Tak Terduga

Assalamualaikum wbt. Hi maaf kalau jalan cerita aku agak berterabur. Aku berusia hampir 30 tahun dan berkerja biasa2 je, sudah berkahwin hampir 3 tahun dan mempunyai seorang anak yang sangat comel.

Aku cuma nak luahkan apa yang aku rasa lepas apa yang terjadi terhadap diriku beberapa bulan lepas. Dan minta sedikit kata-kata semangat.

Di awal perkahwinan semua baik-baik sahaja kerana cinta itu kan buta. Suami sangat baik, nafkah yang diberikan semua cukup tiada yang kurang.

Pada tahun ni aku diuji dengan kehadiran orang ketiga. Tanpa aku sedar orang ketiga tu merupakan orang yang aku percaya iaitu “kawan baik zaman uni” suami aku sendiri. Aku gelarkan dia Z ye.

Aku tak sedar bila benda ni terjadi, aku tak tahu bila mereka ada hubungan di belakang aku. Mungkin kerana aku terlalu sibuk dengan anak sehingga tidak sedar perubahan suami aku sendiri.

Serba sedikit tentang Z orang nya agak innocent dan rumahnya sangat dekat dengan rumah aku (baru pindah). Dia bujang dan bekerja. Duduk rumah sorang-sorang.

Tempat dia kerja kebanyakkan sama tempat dengan suami aku kerja. Sekarang tak dah.

Aku tak tahu lah dia memang baik atau aku yang bodoh. Dia sangat2 baik terhadap aku sekeluarga.

Bukan setakat aku je, dengan family suami aku pun dia sangat baik. Tapi ipar aku dah pernah pesan hati-hati dengan Z tapi entah lah. Aku tak tahu apa niat dia sebenarnya.

Sebulan dua sebelum ni Z suka sangat masak dan bagi kitorang makanan.

Tapi dia masak tak sedap pun hahahaha ni suami aku cakap. Tapi dia still masak bagi kitorang makanan. Tak tahu lah dia ada baca-baca ke apa dekat makanan ni. Aku pun tak berani nak tuduh.

Benda ni terkantoi, bila suami aku minta nak kahwin lagi satu. Aku macam terkejut sebab tiba-tiba tapi aku relax sebab aku blur dengan apa yang jadi. Aku tak tahu nak buat apa hahaha.

Masa ni suami aku dah menangis macam orang hilang akal kata nak kahwin dengan Z ni. Menangis macam orang gila bayang tu.

Lepas tu aku decide pergi rumah Z ni tanya depan-depan. Suami aku masih menangis cakap nak kahwin dan merayu dekat kaki Z ni. Geram pulak aku nak lempang time ni, hahaha.

Z reject kata tak nak, dan dia cakap dekat suami aku “kau boleh jaga aku walaupun kau tak kahwin dengan aku” sambil menangis juga.

Drama apa aku tengok ni syaitan, hahahaha.

Mula2 memang aku salahkan suami aku sebab curang tapi lepas tengok gambar berdua (gambar dari whatapp maybe Z hantar) dan bukti-bukti lain.

Z ni pun memang nak dekat suami aku jugak. Kalau bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi kan.

Time dia pindah dekat dengan rumah aku, dia sentiasa nak ikut je kemana aku dengan suami aku nak pergi.

Dan setiap kali aku dah suami keluar dia akan tanya pergi mana dan acah-acah kirim barang (maaf time ni aku tak ambil port sngt dengan Z sebab aku percaya dia tak ada niat lain)

Lepastu suami aku cerita apa yang jadi (tak tahu nak percaya ke tak). Z banyak kali ajak suami aku kahwin. Ajak pergi thai untuk kahwin.

Dan dia cakap dekat suami aku kalau nak kahwin dengan dia, suami aku perlu lepaskan aku dulu. Baru dia nak kahwin.

Antara benda pelik yang jadi sebulan dua antara aku dah suami, kami selalu gaduh hal-hal kecil. Suami rasa benci dan meluat tengok aku.

Tak suka duduk rumah dia rasa panas. Hubungan suami isteri jugak sangat terganggu. Tapi entah lah. Dah pernah ajak suami berubat tapi dia tak nak.

Sekarang Z pun dah pindah dan sedang hangat bercinta dengan orang yang “terdekat” juga denganku. Entah maybe nak tunjuk bukti dia bahagia mungkin hahahaha suka hati lah. Asal tak tunjuk muka depan aku.

Dan alhamdulillah suami aku pun dah banyak berubah.

Aku cuma berdoa semoga suatu hari nanti Z dapat balasan yang sama macam dia buat dekat aku. Kifarah itu ada.

Entah aku masih tak mampu nak redha dengan apa yang jadi sebab aku memang tak mampu nak maafkan Z. Sebab aku percayakan dia.

Rupanya kebaikan yang dia buat selama ni ada sebab. Rambut sama hitam tapi hati tiada siapa yang tahu.

– Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *