Terima kasih admin kalau cerita ini disiarkan. Aku sedia untuk dikecam namun aku perlukan pendapat daripada pembaca semua, aku tiada tempat untuk aku ceritakan semua ni.
Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat, kalian semua mesti pernah dengar kan. Perempuan jahat itu akukah dan lelaki jahat itu diakah yang aku kenali sekarang?
Aku ada baca confession berkenaan pencarian jodoh online dan ini pula ceritaku. Aku awal 30an, punya muka yang orang sebut resting bitch face. Maaf cerita ni agak panjang.
Perkenalan dari hujung tahun 2018 sampai sekarang tahun 2022, selepas beberapa minggu kenal aku terus jumpa mereka dan aku terus tanya sama ada nak teruskan atau tidak selepas berjumpa.
Hujung tahun 2018, aku kenal dengan A, muda setahun. Aku teruskan dengan dia sebab good first impression. Dia pernah tolong baiki ada masalah barang rosak dirumah sewa.
Selepas beberapa bulan kenal, kami tidur sama, dan mula lah aku ringan ringan, tapi aku tak sampai berzina.
Selepas dua ke tiga bulan, aku ternampak story ig kawan sama dengan A, aku tanya kawan aku tu dan rupanya mereka kawan satu tempat kerja. Aku tinggalkan dia since dia bukan seorang yang jujur.
Lepas dari kenal A, aku dah stop dan seterusnya aku aktif semua cari jodoh hujung tahun 2019 dan bertemu D.
Aku dan D sebaya, dia seorang yang lembut berbicara tetapi jenis masing masing sibuk dengan kerja. Aku berjumpa dengan D tapi lepas waktu bekerja dan kerap berjumpa waktu malam sahaja.
Kenal beberapa bulan dan akhirnya aku pun tidur dengan D, buat perkara terkutuk. Tapi aku tak sampai berzina.
Fast forward, lama lama disebabkan D sibuk, begitu juga aku, D sekejap ada sekejap hilang. Aku stop contact, dan kami block contact masing masing.
Disebabkan risau mengenai jodoh, aku teruskan cari jodoh awal 2020 dan berjumpa dengan F, lelaki yang boleh katakan putih, tinggi dan idaman perempuan.
Aku teruskan berhubung dengan F sebab dia tolong baiki barang rumah, dan ambil dari balik kerja masa kerja shift malam.
Ahkirnya juga aku tidur dengan F, sama dengan lelaki sebelum ni cuma buat lempiaskan nafsu mereka. Aku masih lagi berpegang dengan taknak berzina dan F pun faham. Fast forward hubungan makin jauh dengan dia. Kami pelan pelan stop contact.
Tahun 2020 juga aku kenal dengan seorang pelajar, aku namakan L, dan aku jadi tempat dia dapatkan duit tambahan. Dan aku bukan bodoh, aku cakap aku bagi pinjam duit dulu.
Sekali lagi, aku pun tidur dengan L dan buat benda terkutuk, dan masih aku yang sama, aku tak berzina. Berzina disini saya maksudkan masuk dalam ya. Beberapa bulan kenal, Z menjauh, tapi sebelum tu dia bayar hutang duit sebelum ni.
Dalam sepanjang tahun 2020 sampai lah awal 2021 sebelum PKP, aku ada juga kenal dengan lelaki lain yang cuma sekejap kejap, ada yang pernah kenal panas baran, siap naik tangan dengan aku.
Ada juga yang baik belikan makanan tapi tak pernah jumpa depan depan. Dan pernah juga kenal lelaki yang dia bawa jumpa mak dia, tapi lelaki tu abaikan aku.
Oh masa tahun ni juga F dengan D ada cari aku semula, since PKP tak boleh nak keluar daerah, aku stop berhubung dengan mereka.
Aku juga bersyukur masa PKP aku tak kenal dengan sesiapa memandangkan sibuk bekerja dari rumah.
Aku pernah stress sangat pasal kerja juga masalah lain dan rasa diri sangat teruk sampai jumpa semua jenis lelaki macam diatas.
Aku ada jumpa kaunselor, tapi aku cuma luahkan pasal kerja bukan cerita berkenaan lelaki lelaki ini. Dan kaunselor tu banyak membantu.
Awal 2022 lepas PKP aku teruskan semula mencari jodoh. Kuatnya aku masih belum give up ya. Aku jumpa lelaki seterusnya aku dah turn off sebab kena split bil, no for me ya. Aku bayarkan bil kami masa tu dan beberapa hari still contact then aku stop berhubung dengan dia.
Aku masih mencari dan aku kenal lelaki yang kaya ada business sendiri, aku tak terkena dengan lelaki ni disebabkan aku boleh finance myself.
Dia jenis yang nak ringan ringan, aku kalau boleh taknak buat benda bukan bukan dah. Aku cakap terus dengan dia aku taknak buat benda tu, then dia faham dia pun stop contact.
Selepas dari tu aku doa sungguh dipertemukan dengan jodoh yang betul betul nama aku dan dia tertulis di luh mahfuz.
Masa bulan puasa tahun ni, aku kenal dengan M, minggu pertama puasa. M tua setahun, bila pandang akan rasa senang tengok muka dia dan energy and vibes kami masuk.
Dia baik bagi aku dan aku selesa dengan dia, dia pun rasa selesa dengan aku cuma dia tak tahu perasaan dia dengan aku apa.
Aku mula luah perasaan dan dia tak reject aku, dia ada kena siapkan plan dia dan dia minta bagi masa dengan aku. Aku teruskan berkawan macam biasa dengan dia.
Kami masing masing sudah tahu cerita family, kawan kawan dan diri sendiri. Aku mula sayangkan M, aku nampak effort dia konsisten dia dengan aku.Kadang kami selalu begaduh, namun masing masing akan berbaik semula.
Ada satu hari topik berkenaan masa lalu, ya aku yang mulakan tanya. M bagitahu dia pernah berzina dengan ex gf dia dulu 11 tahun lepas.
Aku juga cerita yang aku pun pernah buat benda tak elok tapi tidak sampai berzina. M tahu dari cara aku layan dia dan tahu aku masih dara.
M ada cakap dengan aku sepatutnya benda tu tak perlu tahu dan cerita sebab benda dah lepas, dan dia percaya dengan aku sebab tu dia cerita dan aku juga begitu percaya dengan dia. Aku sedikit down bila tau masa lalu M.
Oh ya masa aku dengan M ni aku still contact dengan D. M dah pesan jangan layan or reply chat, terus delete, cuma aku yang degil. Masa ni Z sendiri dah delete chat aku dengan D.
Aku dan M solat lima waktu, kecuali subuh kadang terbabas tapi masing masing ganti atau terus solat walau lewat. Apa yang aku tahu aku dengan Z m tahu kewajipan masing masing cuma masa lalu kami begitu.
Aku ada istikharah tapi belum tahu jawapan dan aku pun minta M solat istikharah juga.
Adulthood dan aku nak cari someone real and stick to one dan aku pegang pada bila ada masalah dalam sesuatu atau perhubungan kena perbaiki bukan terus buang dan tinggalkan, kemana pun kau tak akan jumpa yang sempurna.
Disini aku perlukan pendapat, adakah balasan kepada aku disebabkan perempuan jahat itu dengan lelaki jahat? Terima kasih membaca.
– Tulip (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit