Assalamualaikum korang, Thanks sudi siarakan and thanks juga sudi baca. First skali minta maaf sangat kalau terasa dengan confession ni, sekadar nak ingat mengingati antara saudara kita sesama sendiri je, include me :)
Niqabis ni dari dulu dah ada, zaman mak2 kita dah ada. Masa tu niqabis sangat2 rare, even jiran yang niqabis pun kita susah nak tengok dia keluar ke, nak kata berlaman sosial lagi tak ada and kalau ada pun susahla nak jumpa haih.
Masa tu niqabis dipandang tinggi, dipandang as org alim.
Lelaki menundukkan pandangan bila nampak niqabis.
Even aku sendiri pun sangat hormatla kepada mereka yang berniqab ni. Seolah-olah berniqab ni hanya wanita2 tertentu jela (mmg alim) boleh pakai like layak dipakai, bagi akula kan.
Tapi skrg, niqabis dah macam cendawan tumbuh lepas hujan (macam salah peribahasa ?) means dah makin ramai yang berniqab. Bagus benda tu, Alhamdulillah Tapiiiiiii tula, Niqabis skrg dah tak rare macam dulu.
Kita buka ig ke, facebook ke, twitter je atas sampai bawah semua gambar niqabis, MasyaAllah. Kita gi shopping kat klcc je nampak ramai niqabis, berkumpulan, jalan2 amik2 selfie.
Zaman dulu, ingat lagi, malunya jiran sebelah yang niqabis tu, malunya bila dia jalan dia tunduk pandangannya, dia keluar bila ada keperluan sahaja – pergi kerja balik kerja pergi beli barang dapur kat pasar. Kita tengok pun takjub, macam insecure gitew ??? sekarang heh dah tak rare dah niqabis mcm ni.
Fikir2lah sendiri, betul ke mereka ni tak ingin dilihat walhal sebenarnya… ?
Sebab saya sendiri pernah merasa niqab, memangla indah. Nawaitu dah ada tapi sayang diri sendiri sering upload gambar kat ig, sampai dh tade nikmat pakai niqab hmmm Allah ?
Takde nak hentam memanakan, Tapi fikirlah sendiri.
Pesanan ni untuk diri saya sendiri gak, sbb sy mngaku sy pun tak terlepas drp nafsu upload gambar kat ig kat facebook pe semua, jadi marilah kita berdoa untuk kebaikan kita semua ya. In sha Allah, moga Allah permudahkan :)
– Sis Jemah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit