Ana Uhibbuka Fillah

Saya tak pandai mengarang, jadi saya minta maaf jika “confession” saya tidak difahami. Sedikit tentang saya, saya pernah berkahwin tapi jodoh tak panjang. Tidak mempunyai zuriat. Dah nak masuk season 4 dah.

Saya bercerai sebab ex memilih untuk bersama orang lain, maka saya decide untuk akhiri perkahwinan kami dan berkawan saja (memang kami berkawan sehingga sekarang)

Perkahwinan kan, satu jalan ke syurga tapi kalau membawa derita, lebih baik tamatkan saja dari kumpul dosa. Bersama tapi tak bahagia, itu bukan pilihan yang baik, saya rasa.

Saya tinggal sorang diri dan kebanyakan masa saya, saya habiskan di rumah. Saya tak banyak kawan untuk keluar bersama.

Di satu peringkat usia, kita sebenarnya memang tak akan ada banyak kawan macam dulu – dulu sebab semua pun dah ada kehidupan sendiri.

Tapi saya masih mempunyai seorang sahabat yang masih sanggup menemani saya setiap kali cuti. Cuti hujung minggu, cuti umum.

Asalkan namanya cuti, kalau saya ajak keluar, jaranglah dia menolak. Sampaikan hari Sabtu Ahad tu, memang menjadi rutin untuk kami keluar bersama.

Saya suka tidur di hotel. Mula- mula saya buat aktiviti ni sorang diri. Saya pergi kemana- mana hotel sebagai healing process, melupakan ex saya.

Saya cuba divert pemikiran supaya saya tak murung. Saya betul- betul keseorangan, saya tak boleh share kesedihan saya dengan ibubapa sebab dorang dah tua.

Saya ada adik beradik tapi serapat mana pun kami, saya tetap rasa canggung nak bercerita tentang kemurungan selepas bercerai depan mereka. Tidur di hotel, seorang diri, suasana bilik yang asing buat saya rasa selesa, lupa seketika beban perasaan.

Lepas lebih kurang setahun buat aktiviti ni, saya sengaja ajak sahabat saya untuk join. Saya ajak je, tapi tak sangka dia nak ikut.

Itulah punca kenapa setiap kali cuti, kami luangkan waktu bersama. Tapi itulah juga masalahnya. Dah elok- elok berkawan, ter’develop’ pulak perasaan cinta.

Part ni la paling melemaskan. Logiknya, takde la teruk sangat masalah ni, sebab dia bujang. TAPI, dia lebih muda, belum pernah berkahwin dan good looking. Dia terlalu sempurna untuk saya yang banyak kelemahan dan kekurangan ni.

Confess? Mula- mula ada fikir jugak, tapi sebab saya suka overthinking, jadi saya rasa, eloklah saya simpan je dari hilang dia sebab kena friendzone.

Lama- lama saya mula mencari alternative, persediaan untuk menerima kehilangan dia. Saya sedar, satu masa, dia akan tetap pergi.

Tak mungkinlah kami akan terus berkawan baik apatah lagi kalau nanti dia ditakdirkan berjodoh dengan orang lain.

Saya mulakan dengan memperbaiki solat saya. Cuba sempurnakan diri dalam beragama. Kemudian saya cuba istiqamah di sepertiga malam dan berkongsi perasaan saya pada Sang Pencipta.

Saya merayu dalam doa, agar dihilangkan perasaan saya pada sidia. Setiap kali saya cuba kurangkan untuk berjumpa, setiap kali itulah datang perasaan yang sangat- sangat rindu.

Setakat hari ini, saya belum pernah berjaya mengawal diri untuk tidak berjumpa dia. Gagal total!

Tapi adalah sedikit kemajuan sebab saya berjaya memendekkan masa untuk diluangkan bersama. Takpe, slow- slow. At least saya dah usaha, kan?

Mula- mula saya rasa saya takut kena friendzone, tapi semakin saya dekat dengan Allah semakin saya takut saya cintakan makhluk lebih dari saya mencintai Allah.

Sekarang saya rasa takut dengan perasaan sendiri sebab hati saya selalu berbolak balik antara istiqamah dalam perubahan hidup lebih beragama atau tenggelam dalam perasaan syok sendiri pada crush saya.

Hakikatnya, apa pun takdir yang Allah dah tentukan pada kehidupan saya, saya reda je. Saya yakin Allah dah plan baik untuk saya.

Saya cuma perlu jalani hidup ni, dengan lapang dada. Saya taktau macam mana nak berlapang dada sebab cakap lebih mudah dari buat. Tapi, kena la cuba juga, kan?

Mungkin cinta pada si dia satu ujian untuk saya yang angkuh satu ketika dulu, kononya tak mungkin akan jatuh cinta pada sahabat sendiri.

Sekarang, rasakanlah.. berani sangat cakap besar.. hahaha.

Saya berdoa, semoga si dia akan tetap menjadi sahabat saya sampai bila- bila walaupun satu hari nanti kami tidak lagi keluar bersama.

Tak terbayang macam mana perasaan saya kalau satu hari nanti dia hulur kad kahwin dengan nama insan lain sebagai pasangan hidup dia.

Aduhai, macam mana nak tengok dia bersanding dengan orang lain? Kalau tak pergi, rasa obvious sangat kekecewaan tu (Hakikatnya, benda belum jadi, tapi fikiran saya dah jauh sampai ke laut dalam. Inilah akibatnya kalau selalu sangat meeting dengan diri sendiri)

Saya mungkin seorang manusia yang berputus asa sebelum bagitau dia tentang perasaan saya. Jujurnya self esteem saya sangat-sangat rendah sampai satu ketika saya rasa malu sebab berani jatuh cinta pada seorang yang seperti dia.

Saya malu sebab saya dah tua, bakal menghampiri usia 40an tapi masih ada hati nak lebih dari kawan. Dengan status saya yang dah pernah berkahwin, lagilah saya rasa rendah diri. Sudahlah rupa pun tiada, i really got nothing to offer.

Dia mungkin baik pada saya sebab kasihankan saya yang hidup berseorangan di negeri orang. Atau mungkin dia berbuat baik dengan saya kerana memang dia mempunyai akhlak yang baik dan indah.

Saya cintakan dia kerana Allah, dan saya serahkan jalan hidup saya kepada Allah. Semoga dia, saya dan kita semua bertemu bahagia yang kita cari. Insya Allah.

Wassalam.

– Si Kidal (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *