak asyik mencari.

Aku terpaksa mengalah setiap kali pergaduhan, walaupun pergaduhan tersebut tidak relevan pun untuk di gaduhkan. Aku banyak bersabar dengan perbuatan dia pada aku.

Sekarang dengan mak ayah aku pun dia sudah menjauhkan diri, malu kerana pernah meminjam duit RM10k untuk memulakan bisnes tapi tidak kemana akibat sikap yang hangat-hangat tahi ayam.

Tahap memuncak apabila aku tidak lagi perform di dalam pekerjaan dan aku banyak beremosi dengan anak-anak.

Aku jadi kuat marah, dan setiap masa aku rasa sedih yang teramat sangat. Akhirnya aku membuat keputusan untuk berjumpa dengan Dr.

Aku di dignose kronik depression dan memakan 3 jenis ubat psikatrik. Aku jadi kecewa dan sedih dengan nasib diri. Kerana aku menyangkakan, dengan cinta semata aku akan bahagia.

Namun cinta aku tak cukup kuat untuk membahagiakan dia dan anak-anak. Aku banyak menangis mengenangkan nasib ketiga anak aku yang membesar di dalam keadaan toksik.

Aku tak cakap broken family ni semuanya buruk, tapi sedikit sebanyak memberikan impak pada minda anak-anak yang membesar. Suami aku melepaskan segala yang dia rasa pada aku.

Aku pula banyak memendam sehingga memakan diri.

Terkadang aku terasa yang suami aku menyalahkan aku diatas nasib yang menimpa dirinya kerana aku dapat melihat setiap kali dia memandangkan aku. Kecewa dan menyesal agaknya berkahwin dengan aku.

10 tahun aku bersabar, sehingga bila aku boleh bertahan lagi.

– Intan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *