Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, sedikit pengenalan tentang diriku, Sitti (of couse bukan nama sebenar), berumur 26 tahun, sudah berkahwin tahun lepas dan aku orang di satu kawasan Padang Terap, Kedah.
Aku hadir untuk berkongsi sesuatu rentetan kisah Aqish (Adik Balqis, Pelakon cilik) yang tengah hangat diperkatakan saat ini. Rata-rata murah dengan pendapat masing,
“Tak jaga Aib Ayah”
“Kalau dah remaja, pakai baju depan ayah macam ni, pak ustaz pun iman goyah”
“Takde ke penyakit POPULARITY-CRAVING DISORDER”
“Dah tahu susu tu b esor.. pakai la senonoh sikit.. aku ni dah la bini baru je lepas bersalin,hmmm nape kejam sangat dunia ni.. “
“Pakai baju pun macam betina Yahudi”
“Kenapa sekarang baru nak report”
Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar !!
Cukup lah sekadar ini yang aku baca, terfikir macam mana dengan tuan badan yang baca, baru saat ini aku baru sudah baca artikel “Puteri
Balqis & Ibu jumpa pakar Psikitri, Disahkan Hidup PSTD?”
Aku ambil di suatu rungan komen..
PSTD = Post-trauma stress Disorder.PSTD. Bukan askar/tentera je yang ada sakit ni, yang pernah kena ddera, yang pernah jadii tebusan atau mangsa penculikan, yang pernah terlibat dalam kemalangan teruk atau yang pernah terlibat dengan situasi teruk(cth: bencana alam)
Hampa tak kesian ka.. tak ada langsung rasa belas kasihan, empati dalam diri masing-masing komen macam dia taklayak dapat pengadilan.
Memang aku sebak baca komen, aku sendiri yang rasa trigerred. Kenapa perlu menghukum. Jika benar itu yang berlaku kenapa kita tak boleh bagi sokongan untuk dia, doa yang baik-baik.
Sakit sangat jiwa masyarakat melayu hari ini, masyarakat kita masih kurang pendedahan bab PA3DOPHILIA DAN S3XUAL GROOMING.
PA3DOPHILIA.
Paedophilia adalah salah satu kelainan seksual di mana seseorang mempunyai minat atau hasrat seksual terhadap kanak-kanak yang belum memasuki masa remaja (di bawah umur 13 tahun).
Individu pedophilia kebiasaannya terdiri daripada golongan dewasa (di atas umur 16 tahun). Mereka ini mempunyai kecenderungan dorongan seks terhadap kanak-kanak dan fantasi yang boleh mengganggu kanak-kanak.
Manakala “S3xual grooming” atau antunan seksual bermaksud perbuatan dengan sengaja mendekati, berbaik dengan seseorang (mangsa) contohnya kanak-kanak dengan bagi membina hubungan emosi dengan TUJUAN mengurangkan penolakan sebarang perilaku seksual terhadap mangsa.
Perkara mungkin berlaku akibat terhutang budi, harta atau tautan emosi dengan pemangsa.
Ada 6 peringkat”sexual grooming”:-
1. Mendapatkan sasaran (cari mangsa yang fragile).
2. Dapatkan kepercayaan (tunjuk reputasi pemangsa).
3. Mengisi keperluan mangsa (beri apa keperluan mangsa yang tidak ada).
4. Mengasingkan mangsa (ajar mangsa merahsiakan).
5. Perilaku seksual.
6. Kekalkan penguasaan ke atas mangsa (ugutan, suapan).
Terdapat banyak kes “sexual grooming” di dalam dan luar negara melibatkan mereka yang mempunyai gelaran, darjat, pengaruh dan status yang tinggi dalam kalangan masyarakat.
Kebanyakkan kes sukar diselesaikan disebabkan stigma dan cara berfikir masyarakat setempat yang menilai seseorang pelaku “Sexual Gromming” ini dituduh atau difitnah oleh mangsa atas alasan dengki berunsur khianat.
Hal ini menyebabkan ramai mangsa dan saksi tidak berani untuk tampil disebabkan risau akan dikecam atau dicerca oleh masyarakat setempat.
Semoga masyarakat kita lebih peka dan terbuka dalam memperkatakan soal ini agar kejadian-kejadian yang tidak diingini tidak terjadi dalam keluarga kita akibat kurangnya kesedaran
Senang kata, golongan dewasa yang bernafsu pada kanak-kanak.
Paedophilia ni licik tau korang.
Personaliti mereka dekat orang luar takkan menampakkan diri mereka seorang yang telah melakukan jenayah Seksual.
Mereka ibarat “angel” di mata orang luar dari bahsa tubuh badan mereka, percakapan (teratur dan manis), paling menjengkelkan bila pelakunya adalah orang yang mendirikan solat, boleh jadi imam, jengkel ni hanya mangsa sahaja yang boleh rasa,
orang luar takkan rasa betapa bencinya terhadap pelaku tapi mangsa tak dapat buat apa-apa melainkan jalani kehidupan macam biasa,
Tahukah anda bukan sesuatu yang mudah mangsa nak tampil buat pendedahan untuk sesuatu yang memalukan diri dia seumur hidup. ini bukan lagi aib kawan-kawan, ini adalah Jenayah Seksual yang sangat kejam.
Aku nak kongsikan sesuatu buat mereka-mereka yang sangat mudah bercakap, melahirkan pendapat, komen secara melulu ;
“Benda dah lama, kenapa tak report polis?”
KISAH AKU
14 tahun yang lepas, aku juga adalah mangsa jenayah Seksual seorang bapa kandung sendiri. Bapak aku umur 60 tahun lebih dah taksilap.
Masa aku sekolah rendah, bapak aku seorang yang garang tau, senang cerita bengis, apa sikit cepat melenting, aku tak boleh buat apa-apa silap sikit, makan penampar tu dah selalu sangat, tapi yalah dulu-dulu kan ibubapa kata nak mengajar anak jadi manusia. Aku ni membesar pun dengan suasana yang takut-takut.
Korang bayangkan lah, aku nak tengok tv aku pastikan bapak aku ke pekan dulu, baru aku bukak tv, volume aku bukak perlahan ja tau bawah 10, bila dekat waktu dia nak balik, aku tekan 0 terus volume sebab bapak aku nak tutup TV memang dia tekan 0, jadi kononnya aku taknak dia tahu aku bukak TV,
Aku nampak ja dari jauh motor bapak aku, tutup terus kadang lewat sedar kan, lepas tutup terus merangkak masuk bilik sebab ruang tamu rumah aku tu ada bata lubang-lubang tu kat tengah-tengah dinding. Aku takut dia nampak aku dekat ruang tamu. So namapun, aku takut kan, semua benda aku takut la walaupun kelihatan tak logik.
Sehinggalah aku darjah 6 bapak aku dah kurang bengis dia, cuma aku perasan ooo bapak aku mungkin faktor tua jadi dia dah berubah, Cuma seperkara lagi aku tak tahulah kalau perubahan dia tu bermotif atau macam mana,
Tapi memang orang kampung kenal dia sebaik-baik manusia (lebih kurang la), dia bukan ustaz, ketua kampung.. cuma dia ni seakan dikenali dan dihormati. Dia sangat peramah dengan cikgu-cikgu aku, dengan polis-polis di daerah Padang Terap, aku rasa la kalau sapa-sapa sebut nama dia, semua orang kenal kot..
Sebab dia memang orang lama dekat situ, hari-hari pi pekan, Rumah aku ni boleh dikatakan sedia-sedia ada orang mai duk menyembang, tak kira apa parti politik, semua dia boleh ngam dan selalu jugak la kenalan-kenalan polis bapak aku mai dengan family makan-makan kat rumah, bapak aku ajak, terutama musim buah. Jadi baikkan bapak aku?
Untuk orang-orang kampung pulak, mereka kenal dia ni serba tahu (agama), selalu cakap pasal hukum, dan orang kenal bapak aku ni kelolo, pandia melawak.
Pernah la depan aku dan mak aku dia peluk tonyoh-tonyoh jiran wanita aku tu, konon macam melawak la cara, perkara tu tak memang lah tak baik dan berdosa besar, mak aku pun dah lali agaknya nk egur bukannya tak tahu agama.
Aku tau korang semua pun mesti terfikir macam mana aku boleh anggap benda ni macam biasa.. mungkin aku dibesarkan dalam personaliti bapak aku macam tu, jadi aku taksedar benda tu isu yang besra sebenarnya, tapi apa aku boleh buat?
Aku kan takut dengan dia.. Dorang pun macam tak kisah sebab tahu bapak aku ni “kelolo /loq laq”, susah pulak aku nk cerita. Korang bayangkanlah sekadar mampu kisah hidup aku ni.
Masa aku kecik-kecik dulu dalam 6 bulan – 12 bulan aku kuat nangis jadi mak aku akan bawak lari duk dalam pokok getah belakang rumah, mak aku sekali nangis-nangis. Mak aku cerita, kalau mak aku takselamatkan aku, aku ni dah kena hempuk, bapak aku baran ya.
Jiran wanita yang aku cerita tadi pun penyelamat jugak, dah besar sikit, aku lari la sendiri duk rumah jiran aku tu huhu, dia kata bapak hang tu bapak rimau (seloroh), tapi sebelum lari tu of course la aku kena dulu penampar bertalu-talu sampai terkencing,
mak aku la selalu jadi benteng halang “nak bunuh anak ka nak mengajaq mak aku cakap”, pastu mak aku suruh lari
Jadi kalau zaman sekarang ni assume sebagai apa eh, mesti penderaan fizikal/penderaan kanak-kanak kan? Tapi tak untuk zaman aku tu, 90-an.. orang kata ni cara mengajar anak.
Ya Allah aku nak cerita pasal jenayah seksual yang aku alami kan, dah terlajak ni saja la aku intro sikit bapak aku punya personaliti.
Okay balik pada cerita, perubahan yang aku nampak dia macam semakin toleransi dengan aku, kelolo/loaqlaq tu macam semakin menjadi pulak dekat aku, waktu ni aku 12 tahun tau umur, dia berani melawak dengan aku pulak, depan mak aku pulak tu, dia bersungguh-sungguh nak pegang aku punya kemaluan,
Dan aku tolak-tolak, dia gelak-gelak, mak aku pun ingat benda tu macam melawak sebab personaliti dia yang macam tu, aku tak suka (dalam hati hanya Allah ja yang tau aku nak berontak) tapi takdapat nak zahirkan dengan kata-kata atau tengking bapak aku, faham tak aku takut dengan dia, trauma mungkin?
Sehinggalah makin aku hampir nak exam UPSR, aku nampak bapak aku ni sangat berusaha untuk aku, buat air tawar dengan pengamal perubatan, baca-baca dekat alat tulis aku, buat dekat coklat.. aku rasa ni macam normal kot untuk zaman aku tu? niat macam nak lancarkan urusan aku.
Entahlah ni dulu, sekarang ni aku takberminat langsung dah pengamal-pengamal perubatan ni sebab aku rasa dah tak relevan, maafkan aku kalau ada yang terguris sebab aku ada kisah aku. Pengamal perubatan waktu tu orang panggil bomoh kot, tapi yang aku pi tu orang panggil Wak, nama dah tak ingat.
So bapak aku nak aku berjaya kan? tup tup satu hari bapak aku panggil aku,
Maafkan aku part ni aku dah tak ingat conversation penuh.
Yang pasti bapak aku bagitau kata nak buat baca doa-doa dekat aku jugak supaya nanti aku jawab exam UPSR dengan tenang, kira macam lapangkan dada lah.
Bapak aku mintak izin dekat aku, mintak izin okay.. macam pengamal perubatan mintak izin bila nak sentuh berlainan jantina. aku kena tidur dalam bilik, pakai baju biasa or berkemban kain batik (wallahualam aku tak ingat, sumpah), jadi aku ikut cakap dia, bapak sendiri kan? sebab aku tak rasa apa yang salah
Masa ni la dia buat baca-baca. ini pun aku tak ingat dia ada sentuh tak sulit aku, tak silap aku macam baca doa sekali lalu, fuang tangan lalu melurus atas badan. Still tak rasa apa yang salah kan? yang pasti benda ni tak patut pun berlaku sebab langsung tak relevan, kena baring atas katil dalam bilik?
Wak tu buat doa bagi aku duduk ja haritu. dan sebenarnya bapak aku buat ni masa mak aku tak ada dekat rumah tau, dia pi menoreh getah.
Bapak aku? dia dah tak menoreh dah, sebab tubuh badan dia dah tak larat, kejap pening kepala,
Kemudian ini takterhenti ya, makin hari ada kisah lain,dia macam makin berani dan tangan dia makin ringan nak sentuh aku, ni aku cerita random ya, susunan kejadian yang berlaku tu dah tkingat mana dulu, yang pasti benda ni pernah berlaku masa aku umur 12 dan 13 tahun.
Dan ajaib dia dah tak pernah marah-marah aku, baik ja dia layan aku, bapak aku pasang lagu tani ka, dangdut ka. bollywood. Dekat TV, dia panggil aku join la tengok… biasala mungkin dia nak buat anak ni sebagai kawan dia.. sebab masa aku kecik-kecik dia tak layan aku baik-baik.
Suatu pagi tu macam biasa mak aku pi menoreh, aku hari-hari terperap dalam bilik je la tempat aku, pernah dia mintak aku urut sulit dia sebab Wak (taktaulah lah wak lu durjana mana), bagitau suruh anak dara urut alat sulit dia guna minyak yang wak bagi tu untuk apa ntah,
aku ni kan mampu menyumpah dalam hati saja, rasa hina sangat diri aku, macam mana aku nak berlagak suci aku tak kenal alat sulit lelaki sedangkan aku dah pernah tengok bapak aku suruh urut, rupanya untuk nafsu dia.
Aku ni mulut terkunci, nak menolak takut, mak aku bukan ada dekat rumah, dalam hati je la menyumpah.
Kemudian, ada satu pagi tu macam biasa mak aku pi menoreh, dia panggil aku cakap nak bukak satu video, aku ni kan ingat macam selalu fia nak bukak video lagu bollywood ka, dangdut ka, Nana tanjung ka, Anak mami ka maklumlah bapak aku tengah gila TV, rumah aku darjah 6 baru aku merasa ada TV.
So dia panggil duk atas kerusi sebelah dia, rupanya dia bukak video lucah, dia kata dapat dari kawan dia. Aku rasa dia sebut nama kawan dia yang bagi, aku pun tak sangka sebab orang ni orang masjid jugak.
Korang jangan lah kecam aku kenapa tengok, kenapa tak bersuara, faham tak aku ni hidup ketakutan. Pendam rasa dalam hati benci tu yang membuak-buak,
nak bagitau mak malu dan takut. nak kata NO aku sangat takut dekat bapak aku.So dia bukak video lucah dekat TV, suruh aku tengok, nanti boleh belajar buat dekat laki(suami), dan tahu apa dia suruh aku pegang sulit dia.
Apa yang berlaku ni aku memang takcerita dekat mak aku dulu, tolong faham tekanan yang aku lalui, cuma mampu memberontak dalam hati
Selepas pada tu of course ada bermacam-macam kejadian lain, dia dah berani, ajak aku ke bilik dia (dekat ruang tamu(cuma terhadang dengan almari TV), dia kata nak ajar aku cara layan suami nanti, walhal waktu tu aku baru umur 12 atau 13 tahun dia start ajar aku cara dan sebagainya,
Moga Allah Ampunkan aku sebab aku tak melawan dan fight hak aku. Taktau la macam mana aku ikut ja cakap dia tanpa bantahan walhal hati aku sangat memberontak dan membuak buak rasa benci, taksilap dia pernah ajar cara untuk diamkan sesorang saat kita nak berhujah, guna ayat Al-Quran jugak.
dan bapak aku ni tak kosong, kalau dak takkan la aku mampu ikut ja semudah tu. Paling penting lama aku pendam tak bagitau mak aku. Hadap ja sornag-sorang. Takpasti jugak aku ni dah didiamkan atau aku waras ja.
Satu hari, dia ada ajak aku pi ke kebun getah kami, dia bagitau dah dari rumah nak perturun ilmu dekat hang,dia mimpi sapa ntah tok bla bla aku tak ingat (bapak aku boleh berubat orang sakit mulut dan lain),
So aku taktau la dia nak bagi yang dia maksudnya tu apa dan macam mana yang aku ingat dia kata kena bagi ilmu melalui pernafasan dan ada la ayat yang dia ajar aku,setahu aku dia duk berubat orang tu guna bacaan ayat Quran ja,
Dan bukannya ilmu berubat tu ilmu keturunan, memang dia belajar sendiri ja. Taksilap aku aku dh jawab takpa pak, ceq takminat nak berubat orang..dia memang nak bagi jugak kot, so memberontak dalam hati ja la, aku terpaksa ikut. dan ya dia lepas ilmu dia tu (konon) melalui pernafasan dia,
Aku ikut arahan dia kami berdiri rapat, bertembung muka, aku kena baca ayat yang dia suruh aku hafal tu, dan masa dia hembus tu aku kena sedut nafas dia. Ni ja la yang aku ingat sedikit kejadian hari tu. Pelik kan? Entah.. Aku pun rasa pelik, tapi tak mampu kata apa-apa
Kejadian lain? Secara tak langsung pagi-pagi mak aku tak ada ja dia akan masuk ke bilik aku, mula yang kejadian dekat ruang tamu tu dia nak ajar saja, lama kelamaan dia dah masuk bilik aku sebelum dia masuk dia bagi arahan untuk berkemban, nanti dia masuk lepas minum pagi.
Dia akan buat apa yang dia nak buat dekat aku, luar saja katanya, dia takmau masukkan lagi katanya dara nipis nanti terkoyak. Umur 18 nanti boleh la dia kata (whattttt) atau sebenarnya dia takut rahsia dia terbongkar, dia pesan tau jangan tunjuk bahagian sulit dekat mak aku, sebab dia kata nanti ada tanda lebam? Jadi mak aku boleh tau?
Setiap kali tu dia pesan berkali-kali jangan bagitau mak aku, nanti boleh cerai. Biar pecah di perut jangan pecah dimulut, ni aku sangat-sangat ingat.
Aku taktau la kenapa la takut sangat nak bersuara, mungkin trauma zaman aku kena pukul selalu tu. Aku memang takut sungguh-sungfuh dengan bapak aku. Nak bagitau mak aku tak tahu nak cakap macam mana.
Sampailah cuti sekolah panjang tu, masa ni dah ting.1 kot. Kak aku bawak pi rumah dia dekat Penang. Aku kenalkan dia sebagai kak A. Kak A ni ibu lain. Masa kecik aku rapat dengan dia sebab dia rajin bawak aku pi Penang kalau cuti sekolah.
Aku rasa selamat sebab kak aku ambik aku sebulan cuti sekolah, satu hari tu aku tebalkan muka ambik peluang suatu malam tu, aku luah dekat dia apa yang bapak aku dah buat dekat aku ni. Reaksi macam biasa dah tentu terkejut istighfar berkali-kali.
Dia cerita abang ipar aku, abang ipar aku pun menangis, jadi aku rasa selamat sangat duk dengan dorang, hatta abang ipar aku takpernah sentuh aku, sangat-sangat menjaga aku.. tapi.. dipendekkan cerita sebenarnya tak ada tindakan lain pun dari dorang.
Cuma kak aku pesan suruh aku berani kan diri bagitau bapak aku sendiri benda tu haram dan berdosa besar. Ni ja dia ajar aku. Dia cerita kak aku yang no 3 pun hampir kena tapi melawan dengan pisau kot, jadi bapak aku takberani, aku tak pernah tahu pun sebelum tu.
Maka, hubungan kak dengan bapak aku pun makin longgar kalau tak silap aku. Dia pun jijik kalau baliik rumah nak tidur sini solat sini, abang ipar aku sanggup solat kat masjid dari kat rumah aku ni.
Aku rasa benda ni berlalu setahun lebih jugak kot, tingkatan dua aku mohon untuk masuk asrama, beria nak masuk asrama padahal rumah dekat ja dengan asrama. ni ja salah satu cara nak elak, rasanya mungkin kak A aku ada nasihat kot suruh duk asrama, wallahualam memang dah tak ingat.
Alhamdulillah aku dapat asrama, satu malam tu entah macam mana kebetulan aku tergagau sesuatu bawah meja, macam pamplet berkenaan jenayah seksual. ada logo polis.
So aku baca la ada part yang aku tertarik jika ada seseorang dewasa yang mengajak anda melakukan seksual untuk tujuan perubatan itu adalah sejenis pembohongan, lebih kurang la pointnya,
Fikir punya fikir macam mana la aku nak hentikan semua ni nk bagitau bapak aku, aku takut, nak bagitau orang lain.. Sapa yang aku boleh percaya?
Bukan senang tau malu. Mesti orang tanya apa bapak aku buat macam mana, korang expect apa aku baru masuk alam remaja nak cerita tentang sentuhan seksual yang dia buat dekat aku.
Aku duk asrama pun taksilap aku kalau hari aku balik 2 minggu sekali tu ada la aktiviti dia masuk bilik aku. So aku ting 2 tu dah cerdik sikit dah, dah faham apa yang berlaku, masa ni la jiwa aku rasa makin terseksa, rasa hinanya sebab takmampu jaga maruah diri sendiri untuk suami nanti,
Aku tertekan yang amat sangat, tapi personaliti aku mampu tutup semua tu sebab luaran aku sangat happy go lucky. Sangat ceria sampai orang kata hang ni macam tak ada masalah..
Yalah aku ni fikir macam mana masa depan aku kalau aku cerita, aku nak selamatkan diri aku of course aku kena cerita. Tapi dekat sapa lagi? Nak cerita dekat mak aku sumpah malu. Kak aku pun tak mampu buat apa-apa, sebab dia pun malu?
Of course malu. Bapak aku semua orang kenal. Jadi apa yang aku ingat, satu hari tu masa bapak aku nak teruskan aktiviti dia tu, aku cakap lembut ja.. “pak.. ceq dah takmau”
Aku tak cakap banyak, nak cakap pasal hukum hakam, dia lagi tau, pasal dosa besar, Demi Allah bapak aku lagi tau tentang itu, aku pulak yang segan nak cakap. seingat aku ayat tu ja yang aku mampu cakap, jadi apa yang aku ingat dia kata takpa ringan-ringan ja lepasni..
So selepas pada tu aku tak ingat dah berlaku atau tak lagi, cuma aku takut sangat memandangkan dia pernah sebut umur 18 tahun boleh dah la kalau nak berhubungan secara terus (macam suami isteri) sebab aku dah besar jadi tak luka, ni kot maksud dia.
Nasib aku baik, selepas tu tak berlaku dah aktiviti dia, cuma aku jadi makin tak selesa bila besar mengingatkan apa yang dia buat dekat aku, aku jadi jijik.
Setiap hari aku doa bapak aku cepat mati supaya aku tak hadap dia lama-lama, benci yang membuak-buak.
“Ya Allah, jika panjang umurnya memudaratkan dirinya, bukan bertambah amalannya, kau ambik lah nyawa dia ya Allah “
Aku terseksa weii setiap kali doa macam ni. aku rasa sakit sangat hatii.
Makin lama bapak aku makin tua kan, dia makin taklarat. Insaf dah kot? Entah. padan la insaf pun, diri aku ni dah kotor. masa tak dapat ubah apa-apa.
Aku? makin aku besar, aku jadi makin memberontak, aku tak boleh kalau bapak aku tegur, sebab bagi aku diri hang pun takbetul macam mana nak luruskan aku. Dan mak bapak aku pulak makin kerap gaduh. Macam-macam isu. Sebab? mungkin hubungan mak bapak aku dah tak ada keberkatan tu Allah dah angkat.
So setiap kali mak bapak aku gaduh, aku akan hasut mak aku untuk cerai, aku kata dekat mak aku kalau dah tak boleh hidup sekali dah cerai ja la daripada gaduh sedia. Yang sebenarnya aku dah jadi pendendam tanpa aku sedar. aku nak mereka bercerai.
Cuma aku nak buat-buat sakit tubuh badan dia, aku tak gamak, dia dah tua, walaupun dalam hati aku tu meronta rasa nak cincang dia, ni semua dalam hati ja. Ni la kelemahan aku, aku cepat kesian.
Makin hari bertambah teruk hubungan mak bapak aku, satu hari tu gaduh teruk sangat, mak aku dah mintak cerai, bapak aku yang taklepas.
Yala sebab mak aku ni ja dia boleh tumpang riang. Mak aku yang menoreh cari duit, hasil tu dia bagi la separuh dekat mak aku, satu ja bapak aku ni tak pernah naik tangan dekat mak aku,
Dia tak berani kot sebab dia pun bukan muda lagi dah, isteri-isteri yang dia pernah nikah suatu ketika dulu semua makan penampar dia sedia2. Tapi dengan mak aku dia tak pernah penampar mungkin sebab badan mak aku ni jenis tinggi agam badan kemas.
Ni orang kampung yang cerita isteri dulu selalu makan sepak terajang dia. Yang tau ja tau, tapi bila dah tua tak pernah sepak terajang dah la.
“Kalau kami tau pakcik nak menikah dengan makcik, kami dah cerita perangai bapak aku duk buat isteri lama dia tu dekat makcik”
Makcik ni merujuk kepada mak aku la. Jadi mak aku ni ingat dah menikah tua-tua ni sabar jala apapun dugaan dengan bapak aku, sebab mak aku pun dah pernah nikah dua kali, ni mak aku la cakap sebab tu mak aku susah sangat nak mintak cerai sebab niat dia dah menikah kali ketiga ni nak duduk ja baik-baik,
So masa dorang gaduh teruk tu, biasa la benda kecik pun boleh jadi besar, dorang gaduh, aku yang menangis terseksa dalam bilik dengar dorang gaduh-gaduh. Selalu macam tu, dorang gaduh automatik aku jadi trigerred sama.
Tak silap masa gaduh tu aku masuk campur, masa ni jangan cakaplah, aku ni dah berani dan tak takut langsung dekat bapak aku, aku melawan dia sampai dia ugut nak pisaukan aku, ada aku kisah, hati dah keras kan.
Sebab apa yang dia buat dekat aku dulu. Mak aku yang tanya dia nak bunuh anak ka, bapak aku punya angin dah macam puting beliung sama naik macam aku jugak bertalu-talu aku tsunamikan dia. Memang aku nak sangat dorang berpisah,
Lepastu bapak aku keluar pekan, mak aku duk ada saki baki air mata, aku cakap lagi suruh bercerai, act memang dah mintak pun tapi bapak aku tak lepaskan.
Aku dah takboleh fikir dah, aku terus luah semua cerita beberapa tahun yang aku pendam dulu, mak aku teresak esak, istighfar menggigil badan-badan tanya kenapa takbagitau mak awal,
tau dak mak denganm pak dah ibarat macam kami berzina sebab mak pernah ucap kalau bapak aku sentuh perempuan lain selain mak aku, bila dia bersama mak aku ibarat dia berzina. Aku mintak maaf dekat mak aku,
“Ceq malu mak, sangat-sangat malu, mak bayangkan budak seawal usia macam mana nak cerita apa yang dia dah buat, mak bayangkan ceq nak cerita macam mana”
Mak aku kata ujian dia boleh sabar dengan bapak aku tapi bab aku dia takboleh sabar. Dia kata takpa tunggu bapak balik dari pekan, aku taktau la dia pi pekan ka dak sebab kejap sangat, masa aku tengah mandi, bapak aku balik..
Mak aku terus tanya, dia tak mengaku.
Mak aku ambik Al-Quran hempas atas kepala dia (ya memang mak aku dah kasar, seumur hidup mak aku tkpernah buat macam tu dekat laki dia)
Mak aku suruh bersumpah dengan nama Allah, depan pintu mayat, depan matahari naik ni mak aku cakap
Ya, bapak aku takberani bersumpah dia mengaku. Pastu gaduh lagi la mak bapak aku, dan akhirnya.. bapak aku lafaz cerai dekat mak aku.
Aku sebagai saksi.
Mak aku suruh bapak aku serah diri dekat balai polis.
Dia keluar sekali lagi.. aku taktau dia pi mana waktu ni..
Aku dengan mak? kemas baju untuk keluar dari rumah neraka tu
Petang tu bapak aku balik rumah, nak ambik kain baju dia, dia cakap dia pun dah takduduk sini. Malulah kan bapak aku kan dikenali dekat kampung. bapak aku jenis air muka dia, dia nak jaga.
Sebelum dia keluar dia mintak maaf dekat aku, aku pun entahlah emosi saat ni gembira sebab bapak aku dah cerai mak aku atau semakin terseksa tengok family aku tak macam orang lain,
Aku mintak ampun kalau ada dosa dengan dia dan mintak halal makan minum aku, aku ni teringin nak jadi jahat betul-betul tapi kalah dengan kelemahan sendiri, cepat kesian.
Jadi bapak aku dah keluar dulu, aku taktau dia kemana, dan aku dengan mak ke rumah tok imam, untuk maklum yang kami akan keluar daripada rumah maka berlaku la sesi soal menyoal, imam ni rapat gila dengan bapak aku.
Dia pun taksangka, sebab jawatan dia sebelum jadi imam tu pun bapak aku yang angkat dia, wallahualam. Tapi imam ni imam yang adil. dia teliti.
Mak aku jumpa imam sebab dia dah boleh agak mungkin takut nanti timbul isu mak aku yang keluar dari rumah bawak lari anak.
Pengalaman mendewasakan dia, sebab benda dah pernah jadi kan. Cerita ni orang boleh create sendiri.
Balai polis? kami pergi untuk buat report cover ja sebab tinggal rumah, bapak aku pun keluar, takut sepanjang ketiadaan kami ada jenayah dalam rumah tu.
Sebab tak buat report kes aku adalah aku masih bersekolah, kes tu bila dah jadi kes polis, maka akan jadi makin besar, sukarnya nk cerita dekat orang lain. Sebab tu bila aku baca komen melayu kita komen membuta tuli di ruangan komen aku sangat-sangat kecewa, tiada sokongan langsung, pakaian mangsa yang dipersalahkan.
Ada satu komen di facebook juga aku terbaca, beliau salah seorang anggota polis ya
“Kalau dah sendiri pun pemakaian macam haprak, dengan berbesi dekat bibir macam pelacur, lagi nak acah konon-konon kena sexual harasstment, makin meluat aku dengan budak ni”
Wahhhh.. nak tegur dia taksalah langsung tapi kes ni korang kata pemakaian dia jadi sebab sedangkan Balqis cerita tu kisah silam masa dia berumur 5 tahun !!!!
Tahukah kalian, pakaian aku bukan macam Balqis pun, duk dalam rumah dulu pun seluar panjang, lengan panjang kalau keluar rumah, umur 12 tahun aku dah bertudung sepenuhnya. Takpernah keluar dari rumah tanpa tudung. Duk rumah pun aku takpernah pakai singlet sahaja atau seluar pendek.
Paedophilia ni dia tak kira budak tu pakaian macam mana, nafsu dia dekat kanak-kanak.
Aku punya trauma dulu, aku takut nak duduk dalam kawasan crowd (contoh kedai makan) ada banyak lelaki walaupun lelaki tak tengok pun aku, tapi aku rasa tak selamat.
Aku rasa takut mereka ni tengok aku dengan pandangan bernafsu dalam kepala masing-masing, walhal pakaian aku dah besar dah tapi still rasa trigerred tu yang melampau.
Jadi selepas mak bapak aku pisah, naik mahkamah lafaz sekali lagi, dah selesai.. masing-masing bawak haluan, aku ikut mak aku. Ada satu hari masa mak aku dalam iddah mak saudara aku bawak mak aku ambik air tawar, untuk pulih semangat. mungkin mak aku pun dah banyak lalui tekanan perasaan dia yang aku taktau.
Memang dia tertekan pun sebab lepas dia nikah dengan bapak aku, mak aku ni tkpernah pijak balik kampung dia dah berapa lama bapak aku tak bagi, asyik mak bapak saudara aku ja yang datang rumah.
Selang beberapa bulan, bapak aku berhubung dengan mak aku balik, yalah rupanya dia duduk dengan kak aku dekat Penang, bapak aku ada sembelit, makin teruk, jadi selama ni mak aku lah yang kisahkan semua bab berubat dia. Mak aku ni sama macam aku, kesian tak bertempat.
Aku pendekkan cerita, ada kejadian dekat rumah kak A aku,abang ipaq aku ada gaduh dengan bapak aku, mungkin pasal bapak aku nk bersama mak aku balik, sampai nak bertumbuk, bapak aku tu dorang hantar rumah macam buang kucing, macam ni lah lebih kurang bapak aku cerita dekat mak aku,
Masa ni bapak aku dah umur 70 tahun dah, korang boleh faham, takperasaan aku yang kesian dekat dia sebab tak ada sapa yang peduli makan minum dia. Aku bukan sayang dia sebagai seorang ayah, cuma aku kesian dia sebagai orang tua,
Masa dekat rumah yang mak aku ambik air tawar pulih semangat tu, dia ada cakap bapak aku ni mungkin pengakhirannya dia duk tepi-tepi jalan. Aishh tu la kami ni mudah kesian. Last bagi peluang sebab nampak dia dah insaf, dah tua sangat
Dan ya kawan-kawan maafkan aku, mak bapak aku akhirnya rujuk, aku ulang sekali lagi aku bukan sayang dia, aku cuma kesian sebab dia dah tua, memang waktu ni aku dah tak takut dah dengan dia, kalau dia buat aku pun, dia akan kalah jugak sebab dia dah tak ada tenaga dah.
Sebelum rujuk, mereka tanya aku dulu. Ambik masa jugak, aku setuju untuk bapak aku betulkan kesilapan dia dan bertaubat sungguh-sungguh
Jadi nikah semula di pejabat agama, sbb iddah dah lepas dah. Kami kembali duk dekat rumah lama.
Semua berjalan macam biasa, tak ada apa berlaku sangat. mungkin bapak aku dah tua, dia pun kurang bercakap sebab kalau dia bukak mulut apa-apa psal mak aku, aku akan terus pangkah takmau ambik tahu. Hampa dah rujuk kan, duk la elok-elok, kenapa masih nak buruk sangka dekat pasangan lagi
Mak aku ni menjahit baju, jadi ada la sikit-sikit income dia, menoreh kebun tu bapak aku bagi sikit ja dekat dia, so memg la mak aku takpenah duk bagi duit dekat bapak aku, kalau ada nak beli makan apa, mak aku beli ja la, takkan lah mak aku nk tanggung semua perbelanjaan rumah pulak kan,
Dah kerja pun semua dia buat banting tulang macam orang laki siang menoreh, petang ke malam menjahit baju. Tapi bapak aku nampak mak aku ni berkira, walhal mak aku yang tanggung semua persekolahan aku, bapak aku bayar masa nak beli buku awal tahun ja, selepas tu duit makan hari-hari semua mak yang bai.
Tak pernah aku mintak dekat bapak aku. Tapi setakat bapak aku bersungut macam tu ja lah, tak bergaduh cuma masing-masing pendam ja la rasa, atau aku syak bapak aku ada ke rumah kejiranan aku cerita mak aku gini gitu, pendek kata kedekutlah kot.
Dah baik ni takkan nak bercerai lagi? Orang terima hang sebba kesian dna bagi peluang betulkan diri.
Manakala abang kakak aku ni sejak bapak aku nikah balik, dornag makin menjauh, mungkin taksetujulah tu, Aku rasa dorang taktau pun sebab apa penceraian berlaku, aku yakin bapak aku cerita benda lain. Rasa berkaitan mak aku berkira or harta.
Kak yang duduk Penang tu pernah balik tapi tak tidur dekat rumah, balik kejap ja. Selalunya time mak aku pi menoreh getah. Pelik kan depa yang beria macam benci mak aku hakikatnya yang masalah tu bapak aku, Kak A aku tau tapi macam lupa ingatan apa yang bapak aku buat dekat aku…
3 tahun lepas tu, bapak aku pun meninggal, tak ada sakit apa pun.. cuma masa subuh tu dia jatuh dalam bilik air.
Lepastu dah baik mak aku cakap (masa ni aku duk kelantan, study), bapak aku boleh berjalan tapi still bawak ke hospital. Dia meninggal lepas beberapa jam sampai hospital.
Dia bagitau dia macam penat. Dr masukkan segala wayar dan tidurkan dia rasanya. Dr nak pam tapi kak A aku tak bagi sebab kesian sakit kena karan.
So lepas bapak aku meninggal tu bermacam-macam masalah dengan kakak A tu, yang aku story aku rapat dengan dia dulu tu. Rapat masa keceil-kecil ja tau. Aku dah besar ni dia kurang ajar, kaki fitnah, Sebetulnya memang hidup dia suka cerca orang, ornag nu tak kena, ornag ni tak kena, dia saja la yang betul.
Dia duk Penang, tapi dia berhubung dengan kejiranan sekitar rumah aku untuk tahu update pasal aku dan mak aku, actually kejiranan yang aku maksudkan tu ada la sorang dua yang jadi gunting dalam lipatan, api dalam sekam, datang rumah aku rupanya semata nak jadi mata-mata.
Mak aku ni jenis kalau takdak kerja memang takkan pergi rumah orang untuk gosip-gosip sebab dia banyakkkk kerja nak buat. Dan ya ada jugak beberapa orang yang terpengaruh dengan agenda dajjal dia, padahal kan mata-mata yang terlibat ni lagi kenal mak aku macam mana, dan lagi kenal kakak aku tu macam mana,
Perangai dia tu dah lama orang bunyi, suka kata dekat orang, hatta mata-mata ni sendiri pun pernah kena kata dek dia, rumah dorang ni takpernah pun kakak aku tu nak pi kalau balik kampung, dorang sendiri mana suka kakak aku tu sebab mulut jahat, tapi last dorang sendiri boleh percaya bulat-bulat fitnah dia?
Depan mak aku macam tak ada apa, rupanya diam-diam duk berhubung rupanya. Ada seorang Hamba Allah ni yang cerita semuanya pasal mata-mata yang berhubung dengan kak Penang aku tu, dia sendiri sakit hati bagi pihak mak aku,, paling meluat aku jadi benci tengok pelakon-pelakon yang duk mai rumah macam tak ada apa-apa.
Tahu apa yang paling sakit? Dia fitnah mak aku guna-gunakan bapak aku, buat bapak aku jadi bodoh, dia tuduh mak aku sihir dia 3 beradik jadi gatal-gatal miang sebab nak harta, gila apa sihir jadi gatal-gatal.
Dah tu aku gatal kena gegata ni kena sihir dengan sapa? dia sanggup whatsapp aku untuk tuduh bukan-bukan, bila aku back up mak aku, dia cakap entah hang pun sama ja macam mak hang kaki sihir
Dia suruh aku insaf dengan mak aku, hina kami pinjam AMANAH IKHTIAR tu sebab susah la tu dia cakap, sebab Allah nak tunjuk kifarah dosa yang kami buat.
Korang fikir la 18 tahun mak bapak aku nikah, boleh dia kata bapak aku kena guna-guna mak aku buat sampai jadi bodoh? sebab tu aku cakap dia dah lupa apa bapak aku buat dekat aku, kifarah sendiri. Bapak aku meninggal umur dah 70 lebih.
Duk tuduh-tuduh mak aku nak harta, tapi sekarang ni geran yang ada tak pernah buat faraid lagi pun, bukan tak nak buat dorang 3 beradik yang putuskan hubungan takpernah balik lepas bapak aku meninggal tu,
Takpernah balik uruskan, aku anak bongsu masa tu baru umur 20 tahun masa bapak aku meninggal, abang sulong aku sekarang umur dah 60 lebih, korang rasa aku ka yang kena urus faraid, aku tak rasa dorang boleh bagi kerjasama, sejujurnya no telefon pun aku dah buang. Aku takmau perhubungan beradik toksik macam tu,
So dekat mana logiknya mak aku buat bapak aku jadi bodoh sebab nak harta, bukan sepatutnya kalau dah buat jadi bodoh, boleh dapat harta lah kan? macam drama TV3
Kakak A tu dia ada tali barut dekat kampung, aku tak faham dorang yang takpernah baik dengan dia ni macam mana tiba-tiba boleh jilat baik sangat, bila invite masuk dalam group penduduk kampung dalam whatsapp, lagi menjadi-jadi fitnah dia
Benda ni aku tahu dah lambat, tapi tak ada sapa bagitau sebab taknak mak aku susah hati, dorang kenal mak aku macam mana, kakak A aku punya perangai tu macam mana ada yang sound dia dalam group tu,
Kes ni bertahun jugak, kiranya dah dua tahun kami takp ernah jumpa lepas bapak aku meninggal tu, satu hari dia whatsapp aku macam-macam dia hamburkan tuduhan dia, of course aku lawan, aku tak membela mak aku sebab dia seorang mak, tapi aku bela mak aku sebab aku tau mak aku macam mana, dia kata
“Aku nak hebah kisah hampa dua ni kaki sihir”..
Terima kasih banyak atas fitnah hang kak.. terngiang sampai mati aku tak ampunkan.
Paling menyiat hati dia kata dekat aku
“Aku tunggu ja hang nak nikah nanti, aku nak cerita dekat laki hang tu tak dak dara”
Sampainya hati hang kakak. Dulu aku cerita dekat hang supaya bantu aku bukan mintak dikeji aku ka yang salah, jadi aku cuma kata..
“Silakan kak, hang habaq la dekat orang cerita sebenar kata bapak hang tu haruan makan anak”
Aku tau bapak aku dah meninggal, aku dah maafkan, aku kena doa yang baik-baik, biar Allah yang adili dia, tapi aku triggerred bila kakak A aku cakap macam tak ada otak.
Masa aku reply, dia dah block aku jadi yang ni taksampai, takgila ka rasa..aku ambik no tel satu lagi, aku forward whatsappp yang tak smpai tu, dan aku block ! Puas.
Dalam bulan tu jugak aku terus buat keputusan jom kita keluar dari rumah ni mak, kita cari rezeki tempat lain, hijrah ni petanda baik bagi aku sebab Allah nak bagi rezeki baru. Kami buat keputusan untuk balik kampung mak aku sekitar Gurun.
Atas nasihat abang aku jugak sebenarnya, kami 5 beradik, 3 beradik pertama mak lain, Abang K (bukan nama sebenar) pun mak lain, dan mak aku yang terakhir ni la, so Abang K ni lah bagi nasihat, dia duduk dekat sekitar Gurun jugak.. ajak pindah duduk sekitar sini,
So kami dapat rumah sewa Alhamdulillah semuanya dipermudahkan, kat sini aku tolong mak aku berniaga nasi lemak, 3 bulan kemudian aku dapat kerja. Alhamdulillah murah rezeki kami kat sini, mak aku lepas raya tu aku suruh duk rumah ja takpayah berniaga dah. Aku sorang yang kerja.
Actually Abang K aku pun ada isu kebencian dekat Kakak A aku tu, kaki fitnah, pernah tudung anak sulong abang aku tu anak luar nikah, bertapa jahatnya.
Baik balik tu selalunya sebab bapak aku suruh Abang K aku mengalah, jadi dia hormat bapak aku so berbaik walaupun hati dia dan isteri pernah terluka, tapi macam tu lah, kakak A aku kuat wayang, suka buat taik.
Kiranya ni berbaik balik masa bapak aku dah meninggal, dia dengan abang ipar aku suka anak abang K aku yang umur baru dalam 8-10 bulan kot, dornag ni tak dak anak.
So satu hari dorang ni datang rumah Abang K aku ni mintak nak ambik anak sehari ja mengasuh, tup tup seminggu wei bawak balik, masa tu dah la kak ipar aku masih menyusu, bengkak susu dia tau, kacau jiwa..
Abang K aku ni kena kerja luar, so bila balik tengok bini duk teriyak, dia tanya la kenapa, rupanya anak kakak A ni takhantar balik dah seminggu, janji sehari ja, dah la mai hantar dengan ada kesan lebam dekat kepala, mungkin jatuh, sebab tu kot tak hantar.
Dah bagitau kata jatuh ja, entah macam tak ada perasaan. Bawka balik anak yang tengah menyusu badan sampai seminggu. Apa lagi, lepas pada tu, abang K aku kol sound la jangan pernah mai ambik dah,
So jadi isu lerr ada lagi la kes lain, kakak A aku tu duk kata dekat Abang K aku “hang anak derhaka”, Abang K aku balas “Kalau aku anak derhaka, hang yang mengajaq aku”,
Sebenarnya, Kakak A aku ni la dalang, dia bagitau dia takpernah balik kampung sebab protes dengan bapak aku la kisahnya, tapi sebenarnya dia balik jugak, Dia jugak yang kata dekat Abang K aku hang takyah balik la. Aku taktau la dorang ni pernah berbincang apa.
So kesian Abang K aku memang dia kesal sangat, sebab tak jumpa bapak aku masa hayat dia duk ada, Abang K aku balik tengok bapak aku memang dah tak ada, tu pun mak aku yang suruh sorang hamba Allah ni call.
Sekarang ni Abang K ni lah paling bertanggungjawab, kami takpernah ada masalah apa-apa, dulu kami jadi msalah sebab mulut kakak A tu la, dekat kami cerita lain, dekat abang K cerita lain.
Dan selepas tu aku dah takpernah ambik tahu apa yang berlaku dekat kampung sana, dah naik hutan tak nampak jalan masuk dah, kami cuma berhubung dengan Hamba-hamba Allah tertentu, ada ja masa mula pindah mata-mata ni duk telefon mak, mak takpernah angkat, nak kutip info la tu.
Kami putuskan terus hubungan dengan orang-sana kecuali yang tertentu saja. Tiada guna sambung silaturrahim dengan orang yang nak bunuh jiwa kita.
HAPPY ENDING
2 tahun kemudian aku kenal sesorang sekarang dah jadi suami aku, kenal di facebook sahaja, dua hari perkenalan aku terus tanya nak ka dekat aku, aku dah kotor, family aku tak macam orang lain. Memang aku menangis. Aku cerita semuanya dekat dia macam mana aku cerita dekat korang sekarang.
Siang malam doa supaya aku tak dipertemukan dengan lelaki durjana, cukuplah aku yang lalui, tapi bukan anak-anak aku nanti. Aku taknak anak-anak aku lalui apa yang aku dah lalui, aku nak suami aku sayang anak-anak selayaknya, jadi pembimbing sebenar.
Aku cuma nak tahu dia terima aku atau tak ja, kalau tak terima memang aku pun tak berminat nak kenal dengan sesiapa dah.
Alhamdulillah, suami terima aku seadaanya. Sangat-sangat penyayang. Moga perkahwinan kami bahagia dengan kasih sayang, tenang dan sampai ke syurga. Doakan ya.
Sebenarnya, bila meningkat dewasa, yang silam tu makin mengganggu aku dan bagi tekanan, macam aku, aku menangis kenapa bapak aku buat macam tu, apa dosa aku, boleh dikatakan kalau aku stress dengan kerja atau letih melampau duk sorang-sorang aku jadi lost,
Tapi depan orang, aku nampak okay, enjoy, ceria. Sebelum aku jumpa dengan suami aku, memang aku jadi lost sangat, sekarang ni
Alhamdulillah, aku dah boleh masuk kawasan crowd, aku dah tak takut dengan bayangan kisah silam aku.Aku dah yakin diri.
Kehidupan aku dan mak aku hari ini sangat bahagia, banyak perkara dipermudahkan, rezeki takputus-putus. Wallahi ikutkan panjang sangat kisah hidup aku dengan mak aku, aku tak tahu la kalau korang duduk tempat kami, agaknya masih waras tak hari ini?
Aku juga yakin ramaiiiii lagi sebenarnya mangsa seksual macam aku, percayalah aku sangat faham bila korang kata tak mampu nak buat apa-apa sebab orang yang sewajarnya jadi pelindung kita tapi makan darah daging sendiri.
Kalau darah daging sendiri pun tergamak buat macam tu, macam mana nak yakin dengan orang luar yang tak ada kena mengena dengan kita. Macam mana kalau kena ejek dekat sekolah nanti? Itulah yang aku fikir.
Aku kan saat menulis ni aku dah tak ada rasa, sekadar sebak, cara sama macam adik Balqis cerita dalam video dia, ada nampak dia meratap, tak ada kan? sebab sampai satu masa dah lali.
Aku doakan urusan adik Balqis dan mangsa-mangsa lain dipermudahkan segala urusan dan dapat pengadilan, moga korang semua kuat tau,
Yang sekeliling tolong support tau kes macam ni, jangan remehkan mangsa. Hina-hina mangsa. Fokus isu. Faham keadaan dan Ucap yang baik-baik sebab kita masih punya keturunan.
Sekian,
– Sitti (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Saya harap kamu dah dapat terapi atau luahkan perasaan ini kepada sesiapa pun yang sangat berempati, someone who deserves to hear you. childhood trauma yang telah hampir musnahkan kemanusiaan dewasa2 hari ini oleh sebab kerana “ayah” kandung, dan dewasa yang tidak menolong langsung dan hanya fikir untuk diri sendiri sahaja memang buat aku dan ramai oramg lagi sakit jiwa.
But i just want you to know, you’re a million times stronger, braver, and kinder than anyone else in this world, by sharing your story you not only give yourself a MUCH NEEDED voice, but the rest of a million other Malaysians that have SURVIVED their hellish childhood.