Tak Layak

Salam dan selamat sejahtera semua. Nak cerita sambil bernasihat supaya kita ini sedar bukan semua di dunia ini hak kita. Jangan ambil benda yang bukan hak kita!

Aku kerja di sebuah pusat yang menyalurkan bantuan. Nama pun bantuan, faham-fahamlah untuk apa dan siapa kan. Pastilah untuk mereka yang memerlukan.

Malangnya, banyak manusia rupanya berpura-pura memerlukan bantuan. Ya, aku tahu ini bukan benda baru tapi korang nilaikanlah sendiri kisah-kisah rekaan based on true story ini OK.

1) Arwah ibu buat dialisis, anak-anak semua kerja kerajaan atau kerja hebat-hebat. Lepas ibu meninggal, salah seorang anak datang pusat bantuan mohon bayarkan kos dialisis arwah ibu.

Alasan adik-beradik bergaduh dan tidak ada seorang pun nak bayar kos tersebut. Masalah keluarga, orang luar pula kena jadi tukang bayarkan hutang, alahai.

2) Pemimpin buat anugerah pelajar cemerlang tahun 2020. Hadiahnya sijil dan wang tunai.

Datang sepasang suami isteri yang kerja hebat juga, bersama anaknya (macam dipaksa) minta juga anugerah dan wang tunai walaupun anaknya cemerlang tahun 2019.

Bukan dia tak tahu syarat nak dapat anugerah itu mesti cemerlang tahun 2020 sahaja. Boleh pula paksa orang beri apa dia nak. Eh!

3) Datang seorang perempuan bertanyakan bantuan laptop untuk anaknya. Dia seorang kontraktor berjaya (zaman sebelum pandemik). Bila diminta isi borang permohonan jawapannya “Saya hanya akan mohon jika confirm dapat”.

Maaf Puan, tiada seorang pun staf di sini boleh confirm sekarang yang anak puan akan dapat laptop itu. Dia terus blah begitu saja, membuatkan kami tertanya-tanya apa motif dia yang sebenarnya ya?

4) Pasangan kakitangan kerajaan gred tinggi mohon bantuan pendidikan anak. Pendapatan isi rumah lebih dari RM10K, alasan anak ramai.

Bila ditanya ada mohon bantuan dari pihak lain juga ke, jawapannya “Oh confirmlah tak dapat sebab saya tahu saya tak layak”. Apa yang buat dia rasa dia layak dapat jika mohon dari pusat bantuan kami ini? Arghhh pening.

Sebenarnya ada lagi kisah tapi cukuplah dulu untuk kita semua sama-sama nilaikan dan ingat bahawa “cuba nasib” itu bukanlah tak boleh tapi agak-agaklah. Jangan sampai kita terambil hak mereka yang lebih memerlukan.

Apapun, banyak yang aku jumpa, kebanyakan orang susah ni jarang nak mohon bantuan kecuali lepas dipujuk kaw kaw oleh keluarga, jiran atau pemimpin setempat.

Tapi sebahagian orang senang, pantang nampak peluang kalau boleh semua nak dikautnya. Again, agak-agaklah OK.

– Oyen Bambam (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *