Assalamualaikum semua. Aku baru lepas menangis waktu berdoa lepas solat bila memikirkan, sukarnya jalan aku mendapatkan jodoh. Ni dah beberapa kali aku menangis sambil berdoa sebab jodoh.
Aku menangis bukan sebab aku tak bersyukur dengan kehidupan ku sekarang, tapi aku betul2 niat nak mendirikan rumahtangga.
Btw, aku kenalkan serba sedikit pasal aku. Aku perempuan berusia 33 tahun ni. Tahun depan dah masuk 34.
Dah beberapa tahun aku keep berdoa untuk kahwin tahun ni/tahun depan. Banyak tahun dah doa ditunda sebab jodoh belum sampai.
Umur aku sekarang, bukan lagi umur nak kahwin sebab nak ikut trend/jeles tengok kawan2 dah kahwin dan beranak pinak. Aku memang nak kawin sebab aku dah jemu hidup sendiri.
Aku nak someone yang bila aku balik kerja aku boleh share everything, someone yang boleh grow together, capai impian sama2.
Yeah, nampak cliche kan tujuan kawin? Tapi betullah, aku nak ada someone yang bole berkongsi hidup.
Aku tak tahu kenapa sekarang aku fragile sangat bila cakap soal jodoh.
Dulu aku ignore je, tapi tak tahu kenapa sekarang mudah menangis. Sambil tulis sekarang pun bole menangis jugak. Maybe pembawakan hormon nak period juga. Hehehe.
Sampai tahap aku berdoa selesai solat sambil menangis, menunjukkan aku betul2 mengharapkan Allah kurniakan jodoh yang baik untuk aku.
Aku risau kalau aku dianggap mempersoalkan jodoh sedangkan benda tu adalah rahsia Allah.
Tapi seriusly, aku dah cuba pelbagai usaha untuk aku dapatkan jodoh. Tinggal mandi bunga je belum. Dibenarkan islam ke tak ye? Hehe.
Disebabkan circle aku kecil, jadi pencarian jodohku banyak melalui dating apps. Semua dah pernah aku cuba. Yang islamik, seperti baitul jannah, baitul muslim, till jannah.
Sampai ke tak berapa islamik macam tinder, bumble, fb dating apps. Omi je aku belum cuba sebab banyak review negatif tentang omi.
Dari kesemua apps yang aku pernah cuba, aku dapat simpulkan apps tak salah, cuma individu yang dalam apps saje yang salah sebab niat manusia yang masuk dalam apps tu bermacam2 niat.
Jadi rezeki masing2 la jumpa yang baik mahupun jahat. Janji kita jangan buat jahat dengan orang. Nak reject, reject cara baik ye bukan menghina.
Sebenarnya dah 3 tahun usahaku mencari jodoh sejak 2019, tak jumpa2 sampai nak masuk tahun 2023 dah. Kalau tak kena ghosting, aku yang ghosting orang.
Jangan la kata aku memilih sangat sebab aku memang memilih bab cari pasangan. Bab fizikal aku mungkin boleh tolerate like cerah ke gelap ke, gemuk ke kurus ke.
Tapi bab personaliti aku sangat memilih sebab aku nak cari pasangan yang seumur hidup aku akan hadap (InsyaAllah).
Kalau personaliti tak cantik macam mana nak hadap kan?
Personaliti maksud aku lebih kepada beradab, ada common sense, bukan panas baran, ada empathy yang tinggi dan cara pembawakan diri. Senang cerita sekufu dari segi pemikiran dan cara hidup.
Bab fizikal aku tak nak tekankan sangat dalam pemilihan sebab tu ciptaan Allah dah. Asalkan tenang mata memandang cukupla. Sebab aku pun tak suka orang pilih aku sebab fizikal.
(Sebab kawan aku selalu cakap fizikal aku yang macam model, kurus dan tinggi buatkan senang laki nak dekat dengan aku). Tapi tak kawin2 jugak sampai sekarang? haha.
Aku selalu terfikir adakah aku tak competent untuk jadi isteri yang buat kan jodoh aku belum dekat?
Aku boleh memasak, baking, menjahit, mengaji.. Atau aku tak cukup berserah pada Allah? Aku risau kalau sampai tahap aku macam mempersoalkan kerja tuhan.
Aku menulis ni sebab aku nak meluahkan usaha apa lagi yang perlu aku buat untuk dapatkan jodoh.
Kalaula nama sebenar aku bole tulis kat sini, aku nak tulis dah nak minta doa semua pembaca kat sini. Tapi aku malu nak siarkan nama betul aku huhu.
Tapi aku minta pembaca kat sini tolong doakan aku dapat mendirikan rumahtangga dengan jodoh terbaik dan sekufu untuk aku tahun depan 2023. Tolong doakan tau!
“Semoga penulis confession ni berkahwin dengan jodoh yang baik dan sekufu buatnya di tahun 2023” aamiin..
Terima kasih kerana sudi baca..
– Nurin (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit