Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua ahli pembaca IIUM Confession. Pertama sekali saya meminta maaf sekiranya penulisan saya agak bercampur campur.
Saya cuba bercerita sesantai yang boleh memandangkan ini adalah penulisan pertama dan perkongsian pertama saya publish kepada umum walaupun identiti saya ditutup.
Saya gelarkan diri saya sebagai Vee dan Suami sebagai Lee. Kami telah berkahwin dan melepasi fasa pertama alam rumahtangga.
Alhamdulillah, masih jauh perjalanan dan saya amat mengharapkan kami akan kekal sehingga ke tua. Walaupun confession ni merupakan luahan mengenai masalah rumahtangga kami.
Bermula pada hujung 2013, kami mengenali satu sama lain dan menjadi pasangan couple yang sweetttt sangat. Walaupun dugaan dan hentaman bertalu dari orang sekeliling, tapi kami amat mencintai satu sama lain.
Saya yakin suami rasa yang sama pada waktu itu. Hubungan kami amat tenang, walau dilanda badai. Sesekali ada pergaduhan kecil dan kadang besar. Tapi kami tetap teguh setia bersama.
Oh ya, memandangkan ini confession jujur. Kami dah terlanjur sehingga hampir ke tahun yang ke 4. Seperti yang saya katakan, kami mencintai antara satu sama lain pada ketika itu.
Jadi saya rela, dan amat menyenangi apabila kejadian itu terjadi. Sejujurnya, kami memang tak ada iman pada ketika itu.
Kami duduk berasingan dan hanya kadang kadang saya akan bermalam di rumah keluarganya. Kami akan gunakan segala kesempatan yang ada untuk melakukan perkara itu.
Ok, habis bab ni. sebab saya tak nak bercerita lebih lanjut tentang hal ini. Kerana ini bukan lah punca klimaks nya confession asal.
Saya juga mengetahui bahawa Lee ada mengambil bahan terlarang sejak kami couple. Kadang di depan saya pun dia selamba layan benda tu.
Saya cuma melihat dan dia melarang teruk sebenarnya bila saya tenung setiap tindak tanduk dia.
Mungkin dia takut saya belajar dari apa yang dia tunjukkan tu kot. Tapi saya tak lah bodoh nak cuba cuba. Cukuplah saya dah rosakkan yang satu itu. Saya masih mahu menjaga diri saya dari terjerumus jauh dalam kehidupan yang lebih teruk.
Walaupun saya mengetahui segalanya, memandangkan Lee tak pernah menyembunyikan apa apa dari saya. Dan dia menunjukkan sisi gelap kehidupan akan datang tu jelas pada pengelihatan saya.
Tapi saya sanggup dan rela untuk hidup bersamanya. Saya ketepikan segalanya dengan harapan segalanya akan berubah. Lee akan sedar dan membimbing saya.
Dan setelah berbagai rintangan kami lalui, akhirnya kami selamat diijab kabul. Kami sah menjadi pasangan halal. Kami bahagia walaupun kehidupan rumahtangga ada pasang surutnya.
Setelah kami berkahwin, kami menetap di kediaman orang tua kami. Bersilih ganti. Kedua keluarga kami memang amat baik dan melayani kami tanpa membezakan antara menantu dan anak kandung. Ini lah yang membuat kami selesa memasuki keluarga antara satu sama lain.
Tahun berganti tahun, kami masih berdua. Dan Lee masih berperangai yang sama. Sejak berkahwin, dia kerap keluar lepak bersama kawan kawannya.
Sehingga lewat subuh. kadang terlupa ada isteri menunggu atau buat buat lupa yang dirinya adalah suami. Namun, saya masih bersabar dan mengharapkan perubahan. Saya bersifat introvert. Dan Lee pula extrovert.
Jadi setiap permasalahan saya akan pendam. Dan Lee akan meluahkan. Tapi sebagai perempuan tulen, saya tak dpt menerima setiap luahan kata kata Lee. Sedangkan saya tak mampu meluahkan isi hati saya.
Perkara ini berlarutan sehingga saya sedar. Kami tiada lagi memberi respon pada setiap permasalahan yang kami hadapi. Kami sekarang lebih kepada hidup yang lebih banyak berdiam daripada meluah.
Salah siapa? Saya tak tahu. Kami tak pernah cari penyelesaian dalam setiap masalah kami. Dan akhirnya segala apa yang berlaku akan dibiar ditelan waktu.
Sehingga ke hari ini, kami mengalami masalah batin yang kami tak mampu selesaikan disebabkan mulut dan telinga kami yang tak mahu bercakap dan mendengar masalah kami.
Klimaks daripada confession ini adalah apabila saya dah mula ada rasa ingin menamatkan segalanya dan mencari haluan hidup sendiri.
Tapi masih ada saki baki perasaan dalam diri yang berkata “sabarlah, akan ada cahaya dihujung jalan” Tapi saya tak dapat menahan pujukan syaitan.
Puncanya apabila pada awal tahun, saya mengalami keguguran pada usia kandungan 10 minggu. Saya tak pasti masalah dalaman kami, kerana kami tak pernah menyoalkan dan membangkitkan tentang isu ini.
Tapi kandungan pada waktu itu sangat pelik. Mungkin saya akan ceritakan pada confession lain jika pembaca berminat untuk mengetahuinya.
Setelah kejadian itu, hubungan suami isteri kami semakin dingin. Berbeza dengan sebelum kami berkahwin. Terkadang hati mengatakan saya terkena sihir pemisah atau jin asyik.
Tapi bila kami tiada perbincangan tentang setiap masalah, maka tiada penyelesaian dpt kami putuskan. Jujur saya masih mencintai Lee, tapi Lee seakan endah tak endah. Lee juga pernah kantoi chatting perempuan lain, tapi saya percaya itu hanyalah sekadar suka suka.
Kerana sehingga sekarang saya boleh access fb, ig dan whatsapp dia di phone saya. Password phone Lee juga saya tahu. Lee tak ada apa apa yang boleh disyaki dia curang.
Cuma saya yang berperang dengan perasaan hati saya. Saya nak meluah pada Lee.. tapi mulut saya seakan terkunci. Benarkah ada cahaya dihujung jalan?
yang benar,
– Vee (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit