Untuk part I, (https://iiumc.com/mengidam-
Untuk part II, (https://iiumc.com/mengidam-
Untuk part III, (https://iiumc.com/mengidam-
Hai buat kali keempat untuk readers IIUM Confession. Okay kalini janji episod last dah. Banyak-banyak part karang takut korang menyampah pulak karang, hahaha.
Untuk episod ni, aku nak cerita santai-santai je sambil-sambil nak jawab beberapa persoalan yang ditanya pada confession aku yang ketiga.
Btw, aku terharu sangat. Serius tak pernah aku rasa happy macam ni.
Dalam sebulan dua ni aku rasa down teruk sangat but then bila confession ketiga aku disambut baik dengan kata-kata yang positif dan beberapa nasihat, aku rasa lain macam.
Semangat untuk teruskan hidup naik kembali. Macam meme stonk yang graph naik tu, hahaha. Maklumlah aku tiada siapa nak luahkan segalanya yang aku pendam.
So, melalui penulisan di IIUM Confession ini lah jadi medium luahan aku. Aku memang takkan luah lah pada kakak dan mak aku. Tak nak diorang risau.
Kakak aku tu lagilah dia punya risau sampai tahap sehari berkali-kali call aku masa aku bercerai haritu dan masa paternity result keluar. Asyik dok tanya okay ke tidak walhal aku okay je. Maklumlah kami hanya dua beradik je.
So, begitulah kehidupan. Kadang-kadang memang something datang unexpected depan muka kita. Harini bahagia, esok belum tentu.
Tapi tulah, nak tak nak kena teruskan juga. Bak kata member aku, tak best lah hidup takde ujian ni. Boring katanya. Tak adventure, hahaha.
So ramai yang tanya apa jadi pada Sara, Alip dan ibunya Sara. Aku tak tahu sebab memang aku dah tak ambil tahu pasal diorang. Yang aku tahu, aku kena pastikan diorang terutama Sara datang ke mahkamah dan pejabat agama sekiranya dipanggil.
Maybe ada consultation dan kaunseling dari pejabat agama dsb. Kalau ikut kira-kira, dah 6 bulan dah kot kandungan tu. Dah kena selalu check up kat hospital dah kot.
Entahlah biarlah dia uruskan sendiri. Aku tak concern pun pasal minah ni. Yang aku concern baby dalam kandungan tu. Kesian dia walaupun dia bukan darah daging aku.
Aku pun dah block dia punya socmed. Bukan setakat block je, aku deactive terus sekali dengan socmed aku hahaha. Instagram aku terus aku deactive.
Tinggal FB ni je. FB ni pun jarang-jarang guna. Nak puasa socmed dululah sampai betul-betul stabil aku punya emosi, baru create balik socmed baru.
Untuk si Alip, member aku pun seorang guru di ibu kota dan memang selalu jumpa malaun tu di PPD atau JPN. Member aku suggest juga untuk aku buat aduan pada sispa (kalau silap tolong betulkan) dan suruh viralkan biar semua tahu perangai dia.
Tapi aku tak nak. Bukan sebab aku pengecut atau lemah tapi sebab entahlah sebab aku rasa yang dia perlukan kerjaya tu untuk sara baby tu nanti.
Lagipun viral memviral ni bukan aku punya kepakaran. Dan internet never forget everything. Kalau viral orang akan bercakap sehari dua je. Tapi kisahnya akan berada selamanya dalam internet.
Andai kata baby tu dah besar nanti, dia tahu siapa sebenarnya Sara dan Alip dan dia tahu kisah ini melalui internet, mungkin hidupnya pun tidak akan sama seperti sebelumnya. Walhal baby tu tak salah apa pun.
Biarlah benda ni jadi bualan di IIUM Confession sahaja. Aku tak pernah terfikir untuk revenge apa-apa. Biarlah dia sendiri rasa yang apa yang dia buat tu salah dan balasan sentiasa ada untuk dia.
Oh btw, si Alip ni masih lagi bujang. Harapnya dia berkahwinlah dengan si Sara tu.
Untuk si Ibu Sara pula. Berkali-kali juga dia call aku meminta maaf. Pujuk merayu untuk aku datang melawat Sara.
Dia ada juga bagitahu Sara asyik selalu demam, sakit, pening kepala, hilang selera makan apa jadah semua tu tapi maaf makcik, itu bukan masalah saya. Makcik handle lah anak makcik tu sendiri. Dah bukan tanggungjawab saya dah.
Dia ada datang rumah mak aku, ada berborak dengan mak aku. Minta maaf apa semua dan of course masih lagi tanya apa yang dia boleh buat untuk kembali normalkan hubungan kami.
Alhamdulillah mak aku faham perasaan aku dan jawab dah takde apa yang boleh dibuat. Awak bawak diri dan keluarga awak, saya bawa diri dan keluarga saya. Good job lah my mom, hehehe.
Untuk proses sumpah lian, Alhamdulillah setakat ni peguam aku kata insyaAllah semuanya akan berjalan lancar. Tiada apa yang perlu aku risaukan dah. Kiranya dah muktamad keputusan aku untuk aku deny baby tu untuk dinasabkan atas nama aku.
So, everything will be okay. Aku single balik dan enjoy dululah kehidupan ni. Aku minat wild camping, so enjoy camping dululah sementara single balik nih, hahaha.
Plan bila semua okay nanti aku nak bawak mak dan kakak aku and her family buat umrah. Nak tenangkan balik diri ni. Sekarang ni pun aku plan nak ambil cuti jap tapi aku sayang flying hours aku, hahaha.
So, tamat sudah confession aku. Aku pun tak tahu kenapa tetiba confess kat sini. Macam mana entah aku jumpa page IIUM Confession ni walhal aku tak pernah follow pun page ni sebelum dari confession first aku.
But then, seriously korang punya support memang padu giler. Aku menitis air mata oiiii baca korang punya support kat confession ketiga aku. Thanks korang. Terharu yakmatttt.
Aku doakan juga korang sentiasa bahagia dalam kehidupan korang. Tak kesah lah korang single ke, dah kahwin ke, atau apa sahaja status korang. Kalau harini hari korang rasa down, ingatlah esok lusa still ada lagi hari yang akan buat korang gembira dan bahagia.
Oh ya, yang ini selingan ya sebab ada yang tanya macam mana nak jadi pilot kalau aliran sastera masa sekolah dulu. Aku sebenarnya aliran sains sebab dulu aku sekolah sains.
Bila masuk form 4 aku mula minat aviation dan aku tukar dari sekolah sains kepada sekolah harian biasa.
Sebabnya untuk menjadi aviator yang terbangkan commercial airlines, korang hanya perlu dapat keputusan cemerlang dalam matematik, sains dan english sahaja. Physics, biology, chemistry dan add math tu just add on je.
So tak nak pening kepala, aku masuk aliran sastera tapi aku fokus pada 3 subjek wajib untuk enroll ke flying school which is math, sains and english. Make sure dapat paling koman pun A. Kalau dapat A+ untuk tiga subjek ni lagi cantik.
So, lepas SPM aku enroll ke flying school. Banyak flying school kat Malaysia ni tapi make sure enroll ke flying school yang dah established macam MFA dan Layang-Layang flying school.
Nak masuk cadetship untuk mana-mana airlines company pun boleh. Tapi harga enrollment agak keras sikit. Dalam RM300K ++ pada zaman aku 10 tahun lalu. Now tak tahulah berapa RM huhuhu.
Then lepas enrollment dan finished flying school, bersiap sedialah untuk menganggur kejap. Kalau ada rezeki, kejap je menganggur. Kalau tak, makan tahun juga lah sebelum dapat posting kat mana-mana airlines.
Okaylah, its time to say goodbye. Thank you for everything korang.
– Aril (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Moga d prtemukan wanita yg Tahu menghargai mu.