Aku dulu seorang yang sangat sosial…
Keluar masuk kelab malam dengan teman lelaki yang silih berganti…
Berhibur itu cara aku untuk menjauh dari kekusutan dalam rumah…
Aku dibenci oleh ibu kandung sendiri dan aku selalu dituduh pelacur yang ada hubungan sulit dengan bapaku sendiri sejak aku umur 9 tahun…
Semua terjadi sejak adik bongsuku dilahirkan… aku ada 4 adik beradik… segalanya bermula sejak adik kandung ibuku kerap datang rumah ketika ibuku masih dalam pantang dan dia telah bawa cerita yang kononnya bapaku ada perempuan lain…
Aku menjadi saksi atas segala cerita-cerita yang dibawa…
Tidak sangka, cerita-cerita itu semua membuatkan ibuku stress dan depress yang menyebabkan aku yang dibenci…
Parang pernah dihunus kepadaku seawal usia 9 tahun… bila aku lari ke rumah saudara mara yang hanya bersebelahan, aku dihalau kerana mereka rasa terganggu jika ibuku datang cari…
Keselamatanku tiada siapa yang peduli… semua aku hadap sendirian kerana bapaku kerja luar daerah… aku hanya berkurung dalam bilik seharian dan hanya dapat makan pada tengah malam sebaik sahaja bapaku pulang…
Aku mula tidak bertegur sapa dengan ibuku kerana aku hanya diherdik, dimarah, dikutuk dan dihina dengan pelbagai tohmahan…
Aku berkurung sepanjang hari…
Kencing pun hanya dalam botol yang aku sediakan dalam bilik kerana takut untuk keluar…
Segalanya berlanjutan hingga aku umur 17 tahun…
Tingkatan 5, aku mula liar…
Seorang sahabatku yang sekelas sangat sosial dan ada ‘sugar daddy’…
Selalu membawaku ke pusat karaoke dengan teman lelaki mereka…
Kecuali aku… sekolah menengah aku tiada teman lelaki…
Yang menjagaku adalah sahabat baikku…
Walaupun dia ambil dadah dan arak, dia sangat-sangat melarang untuk aku mencuba…
Namun, aku yang sediakala jiwa kosong telah mencuba arak…
Habis SPM, aku bekerja dan telah berkenal dengan seorang lelaki yang aku namakan Dave… Dave tua dari aku 13 tahun…
Sejak itu, aku makin kerap keluar masuk kelab malam mengikuti Dave…
Aku cari ketenangan dengan cara berhibur… masa tu aku selalu berdoa minta Allah izinkan untuk aku hamil anak Dave agar aku dapat kahwin awal untuk keluar dari kekusutan dalam rumah…
Tapi Allah Maha Mengetahui… aku tidak pernah mengandung walau sudah dua tahun perhubungan kami…
Pada satu hari, aku telah dapat panggilan dari seorang wanita yang mengaku teman wanita Dave… sejak hari itu, aku tahu Dave tidak serius denganku… dia hanya sukakan perhubungan tanpa ikatan…
Aku ambil keputusan sambung belajar jauh dari negeri kelahiranku…
Untuk lari dari semua masalah yang telah aku hadap dari 9 tahun dan dari lelaki yang tahu mengambil kesempatan…
Masuk semester kedua, aku buat kerja partime join MLM untuk menampung perbelanjaanku… aku bukanlah dari keluarga yang senang…
Masa tu bapaku sudah tidak bekerja lagi…
Waktu bekerja, aku berkenalan dengan seorang client…
Aku tanya, dia suami orang atau bujang…
Dia terus terang yang dia adalah duda…
Aku tahu dia duda, aku bawa couple…
Kami couple sehari selepas berkenalan…
Sejak dari tu aku tinggal sebumbung dengannya dan kami kerap keluar masuk kelab malam…
“Perempuan yang baik, untuk lelaki yang baik… lelaki yang jahat, untuk perempuan yang jahat.”
Seminggu tinggal sama-sama, aku dapat tahu dia bekas penagih dadah dan pernah masuk penjara… dia juga bertatu..
Tiada yang dia sembunyikan dariku…
Kecuali aku… aku banyak sembunyikan kisah hidupku…
Aku masih meneruskan doa-doa ku agar Allah izinkan aku mengandung agar aku dapat ikat lelaki itu…
Ya… aku ingin kahwin awal agar aku tidak perlu lagi bergaduh dengan ibuku…
Aku hendak kahwin awal sebab aku berfikir kalau aku sudah bersuami, pasti ibuku tidak lagi cemburu buta dan tidak lagi menuduhku bukan-bukan…
Sampai aku berdoa “Ya Allah… izinkanlah aku mengandung anak dia… aku berjanji andai aku mengandung, aku tinggalkan semua perbuatan yang Engkau murkai iaitu zina dan arak..”
Alhamdulillah… Allah jawab doaku…
Aku mengandung selepas 3 bulan perkenalan kami…
Orang lain mungkin sedih dan risau bila mengandung anak luar nikah..
Tapi pada aku, itu rahmat untukku yang Allah bagi…
Kerana itu jalan yang aku ada untuk berdamai dengan ibuku dan keluar dari dunia kemaksiatan…
Anak itu yang aku nanti-nantikan selama ini…
Sebaik sahaja aku tahu aku mengandung, aku bagitau teman lelakiku untuk ajak kahwin…
Dia duduk dan dia tanya aku..
Aku betul serius nak kahwin dengan dia?
Aku jawab ya… dia setuju tapi dia tiada kemampuan untuk hantaran kerana bisnes tengah jatuh teruk… aku ok je…
Aku call bapa aku bagitau aku dah mengandung dan aku nak kahwin…
Bapaku terkejut… kerana bapaku tidak tahu yang aku tunda semester dan tidak tahu aku dah tinggal bersama teman lelakiku selama itu…
Aku dinikahkan bermas kahwin Al-Quran…
Sejak hari pertama aku menjadi isterinya, itulah juga hari pertama aku bertegur dengan ibuku setelah sekian lama bertahun… ibuku peluk dan itulah pelukkan yang rindukan…
Awal perkahwinan, selalu bergaduh…
Sebab kenal pun tidak lama… kami masih dalam proses suai kenal hati budi masing-masing…
Waktu bercinta tidak akan lagi sama sebaik sahaja kahwin… tapi kami sama-sama usaha untuk terima kekurangan masing-masing dan cuba belajar menerima baik buruk… aku mula menutup aurat walaupun belum sempurna…
Sepanjang aku mengandung, suamiku akan bacakan surah diperutku…
Setiap malam suamiku kipaskan dan tepuk sehingga aku tertidur dengan penuh kesabaran…
Setiap hari sebelum tidur aku di cium di dahi, mata kiri kanan, hidung, pipi kiri kanan, mulut, dagu dan leher…
Pakaian, suamiku yang basuhkan sejak awal perkahwinan…
Selepas bersalin, suamiku yang tukarkan pad… kencing berak baby, suamiku uruskan…
Sehinggalah anak kami 5 orang….
Suamiku yang uruskan cuci kain dan urus anak-anak…
Setiap kali aku masak, suamiku teman dan selalu peluk dari belakang cium di leher…
Kemana-mana, kami berpegang tangan…
Setiap kali waktu solat, suamiku imamkan…
Waktu tidurku dan anak-anak, suamiku tiup diubun-ubun bacaan surah Al-Qadr dan surah Insyirah…
Waktu tidurku diwajibkan untuk tidur dilengan suamiku…
Genap 9 tahun perkahwinan, arwah suamiku pergi meninggalkan kami pada bulan mei yang lepas di hari jumaat…
Sebulan sebelumnya, arwah suamiku tiba-tiba jatuh dan koma…
Selama arwah suamiku koma, aku layan dia seperti mana dia layan selama aku berpantang…
Hari-hari aku lap mandikan…
Aku renggangkan otot-otot kaki dan tangan dengan exercise…
Aku buat urutan massage di tapak kaki…
Aku tukarkan lampin tanpa rasa geli sedikitpun…
Aku gunakan kudrat yang ada untuk pusing-pusingkan badan arwah suamiku agar tidak bedsore…
Setiap jam aku bacakan Al-Quran…
Setiap masa aku cium dahi, mata dan pipi agar dia merasa apa yg rutin dia lakukan kepadaku…
Doktor maklumkan arwah suamiku tiada harapan untuk sedar membuatkan aku ambil peluang untuk manfaatkan setiap saat yang ada untuk buat yang terbaik…
Bagi aku, arwah suamiku tetap boleh merasa setiap sentuhanku…
Aku mahu dia tahu yang aku sangat sayangkan dia sampai akhir hayat dia…
Kerana dia adalah hadiah terbesar dari Allah untukku…
Anak sulungku hadiah terbesar kami berdua untuk kami sama-sama berubah…
Kami pernah berimpian untuk sama-sama buat umrah hinggakan aku menangis sebab rindukan Kaabah sedangkan aku belum pernah jejak kaki ke situ…
Belum sampai rezeki kami untuk naik umrah, Allah ambil suamiku…
Allah sayangkan arwah melebihi dari aku sayangkan arwah…
Aku redha… aku pasrah… aku ikhlaskan…
Aku tahu arwah suamiku husnul khotimah kerana meninggalnya keluar airmata dan arwah senyum… InsyaAllah…
Jiran tetangga saudara mara semua yang hadir menjadi saksi senyuman arwah yang terukir diwajahnya yang tenang…
Kulitnya tidak berubah pucat walau sudah lebih 8 jam meninggal…
Arwah hanya seakan-akan tidur….
Wallahu’alam….
Kami sama-sama berubah tinggalkan semua yang Allah larang…
Apa yang aku berjanji kepada Allah, aku tunaikan…
Anak sulungku adalah rahmat dari Allah sebagai asbab untuk kami tinggalkan dunia kemaksiatan…
“Terima kasih Allah untuk segala nikmat yang Kau berikan kepada kami selama ini…
Terima kasih dan aku bersyukur kerana Engkau menjodohkan aku dan meminjamkan aku seorang suami yang sangat baik, penyabar, penyayang dan dapat membimbing diriku dan anak-anak tentang keagamaan..”
Tinggallah aku dan anak-anak…
Doakan aku diluaskan pintu rezeki untuk membesarkan anak-anak dan dapat memberikan mereka yang terbaik…
Buat masa ni aku berniaga kuih-muih depan rumah untuk menampung perbelanjaan…
Kalau boleh aku tidak mahu berterusan mengharap bantuan kebajikan dan zakat semata-mata…
Anak-anakku ramai, kos sara hidup kini semakin tinggi…
Aku mahu melihat anak-anakku membesar depan mata dan menjadi anak-anak yang berjaya..
Doakan aku berjaya didik anak-anak kami menjadi anak yang soleh dan solehah… semoga mereka menjadi insan yang akan sentiasa membuat dan memberi kebaikan kepada agama…
Doakan aku ada rezeki untuk buat umrah bersama anak-anak…
Impianku bersama arwah suami yang tidak kesampaian…
Al-Fatihah untuk suamiku…
*Janganlah kita pernah mendiskriminasikan bekas penagih dadah mahupun bekas banduan… kerana pengakhiran mereka mungkin lebih baik dari kita…
Beri mereka kata-kata semangat dan sokongan… jangan dihina dan dikutuk agar mereka tidak kembali ke lembah hitam semula…
*Mana-mana yang sedang dalam usaha berhenti tu, aku doakan kalian terus istiqomah untuk berubah menjadi lebih baik dari hari kelmarin…
*Hargailah dan layanilah isterimu sebaik-baiknya… kerana sakitmu nanti pasti isteri sahaja yang setia disisi menjaga…
– Daya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit