Assalamualaikum semua pembaca IIUM Confession. Sejak akhir-akhir ini saya telah menjadi pembaca tegar IIUM Confession sampai tahap saya rasa masalah para confessor tu terasa macam berlaku pada diri kita sendiri (walaupun sebenarnya tak)
Apa yang saya perasan di page ini, banyak para isteri yang meluahkan masalah sebagai suri rumah (teringin bekerja) dan masalah stress dengan perangai suami termasuklah masalah kewangan.
Jadi di sini saya ingin melontarkan pandangan saya sebagai seorang suami yang mempunyai isteri yang bekerjaya, tentang mengapa isteri perlu ada kerjaya.
Sebelum itu, saya nak buat penafian (disclaimer) bahawa pandangan saya ini tak terpakai untuk semua orang malahan mungkin ada yang bertentangan. Jadi mungkin ada yang betul, mungkin ada yang salah.
Alasan dan justifikasi saya untuk menyokong penyataan bahawa isteri zaman sekarang perlu ada kerjaya adalah seperti berikut:
1. Circle (Suasana sekeliling)
Di tempat kerja, kehidupan adalah berbeza dengan kehidupan di rumah.
Apabila si isteri bekerja, dia dapat kurangkan masalah tekanan dan negativity yang memenuhi fikiran semasa berada di rumah kerana telah disibukkan dengan kerja, pergaulan dengan rakan-rakan serta masalah kerja yang perlu diselesaikan.
Ya, memang semasa kerja, ada tekanan juga tapi mana ada kerja yang tiada tekanan. Cuma, pastikan tempat kerja si isteri tu sangat menjaga kebajikan dan tidak toksik.
Bayangkan seorang suri rumah buat kerja rumah yang rutinnya sama setiap hari, ditambah pula jika si suami tak tolong buat sama kerja-kerja tu seperti basuh , jemur lipat baju yada yada.
Yang saya cuba tekankan kat sini bukan pasal jumlah kerja rumah tu, tapi rutin yang hampir sama setiap hari jika dibandingkan dengan tempat kerja yang mempunyai perubahan suasana dan pergaulan yang lebih luas.
Sekurang-kurangnya di tempat kerja ada rakan yang boleh berkongsi masalah dan juga boleh memberi sudut pandangan yang berbeza dalam kehidupan.
2. Mengukuhkan kedudukan kewangan keluarga
Okey yang ini saya faham mungkin ada yang akan kata suami yang bertanggungjawab sedia makan minum, tempat tinggal pakaian dan sebagainya.
Ye betul, tapi zaman sekarang dengan kos hidup yang tinggi, lebih-lebih lagi yang tinggal di bandar-bandar utama, kadang-kadang gaji suami hanya cukup-cukup keperluan sahaja.
Nak buat saving pun mungkin tak sempat sebab asyik korek tabung. Ini bagi suami yang bergaji RM3000-4000 ke bawah lah. Apatah lagi yang bergaji RM 1800. Kalau gaji besar should be no problem.
Jika isteri bekerja, at least boleh back up untuk simpanan jika berlaku sebarang kecemasan dan boleh memenuhi kehendak-kehendak sebagai reward kepada family. Contohnya ada duit lebih untuk pergi melancong, 1-2 kali setahun.
3. Meningkatkan kualiti hidup
Maksudnya, jika suami hanya gaji cukup-cukup untuk keperluan, mungkin tak mampu untuk bayar anak tuisyen, beli pakaian yang berkualiti.
Dengan isteri bekerja boleh beli barangan eletrik yang boleh bantu kerja-kerja rumah seperti dryer dan robot vaccum.. Barang-barang ni ada yang berharga 2-3 ribu bergantung pada kualiti dan jenama.
Kadang-kadang suami perlu masa yang lama untuk kumpul duit beli barang-barang ini. Itupun ada sahaja belanja mengejut lain yang perlu dibayar seperti kereta rosak atau ibubapa minta pinjam duit atas sebab kecemasan.
Kesemua idea ini pada pandangan saya boleh diterima pakai jika situasi yang dialami oleh sesebuah pasangan tu menepati syarat di bawah:
a – Dengan adanya isteri bekerja tidak menyebabkan suami culas memberi nafkah. Suami kena konsisten beri nafkah setiap bulan.
b – Kerja yang dibuat berbaloi dari segi bayaran. Sebagai contoh, gaji si suami RM2500 dan Gaji si isteri RM1600. Katakan pasangan ini mempunyai 4 orang anak yang perlu dihantar kepada pengasuh/taska.
Bayaran penjagaan pengasuh ialah RM400 bagi setiap orang, (jumlah belanja = RM1600). Dalam kes ini sangat tak berbaloi kerana jumlah gaji sama dengan jumlah kos upah pengasuh. Lebih baik jadi suri rumah dan membesarkan anak2 sendiri.
c – Benefits (Faedah) yang diberikan majikan.
Sebagai contoh saya merupakan penjawat awam dan si isteri adalah pekerja swasta di sebuah syarikat MNC (Multi-National Company).
Kalau ikutkan penjawat awam ni dapat la khidmat percuma di Hospital Kerajaan, tapi tidak di Hospital/klinik swasta. Tapi company wife saya sediakan bayaran perubatan melalui panel insurans.
So setiap kali pergi klinik yang berdaftar dengan panel, kos-kos rawatan dan ubatan adalah percuma. Kalau bersalin di hospital swasta juga company cover rm5000 hingga rm8000.
Company juga benarkan claim untuk rawatan di klinik gigi dan juga membuat cermin mata, tertakluk kepada had tertentu.
d – Tempat kerja dan majikan yang tidak toksik.
Pastikan tempat kerja sesuai dan tidak menyusahkan isteri untuk pergi seperti perjalanan yg terlalu jauh dan memenatkan. Majikan juga perlulah bertimbang rasa dan memahami staff yang bekerja.
Saya rasa cukup setakat ini idea dan pandangan saya mengenai keperluan isteri bekerjaya.
Memang tak dinafikan saya juga ingin menyara keluarga sepenuhnya tanpa bantuan daripada isteri tapi saya rasa buat masa ini lebih baik beliau bekerja kerana memenuhi syarat yang saya sebut di atas.
Oh ya kami baru mempunyai seorang cahaya mata, dan itupun kami rasa banyak betul belanja untuk seorang anak. Jadi kami cuba merancang keluarga supaya anak-anak mendapat kualiti kehidupan yang baik sepanjang mereka dibesarkan.
Akhir kata di samping semua yang saya lontarkan, kuncinya adalah setiap psangan mestilah saling memahami dan saling melengkapi antara satu sama lain.
Mana yang terkurang kita top up dan cover untuk pasangan kita, dan jangan ada salah seorang yang ambil kesempatan.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
– Remy Si Pemikir (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit