Salah Apa Lagi?

Assalamualaikum. Terima kasih admin andai kisah saya ni disiarkan. Nama saya, Anna dan saya baru 9 bulan berkahwin.

Sebelum ni saya baca saja mengenai mereka yang tinggal sebumbung dengan mertua. Tapi sekarang saya yang melaluinya. Pada awalnya semua nampak okay dan baik sahaja.

Sebelum kawin, suami ada tanya okay tak kalau tinggal dekat rumah dia (rumah family dia) sebab dia takde kemampuan nak menyewa. Tapi dia akan cuba untuk cari rumah sewa yang berdekatan tempat kerjanya. Saya cakap, okay saja takpe lah.

Masa berlalu dan sekarang sudah 9 bulan kami tinggal di rumah orang tuanya. Untuk makluman, aku sudah berhenti kerja dan jadi surirumah sejak kawin. Bukan taknak menyewa, tapi ada saja halangan setiap kali nak cari rumah sewa.

Mertua saya selalu fikir yang saya tak tahu nak jaga anaknya bila kami menyewa nanti. Sedangkan sejak kawin, semua keperluan suami saya yang uruskan tanpa ada yang kurang. Saya dan suami diamkan je dan cuba lupakan niat untuk menyewa.

Setiap hari saya mengemas rumah dan memasak. Walaupun suami bagitau tak payah kemas rumah dan tunggu dia cuti baru kemas sama-sama, tapi saya cakap takpe lah dari saya bosan di rumah.

Apa yang saya masak semuanya suami yang mintak dan suami tak pernah mintak lauk yang susah sebab dia tahu saya baru nak belajar memasak.

Tapi bila mertua saya nampak saya masak, dia akan tegur cara saya masak salah nanti suami saya tak nak makan. Sedangkan saya call mak saya nak tanya cara memasak bukan saya main masak saja dan suami tak pernah complain apa saya masak.

Tapi mertua saya tak boleh terima, cara dia memasak yang sedap dan betul dan suami saya hanya makan masakan begitu saja.

Pernah saya memasak sambil menangis. Salah ke apa saya masak untuk suami? Selagi suami saya tak complain, selagi itu semuanya okay. Begitu yang suami selalu bagitau.

Terkadang saya terlalu penat dan duduk di ruang tamu, saya disindir kerana tidak tahu mengemas dapur sedangkan saya bukan tidak kemas dapur cuma nak berehat sekejap saja.

Bulan lepas saya disahkan mengandung. Suami saya seronok sangat, siap tak bagi saya buat kerja rumah sangat dan banyak rehat sebab saya kerap pening kepala. Tapi berlainan dengan mertua saya pula, dia mengatakan saya pemalas.

Katanya mengandung lah perlu banyak bergerak supaya senang nak melahirkan nanti. Saya bukan pemalas, cuma ada masa saya nak berehat sebab sejak mengandung badan saya cepat penat.

Sesekali saya duduk bila terasa penat dan sambung kemas rumah dan memasak bila penat tadi hilang. Saya seringkali diperli memasak tidak sedap sejak mengandung. Saya terima saja sebab saya malas nak layan dan bagi saya orang tua memang begitu.

Banyak lagi yang saya nak luahkan tapi tak mampu terluah. Saya beruntung kerana suami sentiasa membela saya setiap kali orang tuanya memerli saya atau cakap buruk tentang saya.

Saya pernah beritahu suami, saya terima apa mereka kata kepada saya sebab saya masih hormat mereka sebagai orang tua suami dan saya hormat suami saya. Apa yang pasti, sejak mengandung ni saya banyak menangis dan rasa sedih disebabkan mulut mertua.

Saya rasa lebih selesa berada di bilik yang kecil berbanding di luar yang terasa panas. Saya hanya keluar bila suami ada saja, kalau suami tidak ada memang mudah saja mereka memerli saya.

Doakan suami saya dimurahkan rezeki dan dapat menyewa rumah sendiri. Doakan juga supaya kandungan saya dalam keadaan baik, saya sedang cuba untuk happy-kan diri sendiri sebab saya risau bila selalu menangis akan bagi effect dengan kandungan saya.

Terima kasih.

– Anna (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *