Abang Technician di Langkawi

Asalamualaikum dan salam sejahtera. Namaku Epi. Umurku 25 tahun, berasal dari Selangor.

Aku dibesarkan dalam keluarga broken home, jadi aku agak kurang berhubungan dengan lelaki, kecuali ayah dan adikku.

Di cerita ini aku akan bercerita mengenai kisah cinta pertamaku tatkala aku menginjak dewasa.

Terus terang, aku bukanlah seorang perempuan yang cantik. Aku jugak bukanlah seorang perempuan yang ayu atau manis, aku lebih kepada boyish dan suka menyakat orang.

Mungkin itu jugak menjadi asbab untuk tiada sesiapa pun berani mendekati aku untuk dijadikan sebagai pasangan untuk mencintai, dan dicintai.

Namun kenangan mencintai cinta pertamaku mengubah segala galanya.

Aku berkenalan dengan seorang jejaka bernama S yang berasal dari Langkawi, Kedah. Umurnya 2 tahun di atas ku. Kami berkenalan melalui satu apps percintaan yang ada di laman sosial.

Pada ketika itu, aku baru habis selesai belajar di sebuah kolej dan sedang bekerja sambila sambil menunggu panggilan kerja, manakala dia baru selesai belajar, dan mencari cari kerja.

Setelah berapa ketika kami berkenalan, kami mengambil keputusan untuk bertemu di sebuah mall berdekatan dengan rumah.

Gugupnya Tuhan saja yang tahu. Badanku terasa panas, tapi aku masih lagi boleh cool down, walaupun aku ini boleh tahan kelam kabutnya.

Tapi strategi untuk bertemu dengannya itu harus aku laksanakan, takut takut, yalah, orangnya lain dari dalam gambar.

Namun tekaanku meleset, orangnya benar benar wujud. Wajahnya sedikit ke arah Melayu Arab itu benar benar wujud.

Aku pun keluar dari tempat persembunyiaanku, dan kami ucapkan salam kenal.

Betapa kekoknya saat itu, makan di McDonald sambil dia tak berhenti henti menatap aku.

Namun pertemuan itu tak lama, kerana aku sudah berjanji dengan ibuku untuk segera pulang. Dia mengiyakan saja.

Sejak dari hari tersebut, kami semakin rapat.

Pada satu hari, dia mendapat temu duga sebagai technician di sebuah kilang berdekatan dengan tempat kerjaku.

Waktu itu aku baru selesai habis kerja malam.

Aku bersiap dan menghantar dia untuk temu duga tersebut.

Tapi aku tak betah menunggunya kerana aku terlalu mengantuk dan ingin segera pulang ke rumah.

Dan dia mendapat pekerjaan di berdekatan dengan rumahku.

Seronokku bukan kepalang, bolehlah bertemu dengannya setiap minggu.

Hari hariku indah tak terperi, asyik bertemu.

Kadang kami cuma santai di taman.

Kadang kami cuma berada di pusat membeli belah tempat kami pertama kali bertemu.

Namun, cerita yang indah takkan selalunya berterusan, pasti akan ada hentinya.

Ada satu saat itu, ibuku ingin Bercakap dengannya di telefon, ibuku memberikan salam.

Namun, salam ibuku tak berjawab.

Aku andaikan dia mungkin ingin bermain main denganku.

Ibuku turut mengiyakan kata kataku.

Dan, dia merasakan hidup di kota ini terlalu sukar.

Dia merasakan gaji di sini terlalu kecil, dan tidak sepadan dengan keperluan hidup di sini.

Kami tidak lagi mengatakan kata perpisahan, namun, kali terakhir kami bertemu, kami menaiki bas Hop on Hop Off di Kuala Lumpur.

Sepanjang kami bersama keluar menaiki bas, aku berfikir, bahawa inilah kali terakhir kami akan dapat bertemu.

Aku bukan jodohnya.

Masih lagi ramai gadis gadis di Kedah yang dekat dengannya.

Dan pada pertemuan terakhir itu, aku menghantarnya pulang menaiki keretaku.

Setelah kami berada dalam hubungan jarak jauh, aku semakin hari semakin sibuk kerana aku telah bekerja di tempat yang baru.

Namun, kesibukan aku menjadi tanda tanya kepadanya, kenapa makin lama makin jauh?

Aku mengatakan kata putus kerana dia tidak memahami skop kerjaku.

Dan kisah cinta kami terhenti sebegitu.

Kemudian, aku terpalit dengan kesilapan.

Kesilapan yang masih aku lakukan berulang ulang kali.

Kesilapan yang kalau aku bangun dari tidur, aku merasakan aku tak mahu untuk teruskan hidup, aku cuma mahu tidur dan mati.

Pada hari ini, di saat aku menghantar cerita ini, aku sedang menikmati ais krim di pusat membeli belah tempat kita bertemu.

Aku menangis, aku menangis semahu mahunya

Aku menangis sebab aku rindu kenaifan yang dulu.

Aku menangis akan kesudahan cerita yang berlaku ke atas diriku.

Aku sudah menerima kifarah, aku tak kuat untuk teruskan kehidupanku.

Kepada S ;

Seandainya kau membaca ini, maafkanlah diriku. Maafkanlah aku yang pernah melukai hatimu dulu. Kisah cinta kita yang begitu naif ini, takkan aku lupakan seumur hidupku.

Jagalah dirimu baik baik, jagalah ayah dan ibumu. Jaga imanmu, jaga solatmu, kelak Allah bersama denganmu. Semoga doaku agak kau bertemu dengan jodoh yang lebih baik dan solehah akan dimakbulkan Tuhan.

Dari sahabatmu,

– Epi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *