Keluarga King Control

Assalamualaikum nama aku Hidayah (bukan nama sebenar), aku nak bercerita tentang kehidupan aku bersama keluarga yang boleh dikategorikan keluarga berlatar belakangkan masalah keluarga, tapi bukan soal kemiskinan,

Ianya berkenaan isu ayah yang selalu mengawal keluarga dalam erti kata lain kebiasaan ibu/isteri yang mengawal anak dan keluarga tetapi tidak terjadi di dalam keluargaku.

Ayah yang mengawal mak dan anak-anak, aku mempunyai sesorang abang aku tidak punya adik beradik yang ramai.

Jikalau keluarga yang lain para ibu/isteri yang merancang atau mengatur segalanya manakala pihak ayah/suami mereka hantar mengikut sahaja.

Ia tidak berlaku pada keluargaku, kami kalau hendak keluar ayah yang tentukan atau merencanakan sesuatu program atau majlis dan kami bertiga hantar mengikut sahaja,

Jikalau tidak mengikut arahannya dia akan marah dan memaki hamun mak dan kami tetapi mak lebih teruk dimarahinya walaupun kadang-kadang kesilapan tersebut berpunca dari anak-anak.

Mak rela dimarahi jangan kami dimarahinya itulah kasih sayang seorang ibu tidak sanggup melihat ayah memarahi kami biarlah mak seorang yang kena marah.

Ayahku ini ada sikap barannya mudah marah, tidak punya kesabaran yang tinggi seperti ayah/suami orang lain.

Aku sebagai anak perempuan amat sedih dan berasa sangat kasihan pada mak kerana bersuamikan lelaki seperti ayah,

Namun kami bersyukur rezeki nafkah beliau tidak punya masalah tetapi jika tengah tiada duit janganlah buat kesalahan kalau tidak kena la marah, nasib dia bukan jenis kaki pukul kalau tidak lagi teruk dibuatnya.

Ayahku seorang yang pemurah tak kedekut tetapi jikalau Kita ini seorang marhaen tapi mahu menunjuk lagak seperti kayangan itu aku tidak berapa menyukai,

Bukan tidak suka bapa jenis pemurah tak kedekut dengan orang tetapi janganlah terlampau beria yang akhirnya kadang-kadang Kita juga yang susah kerana Kita bukan dari golongan kayangan Kita hanya marhaen.

Aku kadang-kadang berasa amat tertekan apabila mendapat kecaman dari mulut ayahku ini iyelah mulutnya boleh tahan bisa juga kalau bercakap tajam juga lidahnya berbicara.

Namun apakah daya seorang anak hanya mampu mengangguk dan diam seribu bahasa.

Nak tahu kenapa aku kata ayahku ini king control kerana apa-apa arahan yang dia suruh kita kena ikut tak boleh bantah, kalau di katanya hitam maka hitam la bukan putih apa pilihan yang

Kita ada selain menurut perintahnya.

Kalau hendak bercakap soal ayahku ini terlalu banyak sehingga boleh menulis buku novel tetapi cukuplah sampai sini aku menulis.

Pesan ikhlas ku untuk para wanita yang ingin mencari calon suami.

1. Cari lah calon suami lelaki yang bertanggungjawab serta ikhlas menyayangimu menerima seadanya dirimu.

2. Carilah calon suami yang berpegetahuan ilmu agama, solat 5 waktu serta mampu memimpinmu ke syurga

3. Carilah calon suami yang kamu yakin boleh memberikan nafkah zahir batin mu secukupnya.

4. Jangan cari calon suami yang panas baran, jangan biarkan lelaki mengawal kita kerana kita yang akan merana, jangan cari lelaki yang hanya mata duitan dan sebagainya.

Kalau ada nak tambah senarai tambahan silakan.

– Hidayah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *