OCD?
Mesti korang pernah sekali atau beberapa kali terdengar perkataan OCD atau nama panjangnya Obsessive-compulsive disorder kan?
Dulu aku tak begitu concern tentang OCD ni walaupun sering disebut-sebut oleh rakan sekeliling, tapi bila dah terjadi dalam ahli keluarga sendiri aku jadi marah kalau orang lain sesuka hati je diagnose diri dia ada OCD.
“Aku ni kalau lap dapur mesti kena lap sekali celah-celah ni, sebab aku ni OCD sikit.”
“Aku tak boleh lah kalau tengok orang ikat tali kasut tak pun pijak kasut dekat belakang, rasa geram je sebab aku ni OCD.”
“Aku sebelum tidur mesti pastikan cadar aku tegang and tak boleh ada kedut-kedut sebab aku ada OCD.”
Pernah tak korang dengar ayat ni dari kawan-kawan atau orang yang terdekat? Aku selalu terutamanya rakan-rakan. Bila dah tau, sebenarnya itu hanyalah teliti dan perfectionist, bukan OCD.
Bila fikir balik, aku pun bila lap dapur mesti lap semua sekali, tak buat separuh-separuh. Sama jugak dengan cadar, benda tu rutin kan betulkan tempat tidur sebelum dengan selepas tidur?
Cuma adalah segelintir yang tak jadikan benda tu sebagai rutin, mungkin malas atau mungkin nak cepat kan? Kita bukan tau.
Berbalik pada OCD, ianya terjadi pada adik bongsu aku yang berumur 13 tahun dan dia tua setahun dari anak sulung aku.
Selama ni tak ada siapa pun yang tahu dan sedar akan tabiat dia yang sebenarnya tak normal sampailah dia tinggal dengan aku masa cuti sekolah tempoh hari.
Dia duduk sebilik dengan anak aku sebab mereka memang rapat cuma jarang berjumpa sebab PKP dan kesibukan aku untuk pulang ke kampung.
Pertama kali aku sedar ketika kami sama-sama makan malam di rumah. Dia yang ku panggil Ria berulang kali pergi ke dapur tanpa membawa apa-apa makanan atau barang.
Bila dah terlalu kerap, aku tanya dia nak apa pergi dapur?
“Ria rasa Kak Ngah tak tutup api dapur tadi. Bahaya tau.”
Ini jawapan dia.
Masa tu aku tak sedar lagi, aku cakap check sekali dah lah. Yang kamu berulang kali nak pergi check tu kenapa?
Kali kedua masa kami nak pergi ke mall, aku pesan tutup semua lampu dengan pintu bilik jangan biar ternganga.
Masa semua orang dah dekat luar nak masuk dalam kereta, dia berulang kali masuk dalam sebab nak check pintu dah tutup ke belum. Berulang kali sampai aku rasa nak naik angin.
Aku marah, dia terus masuk dalam kereta. Dalam kereta aku tengok dia resah semacam sampai berpeluh.
Suami kata macam ada yang tak kena dengan adik aku, tapi masa tu aku in denial walaupun aku tau adik aku memang ada masalah.
Malam tu aku call mak aku, mak aku kata adik aku memang macam tu. Mereka dekat kampung malas dah nak layan perangai dia.
Kali terakhir yang buat aku terus rujuk dia ke pakar bila anak aku mengadu adik aku tak tidur malam.
Malam tu aku mengintai dan ya dia duduk je dekat lantai. Aku tanya kenapa tak tidur, dia kata cadar anak aku senget dan tak berkedudukan tepat. Belah kanan dan kiri tak sama.
Aku kata benda tu tak jadi masalah, tidur jelah tapi dia tetap tak nak.
Esoknya aku suruh anak aku tidur dengan adik dia sebab aku nak observe adik aku sendiri dan kebetulan dekat bilik anak aku memang ada cctv yang aku boleh pantau terus dari handphone.
Jangan cakap aku ceroboh privacy anak ya sebab dia ada ruang untuk dia tukar baju sendiri dan tak kelihatan dari cctv.
Aku beli dulu pun sebab nak pantau dia masa pkp sebab dia ada kes tak siap homework sampai cikgu sendiri mengadu pada aku.
Cctv tu pun 360 boleh pusing kiri kanan dan boleh ada komunikasi dua hala.
Malam tu aku tengok, dia baring dan bangun semula betulkan cadar berulang-ulang kali sampai aku sendiri pun dah tak larat layan mata. Berulang-ulang kali buat benda yang sama, pening aku tengok.
Esoknya aku dan suami tanya dia, bila je dia tidur? Dia kata bila dah ngantuk sangat. Pagi tu jugak aku bawa dia klinik dan dapat rujukan terus ke pakar. Kenapalah aku tak perasan mata dia selalu sembap?
Doktor diagnose dia ada OCD dan sekarang masih dalam rawatan.
Aku decide untuk work from home dan masuk office bila perlu sahaja untuk pantau dia sendiri. Walaupun gaji berkurangan tapi aku percaya ada rezeki untuk aku nanti.
Sekarang dia duduk rumah aku dan refer pakar psikiatri di hospital berhampiran rumah aku.
Mak pulak berhari-hari menangis sebab dia rasa dia gagal dan masih tak boleh terima adik aku berpenyakit. Aku tak salahkan mak sebab dia pun dah tua, mesti dia tak perasan kan?
Pada sesiapa yang suka cakap diri dia ada OCD, tolonglah hentikan kecuali kalau memang dah betul-betul disahkan oleh doktor.
Tengok adik sendiri sengsara sangat merobek hati aku. Nak tidur pun susah dan sekarang dia tidur dengan bantuan ubat tidur.
Mohon doa dari pembaca semoga segalanya dipermudahkan untuk adik kesayangan saya.
– Zety (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit