Hai. Ya, nama aku Aril. Alahh Aril yang tu lah (baca nada makcik bawang) hahahaha.
P/s: Ni admin letak kan link kalau siapa belum baca cerita Aril lagi, (https://iiumc.com/mengidam-bau-ex-iv/)
So harini bukan nak cerita pasal rumah tangga. Tapi nak cerita sikit pasal career seorang pilot.
Kebetulan aku boring kat rumah sebab cuti dan ramai sangat yang tanya dan nak tahu macam mana step by step nak jadi pilot kan. Ha harini nak tumpahkan tea (bahasa budak twitter) sikit pada korang best ke tak best jadi pilot ni.
So kepada adik-adik yang nak jadi pilot, insyaAllah boleh take note siap-siap ya. But then disclaimer juga sebab apa yang aku ceritakan ni based on pengalaman aku sepuluh tahun lepas. Maybe terms and condition untuk enroll kemana-mana flying school ada yang dah berubah.
Nanti korang boleh check dengan flying school pilihan korang ya untuk latest tnc untuk enrollment ke flying school tersebut.
Firstly, ada dua cara untuk jadi pilot. Satu korang masuk flying school. Satu lagi korang masuk airlines punya academy. Untuk flying school tak se-strict airlines academy sebab kalau korang ada “duit” dan results SPM gempak, mudah je flying school terima korang.
Tapi kalau airlines academy, korang kena compete dengan ramai calon yang results memang superb giler gempak. Tapi tak silap aku at the end, korang kena bayar juga kat airlines academy bila habis training nanti (siapa pilot, kalau salah tolong betulkan).
Tak sama macam flying school yang korang kena bayar setiap kali korang complete certain hours and exam masa kat flying school.
Maknanya contoh kalau cost training korang RM300k, bukan segedebuk RM300k la korang kena bayar. Kena bayar sikit-sikit bila complete hours dan exam.
Nak free jadi pilot? Boleh je. Korang masuk TUDM. Yes, masuk TUDM bukan setakat free je. Siap government yang bayar korang dari mula sampai habis training.
Tapi korang tak terbangkan commercial airlines la. Korang terbangkan fighter jet atau pesawat logistik untuk TUDM. Best apa, boleh fefeeling macam Top Gun Maverick atau Rooster kan.
Then bila korang dah pencen dari TUDM, korang boleh pindah kepada airlines company. Masa tu korang jadi pilot commercial pulak. Tapi korang jangan bawak commercial pilot macam korang bawak fighter jet.
Mengucap panjang semua penumpang karang. Hahaha
Untuk bayaran nak masuk ke flying school ni samada ada financial aid atau tidak, aku tak sure PTPTN ada provide tak pinjaman untuk student pilot. Tapi Maybank, Affin Bank dan RHB Bank ada provide untuk pinjaman ni. Tak silap aku sehingga RM500K diorang punya loan.
Dan ada level gaji untuk penjamin yang diorang tetapkan. Maksudnya tak semua boleh pinjam. Financial aid yang bank bagi ni bukan untuk pilot saja tau, tapi untuk semua jenis education loan. Aku sambung master pun, apply loan bank ni jugak.
Untuk enrollment ke flying school. Yang ni korang kena hati-hati. Semenjak dua menjak ni memang banyak scammer yang recruit student untuk jadi pilot.
Ada bayaran yang terlampau murah dan ada yang boleh apply walaupun math dan science korang dapat D. Yang tu konfem scammer.
Aku bagitahu terus terang lah nama flying school yang dah established kat Malaysia ni. Yang dah lahirkan ramai pilot.
First, MFA. Second, Layang-Layang Flying School. Dulu ada APFT. Sekarang ni tak sure ada lagi ke tak APFT. Aku alumni APFT. Selain dari tu, korang kena check betul-betul flying school yang korang nak enroll tu wujud ke tak.
Kadang diorang akan offer korang untuk study pilot kat Phillipines dsb. Yang ni kena hati-hati. Check dulu baru proceed. Nak selamat, proceed je flying school yang ada kat negara kita. Boleh check flying school ni wujud ke tak kat website caam.gov.my
Untuk airlines academy, korang kena selalu buka website airlines tu sendiri untuk tahu bila next intake untuk academy diorang.
Nak senang follow je page FlyGosh kat FB atau korang buka mana-mana website airlines then tekan kat career nanti diorang akan tunjuk ada intake baru atau tidak untuk cadet diorang.
Then berkaitan results SPM. Kalau korang aliran sains tulen, korang try untuk skor A semua subjek sains terutamanya Physics.
Math dengan English memng wajib dah untuk korang dapat A. Kalau korang apply melalui cadet academy airlines, memang diorang tekankan results SPM korang.
Kalau korang apply melalui flying school, results SPM takdelah diorang tekan sangat but then still kena dapat A dalam Math, Science dan English.
Nak apply kat flying school, kalau korang dari aliran sastera macam aku ni pun boleh apply tapi kalau korang nak apply untuk cadet academy company airlines, yang sastera terpaksa compete dengan geng sains tulen.
So, masa korang form 3 tu korang dah boleh fikir siap-siap strategi korang. Jalan mana korang nak guna untuk capai cita-cita korang as pilot.
Then, yang ni paling penting. Korang kena ada passion. Nak jadi pilot ni tak mudah. Banyak exam dan test korang kena lalui. Bermalam dalam simulator tu biasa dah masa awal-awal jadi pilot dulu. Nak asah skill punya pasal. Kalau korang takde passion, korang akan cepat rasa bosan.
Sekarang pun aku still kena hadap simulator lagi walaupun dah bertahun handle big bird ni. Ada member aku yang masuk flying school dulu quit tak sempat habis study. Alasannya boring, susah dsb. Rugi gitu je. Benda apa je yang tak susah kat dunia ni. Hahaha.
So, selain dari korang ada duit dan result SPM gempak, korang kena ada juga passion. Perasaan gayat, takut, mual, cepat muntah tu tohok jauh-jauh kalau nak jadi pilot.
So, itu sajalah serba sedikit guide untuk jadi pilot. Nak cerita lebih lagi pasal pilot ni tapi takut berjela pula karangan ni karang.
InsyaAllah next confession lah aku cerita pasal best tak best jadi pilot ni. Untuk adik-adik dan parents yang bercita-cita nak jadi pilot, teruskan usaha korang.
Start study dari awal. Fokus subjek wajib yang aku bagitahu tu. InsyaAllah kalau rezeki korang untuk bekerja di awan biru, dengan usaha korang, rezeki tersebut akan tercapai jugak.
Tak teringin ke nak ada office kat atas langit ??? Cehhh macam ayah pin punya kerajaan daaaa office atas langit hahaha.
Okaylah, jumpa lagi. Ciao!
– Aril (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Bang,kalau ambil aliran sastera time form 4,means kena compete dgn budak science stream dri segi nak masuk cadet tu ke atau compete dri segi belajar subject ii science tu bila dah masuk cadet?
Kalau tinggi 150 je boleh jadi pilot ke?