Aku Geram dan Meluat

Aku geram. Ye itu rasa hatiku masa ini. Tak tahu lah samada rasa geramku ini normal ke tak. Harap aku mendapat nasihat disini.

If rasaku ini salah, nasihatilah aku dengan komen2 molek ye. Aku ni jenis hati tisu. Mudah nangis tepi bucu katil if baca komen2 melampau.

Aku emak2 suri rumah. Hobby aku salah satunya melayari facebook.

Main suka2 je lah. Tak adalah sampai lupa masa lupa tanggungjawab.

Aku suka like dan baca komen, tak suka komen dekat mana2 grup atau page.

Suka komen men support kat facebook rakan.

Sekali sekala aku akan posting. Adat posting kat facebook, mestilah kan aku nak letak sebiji dua gambar yang terbaik.

Pendek kata, aku snap 10 gambar yang aku up 1 gambar je. 1 gambar je yang aku anggap perfect dan menepati cita rasaku.

Aku mempunyai agak ramai rakan kat facebook.

Dalam ramai2 rakan ni, ada sorang rakan yang menarik hatiku.

Setiap postingan dia, selalu nak tunjuk dia kaya raya dari golongan t20. Ayat dia selalu tunjuk dia kaya. Gambar2 dia selalu tunjuk dia kaya.

Dia suka if orang puji dia kaya. Dan dia tak segan2 ugut orang nak repotkan orang tu pada polis lah sewa peguam lah if ada orang buat hal dengan dia.

Pantang kena tegur. Tapi suka tegur dan malukan orang lain depan2. Suka jadi tok hakim dan tok ustadzah yang terpaling bijak.

Apapun dia boleh ulas. Kerap bagi2 kredit dan duit kat grup. Jadi semakin ramai orang puji dan percaya dia.

Konon banyak rumah dekat malaysia ini. Banglo ada. Apartement mewah ada. Rumah teres berderet. Kereta dekat 30 buah. Mak mentua dato datin ada company sendiri.

Kenapa aku geram?

Sebab itu semua palsu. Fake.

Kehidupan dia yang sebenar adalah pemiskin tegar. Suami kerja tak tentu. Anak banyak berderet. Diam dekat rumah flat kos rendah. Itu pun sewa.

Gambar2 yang selalu dia pakai adalah gambar gugel ataupun curi dari facebook orang lain.

Dia lebih rela biarkan anak2nya makan bercatu tak kenyang asalkan dia boleh bagi2 kredit dan duit dekat grup.

Semakin aku geram apabila ramai yang percaya gambar2 gugel dan gambar curi itu adalah gambar sebenar dia,

Sehingga ramai juga lah pasangan suami istri yang awal mula aman damai menjadi gaduh berbalah dan berujung pada perceraian akibat compare dengan kehidupan fake member aku ini.

Gambar dia dalam kereta selalu tukar2 kereta.

Memang lah tukar2 kereta, sebab dia naik grab. Dia tak ada kereta. Tapi tak ada sesiapapun yang tahu hakikat ini. Dia pandai menyorokkan rahsia dia.

Baju beli kat bundle, dia akan cakap itu beli kat butik pavilion.

Gambar rumah dari agen2 perumahan, dia akan rembat kemudian dia up dekat grup dan dia akui yang itu adalah rumahnya.

Macam itu juga dengan gambar2 makanan restaurant , hotel, barangan branded…semua lah.

Untuk cover, sebab tak pernah tayang muka pada gambar2 itu, dia akan up gambar masa dekat kfc.

Tambah aku geram dia selalu nak tiru aku. Cara aku cakap, komen, background keluarga aku, keluarga mentua aku, sampai suami pun dia nak tiru bulat2.

Sifat2 suamiku, apa suamiku buat, fisik suamiku, semua tentang suamiku… dia tiru. Konon suami dia macam itu. Dia canang cerita itu kat mana2. Padahal suaminya tak macam itu. Jauh beza.

Sekali dua, aku anggap kebetulan. Tapi if selalu dia buat mcm itu, tak kan lah aku butakan diri dan masih cakap yang itu semua suatu kebetulan.

Ya, aku tau kehidupan sebenar dia. Aku telah berjaya menemui rumahnya, kehidupannya yang sebenar.
Dalam semua bilangan member dia, tak ada 1 orangpun tau kehidupan sebenar dia selain aku.

Bagi aku, apa yang dia buat adalah salah. Aku tau semua orang nak posting yang terbaik dekat sosial media, tapi if ambil gambar milik orang lain, dan diakui gambar itu adalah miliknya, bagiku itu adalah satu penipuan.

Dan hebatnya lagi, aksi dia tu tak pernah kantoi. Dia betul2 berada dalam zone selesa menipu orang lain. Membuat porak peranda rumah tangga orang lain. Merasa diri dia hebat dan gah di facebook.

Masa awal2 mula dulu aku tak kesah sangat. Kubur masing2 kan..

Aku menjadi geram semenjak dia rajin meniru aku.

Dan aku semakin geram, bila tengok rumah tangga member lain banyak yang bermasalah kerana postingan fake member ini.

Cara dia tulis ayat, betul2 boleh psiko sesama wanita supaya push suaminya masing2 untuk memberikan hidup sama macam member ku ini.

Yang aku juga geram, sanggup dia rolling duit pemberianku untuk modal sedekah dia kat grup2 lain, supaya semakin ramai orang yang dok puji2 dia.

Walhal aku bagi sedekah supaya anak2nya tak kelaparan.

If aku tak bagi duit, aku bagi barangan… dia akan pakai duit belanja dari suami dia untuk modal bagi2 dekat grup. Dia tak belanjakan duit itu, sebab aku dah bagi barang.

Aku meluat. Ingin aku tepek gambar kehidupan sebenar dia dekat mana2 grup yang dia follow.

Jahatkah aku if aku berbuat itu?

– Aku (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *