Ada Sesuatu Yang Tak Kena

Aku sebagai seorang emak rasa ada sesuatu tak kena dengan dunia pendidikan apabila terbaca luahan cikgu-cikgu di page ini.

Entah di mana silapnya sehingga ada cikgu-cikgu yang malu nak mengaku dirinya seorang cikgu di luar sekolah. Kenapa terjadinya hal sebegini?

Tujuan utama aku hendak menulis mengenai hal ini kerana terbit sedikit kebimbangan mengenai sikap cikgu-cikgu yang meluah perasaan di page ini sewaktu di sekolah.

Bila baca confessions mereka, aku dapat rasa mereka dalam keadaan burnout dan tidak ada jiwa untuk mengajar.

Risau dan bimbang juga aku sebagai ibu jika ada antara mereka tidak dapat mengawal perasaan dan emosi melakukan perkara tidak sepatutnya terhadap anak-anak murid.

Yang paling aku bimbang jika ada cikgu yang naik tangan terhadap anak-anak murid tanpa sebab akibat daripada tidak dapat mengawal emosi.

Marahkan orang lain, anak-anak murid yang jadi mangsa. Anak-anak murid pula jadi trauma dan terbawa trauma tersebut hingga besar.

Persoalan yang kerap timbul di fikiran aku apabila membaca luahan-luahan cikgu-cikgu tersebut ialah takkan tak ada saluran yang betul untuk mengadu masalah selain mengadu di page ini?

Tiada NGO yang mengambil berat hal-hal gurukah? Banyak Pros dan Cons apabila meluah di page sini. Ada yang judgemental dan ada yang berfikiran terbuka.

Bukanlah aku nak cakap cikgu-cikgu tiada hak untuk meluah. Tetapi bila terlampau banyak sangat luahan di page ini mengenai cikgu-cikgu dan sekolah seolah-olah ada sesuatu tidak kena dan cikgu-cikgu ini seperti terumbang-ambing mencari penyelesaian sendiri.

Tolonglah masyarakat di luar sana peka dan cakna mengenai masalah-masalah cikgu-cikgu terutamanya melibatkan anak-anak murid.

Berikan solusi yang bernas kepada cikgu-cikgu yang meluah perasaan di page ini. Adakan sedikit simpati dan empati.

Aku rasa berat sangat beban yang ditanggung oleh mereka sehinggakan terpaksa meluah perasaan di public seperti ini.

Hentikanlah perbuatan melontarkan kata-kata kesat dan caci nista. Mulut manusia di luar sana pun boleh tahan memberi “pendapat” kalau melibatkan isu-isu cikgu. Semua tak kena.

Belum lagi ada ibu bapa yang terlebih rajin cungkil sesuatu perkara yang terjadi di sekolah dan memperbesarkan hal tersebut sehinggakan menjadikannya sesuatu isu dan tercetus viral.

Dan akhirnya, netizen satu Malaysia masuk campur marahkan cikgu-cikgu tanpa usul periksa.

Pada pendapat aku yang mungkin betul dan salah ini, terlampau banyak gangguan daripada pihak-pihak luar yang tiada kena mengena dengan institusi pendidikan. Biarkan cikgu-cikgu handle sekolah dengan cara mereka sendiri.

Sejak bila entah cikgu-cikgu mengambil alih tugas Adun? Ada ibu bapa datang sekolah bertanyakan tentang bantuan dan sebagainya.

Sekolah bukan tempat khidmat masyarakat. Tolonglah jangan ganggu cikgu-cikgu dengan kerja-kerja luar bidang pendidikan.

Cadangan aku ialah kurangkan program kolaborasi antara KPM dan kementerian yang lain. Terlampau banyak program kementerian lain yang melibatkan cikgu-cikgu.

Hendak salurkan sebarang bantuan pun perah keringat cikgu-cikgu untuk edarkan borang kepada anak-anak murid. Lepas edar, nak kena buat semakan pula lengkap atau tidak borang diisi. Menambahkan kerja sedia ada.

Dimanakah pegawai JKM dan pegawai banci yang sepatutnya menjalankan tugas melakukan bancian untuk memberi bantuan kepada penduduk setempat?

Kenapa cikgu-cikgu pula yang kena serahkan borang tersebut kepada ibu bapa pelajar-pelajar untuk di isi?

Esok lusa jika tak dapat bantuan,cikgu-cikgu juga kena hadap maki seranah ibu bapa terbabit.

Itu antara salah satu contoh tugas cikgu-cikgu yang aku tak faham kenapa sekolah yang kena handle.

Jangan jadikan sekolah tempat collect data untuk kementerian-kementerian lain. Mudah sungguh lepaskan tangan kepada cikgu-cikgu untuk handle semua benda. Sungguh aku tak faham dengan situasi ini.

Tolonglah pakar-pakar dan PTD yang bijak pandai di semua kementerian turun ke sekolah menilaikan semula kerja-kerja cikgu-cikgu melibatkan kementerian-kementerian lain ini.

Kurangkan beban cikgu-cikgu. Macam manalah cikgu-cikgu tak burnout kalau terpaksa handle kerja orang lain?

Itu contoh yang dapat dilihat dengan mata kasar aku. Yang masalah dalaman sekolah yang terpaksa cikgu-cikgu hadapi mungkin lebih banyak. Hanya cikgu-cikgu yang tahu beban kerja mereka.

Kita sebagai orang luar tak usah menambah beban dengan mencadangkan program-program yang tak sepatutnya dengan kerjasama pihak sekolah kononnya untuk mendapatkan nama dan pangkat.

Sikit-sikit libatkan sekolah. Kononnya atas alasan nak mendidik daripada peringkat awal.

Berbalik kepada masalah sekolah iaitu isu bersara awal. Saranan aku, berpada menambah hutang ketika masih muda. Beringat sedikit untuk masa hadapan.

Tahu cikgu senang buat loan Bank Rakyat. Tahu starting gaji around RM 3K. Jangan gelap mata dengan kemudahan yang diberikan.

Buatlah short term dan long term planning mengenai kewangan terutamanya cikgu-cikgu freshie. Berfikir panjang sebelum apply sebarang loan.

Jadikan motivasi hidup apa yang berlaku sekarang ini terhadap cikgu-cikgu yang berniat bersara awal tetapi tak mampu lakukannya disebabkan masalah kewangan dan juga ambil kira dengan keadaan ekonomi tak menentu yang melibatkan pembayaran balik pinjaman yang tinggi.

Apabila sudah lama mengajar dan terasa bosan juga hilang jiwa untuk mendidik, terpaksa berfikir banyak kali untuk bersara awal.

Hendak bersara awal kerana tidak sanggup hadapi tekanan emosi dan bebanan kerja yang banyak tetapi memikirkan hutang-hutang yang belum langsai terpaksa memendam niat tersebut.

Untuk cikgu-cikgu yang mengalami masalah ini,nasihat aku pergilah berjumpa dengan pihak bank dan pihak kewangan yang menguruskan loan anda. Restructure dan replanning loan anda.

Semoga dipermudahkan urusan cikgu-cikgu untuk bersara awal demi kesihatan emosi dan mental.

Bukanlah aku hendak menyibuk mengenai loan-loan yang cikgu-cikgu apply tetapi lebih kepada memikirkan nasib anak-anak murid dibimbing oleh cikgu-cikgu tiada jiwa untuk mengajar.

Hanya pergi sekolah untuk mengajar disebabkan gaji semata. Lain pendekatan cikgu-cikgu yang bersemangat hendak mengajar dengan cikgu-cikgu yang sudah terlalu burnout. Mengajar sekadar mengajar bukan dalam masa yang sama hendak mendidik.

Terlampau sarat dengan masalah hidup sehinggakan tidak mampu peduli hal-hal yang lain sehinggakan boleh memberi beban yang lain kepada cikgu-cikgu lain.

Tercetus pula masalah-masalah lain dengan cikgu-cikgu lain dan pihak sekolah. Masalah emosi dan bersangkut pula dengan masalah kewangan bukanlah masalah yang boleh dipejamkan mata dan dibiarkan begitu sahaja.

Apa yang telah terjadi harapnya dapat membuka mata bakal cikgu-cikgu.

Sebelum nak apply jadi cikgu, tanya diri sendiri layakkah aku jadi seorang cikgu? Mampukah aku bersabar melayan karenah anak-anak murid? Mental dan fizikal aku cukup kuatkah untuk hadap beban kerja yang banyak?

Jangan terbuai dengan perkara indah yang dimomok oleh netizen seperti cuti banyak dan balik awal.

Isu balik awal dan cuti banyak ini pun sudah banyak kali cikgu-cikgu terangkan dan nafikan perkara tersebut tetapi masih ada lagi manusia yang tidak percaya dengan penerangan cikgu-cikgu.

Kepada cikgu-cikgu one time off, janganlah ada pemikiran dan niat untuk apply kerja cikgu sebab gaji tinggi berbanding kerja lama anda. Jangan pasang niat jadi cikgu sebab kemudahan-kemudahan yang cikgu dapat sekarang.

Tak mustahil satu hari nanti kerjaya cikgu pun boleh jadi seperti doktor kontrak dan segala kemudahan yang ada ditarik balik.

– Emak yang bimbang (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *