Assalamualaikum, saya berumur 25 tahun. Nama biarlah rahsia hehe.. Saya just nak share pengalaman saya selama saya bekerja di tadika islamic swasta pada tahun 2020.
Walaupun kerja tak lama kerana saya sambung degree dalam bidang pendidikan, saya rasa pengalaman saya ni buat saya seronok dan bila tengok muka anak-anak buat saya lupa semua masalah saya.
Walaupun dah 2 tahun berlalu saya masih rindukan anak-anak saya.
Saya gelarkan pelajar² saya sebagai anak-anak saya. Kerana di situ, kami semua sebagai teacher memang gelarkan pelajar sebagai anak.
Lingkungan usia anak biasanya umur 4 hingga 6 tahun. Yelah tadika kan.. Dan ada daycare juga.
Saya sebelum bekerja situ tak berapa pandai handle kanak2, yelaa saya tak ada adik, anak bongsu pulak tu. Saya mengajar kelas 6 tahun.
Kawan2 saya mengajar kelas 4 dan 5 tahun.
Kami ajar anak2 solat, menghafaz surah lazim, membaca bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, Arab, Jawi.
Bayangkan umur 6 tahun dah pandai dan lancar baca semua ni.. Kalau anak2 dapat award kembang kempis hidung guru nya nak bergambar sekali haha..
Tadika ini juga sangat menjaga aurat guru. Menekankan pemakaian handsock dan stokin. Juga bersikap sopan dan jaga tingkah laku depan anak2. Anak2 kan akan copy apa yang mereka lihat.
Kami sangat sayang semua anak kami, nak kata pukul tu memang tak. Kalau terlampau degil kami acah2 nak cubit je tapi tak pun.
Saya tak boleh brain bila ada kes dera di tadika, taska dan pusat asuhan. Budak2 ni fragile dan innocent. Dia masih kecil dan masih boleh dibentuk akhlaknya.
Saya mengajar 12 orang satu kelas. Anak 5 tahun dibahagikan kepada dua kelas. Dan saya mengajar tahun 5 kelas 1.
Dalam bulan pertama mengajar, saya perasan perangai dua pelajar saya lain sikit.
Seorang bagaikan dalam dunia dia. Suka mengigit jari dan duduk di penjuru kelas. Seorang lagi akan jerit macam histeria, pukul diri sendiri dan pukul kawan2 yang lain.
Saya dapat rasa mereka berdua ni autistic. Dan saya berjumpa dengan pengetua. Dan ya itulah pengetua katakan. Memang mereka berdua ada autism.
Tapi kedua2 parents anak ini tidak mengaku anak mereka ada autism. Saya faham mereka nak anak mereka normal macam pelajar lain.
Saya pun tidak bertanya kepada parents dan saya anggap ini tiket untuk saya dekat dengan Pencipta. Dan saya juga menjaga keselamatan anak2 lain.
Mula2 agak sukar nak handle, pengetua saya kata “selami hati dia, awak akan kenal anak awak walaupun makan sedikit masa”
Saya selalu berdoa Ya Allah beri aku kekuatan kenal anak2 ini dan bantulah aku.
Dan Alhamdulillah Allah Maha Baik, Allah permudahkan saya.
Salah seorang anak autism saya ni, bila dia menjerit dan menangis dengan kuat, saya akan berjalan perlahan ke arah dia, peluk dia sekejap dan usap dada dia.
Saya kata don’t cry, Allah is here. Dalam masa sebulan juga saya practice bila dia begitu.
Boleh kata sehari makan tiga empat kali dia akan jerit. Kawan2 saya yang lain akan terus panggil saya bila dia menjerit kerana mereka tak pandai handle anak saya.
Lama2 saya ajar dia dengan jarak jauh. Bila dia menjerit dan masukkan jari2 nya dalam mulut dalam keadaan dia agak jauh tapi saya masih dapat lihat dia, dan dia lihat saya.
Saya pandang mata dia, usap dada saya, saya gerakkan mulut kata “Allah” dan dia ikut. Serta merta dia akan berhenti menangis dan menjerit.
Saya sentiasa masukkan tisu dalam poket dia. Bila dia tenang dia sendiri akan lap air liur dia yang berjurai. Mulanya saya sendiri akan lap air liur dia.
Dan mungkin dia lihat saya perlu juga handle anak lain dan dia belajar sendiri.
Demi Allah, saya sayang dia dan anak2 lain macam anak saya sendiri.
Saya type ini pun berlinang air mata sebab rindu sangat. Saya tahu saya tak ada hak untuk tengok mereka membesar kerana saya hanya seorang guru.
Namun, saya hanya boleh berdoa agar anak2 saya menjadi anak yang soleh dan solehah untuk ibu bapa mereka.
Ada suatu ketika, guru2 memakai maskot dan berlakon suatu cerita dia hadapan pelajar2. Anak2 tak kenal mana satu guru dia.
Tapi anak saya ni dia kenal saya dan terus peluk saya. Teacher.. teacher.. Dia panggil saya. Saya suruh dia duduk dengan baik.
Dan dia pertengahan cerita, tiba2 dia menjerit dengan kuatnya. Semua memandang dia. Saya tanggalkan topeng, pandang dia dan usap dada saya.
Dia ikut pergerakan saya dan senyap. Guru2 pandang saya dan tanya macam mana saya boleh kawal dia haha.. Saya cuma cakap yang saya kenal anak saya.
Bila tibanya pendemik covid-19, bermulalah fasa saya mengajar secara online. Mulanya agak risau adakah anak2 terima cara baru ni kan.
Alhamdulillah bantuan ibu bapa sangat baik walaupun ada yang kerap tidak masuk kelas. Dan ada juga waktu malam kami guru2 vc anak2 melalui WhatsApp untuk ajar membaca.
Sewaktu mengajar online juga, anak autism saya akan tiba2 juga menjerit sewaktu saya mengajar, dia kata nak teacher, nak teacher.. saya nampak ibunya cuba juga nak menenangkan dia.
Saya cakap “teacher ada di sini, teacher nampak kamu.. Tenang ya Allah ada” sambil usap dada saya. Dan sama juga kaedah dia akan ikut.
Kadang anak lain saya tanya, “teacher, kenapa dengan Aiman (bukan nama sebenar) tu, asyik jerit je”
Tak lah, aiman tak sihat sikit. Awak semua jaga dia tau. Teacher sayang dia macam teacher sayang kamu semua. Jadi kamu semua pun kena sayang dia.
Di suatu pagi (flashback sebelum pendemik), saya breakfast di dapur. Manakala jadual pagi tu kawan2 lain perlu jemput anak2 dekat pintu masuk.
Tiba2 saya nampak anak saya Aisyah pimpin tangan Aiman ke arah saya. Aiman nampak tersedu menangis. Aisyah kata “teacher, Aiman ni nangis.. Dia nak teacher”
Saya keluar dari gate dapur. (*dapur kena berpagar takut budak2 masuk) dia terus peluk saya.. I miss you teacher. Oh my… Hati saya melting. Dan Aisyah amik tisu lap muka aiman.
Dan dari situ, saya nampak lepas je Aiman menjerit anak2 lain akan hulur tisu dan ada yang terus lap air liur aiman tanpa rasa geli. Betul laa, anak2 makan tiru apa kita buat.
Jika saya cuti, kawan2 saya yang relief class saya tak pandai handle pelajar2 saya lagi2 bila Aiman tiba2 menjerit. Sampai kawan2 saya kata tolong laa jangan cuti.
Aiman akan menjerit nak teacher bunga, nak teacher bunga.. (Bukan nama sebenar saya)
Aiman pernah kata pada saya, dia nak saya masuk syurga. Dalam 10 nama dia baca, ada terselit nama saya. Tak tergambar perasaan saya masa itu.
Menangis saya peluk dia. Saya kata nanti kalau aiman masuk syurga tak nampak teacher, tanya Allah mana teacher ya. Teacher belum ada anak, tapi ingat teacher sayang kamu, kamu juga anak teacher.
Waktu saya resign saya menangis. Jiwa saya nak mendidik sangat besar, hingga saya buat keputusan sambung degree dalam bidang pendidikan.
Saya harap suatu hari saya nak jumpa mereka lagi. Nak mengajar mereka lagi. Insyaallah.
– Bunga (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit