The Tinder Swindler Versi Malaysia

Assalamualaikum kepada semua pembaca setia IIUM Confession.

Korang pernah tengok cerita The Tinder Swindler? Modus operandi love scam yang dijalankan oleh ‘Simon Leviev’ dalam cerita tersebut sangat licik dan smooth like butter.

Mangsa adalah semestinya seorang perempuan yang fragile dan mudah tertipu dengan perwatakan serta kekayaan mamat tersebut.

Tak nak cerita panjang, aku nak kongsikan serba sedikit kisah yang terjadi dalam family aku sendiri. Aku merupakan anak keempat dari lima adik-beradik.

Ayah aku telah meninggal dunia pada tahun 2019. Alhamdulillah, ayah pergi tanpa sebarang bebanan hutang dan juga meninggalkan simpanan yang cukup untuk ibu meneruskan kehidupan.

Kami semua mempunyai perkerjaan yang stabil. Jadi soal duit tak ada masalah, setiap bulan kami mampu memberikan duit belanja kepada ibu. Cuma kami tinggal agak jauh dari kampung halaman.

Kami tidak mampu untuk pulang ke kampung setiap bulan, kerana kos agak mahal. Jadi kami buat rotation, ikut giliran.

Hal ini dipersetujui oleh ibu kami, kerana ibu memahami tanggungjawab kami untuk berkerja, komitmen dan perbelanjaan tinggal di bandar Kuala Lumpur.

Abang sulung aku, ada mengajak ibuku tinggal dirumahnya. Namun, ditolak mentah-mentah. Kami terpaksa akur dengan keputusan ibu, pada awalnya ibu kelihatan okay dan tidak merisaukan apabila tinggal berseorangan.

Perkara yang membimbangkan akhirnya terjadi, kerana ibu dah pandai main facebook. Aku jadi semakin rajin nak stalk.

Bila aku tengok friend list ibu, banyak yang menggunakan ‘fake account’. Macam mana nak detect fake account ini?

Korang perasan tak? Akaun facebook, yang friend list tak sampai 50 orang ni. Biasanya, terbukti scammer.

Kebanyakkan mereka, berselindung disebalik wajah tampan dan cantik. Mereka juga sering mempamerkan, pekerjaan serta pangkat tinggi di ‘bio facebook’.

Kalau korang go through friend list scammer, dorang banyak berkawan sesama sendiri. Itulah cara mereka untuk mendapatkan kepercayaan daripada orang lain.

Bermula episod ibu, berkawan dengan seorang lelaki ‘mat salleh’ yang berasal dari Texas.

Aku seringkali ternampak mamat salleh ini, ada like dan juga komen dekat facebook ibu. Tapi aku tak ambil pusing. Kerana, ibu mempunyai ramai kenalan di luar negara ketika belajar dahulu.

Aku jadi tak sedap hati, apabila ibu dah mula pandai tag kata-kata romantis untuk ‘Mr J’. Sehingga terbawa-bawa ke status whatsapp.

Jadi aku mulakan reverse psychology, ibu aku seorang yang perahsia. Aku kena mulakan langkah, supaya ibu rasa selesa untuk kongsikan ceritanya pada aku.

Akhirnya, ibu mula membuka satu per satu cerita perkenalan dengan Mr J.

Aku pada mulanya, gembira mendengar ibu akhirnya mempunyai teman untuk berborak. Aku faham, ibu sunyi tinggal berseorangan dirumah. Kami setiap hari whatsapp, call dan juga video call. Mungkin itu tidak memadai.

Ibu cakap Mr.J orang yang baik, mereka berborak mengenai hal hal remeh sahaja. Berkongsi resepi, bercerita tentang haiwan ternakan, berkongsi gambar makanan dan mempunyai hobi yang sama.

Mr.J selalu hantar gambar percutian dengan keluarga, gambar mendiang isterinya, gambar ke pasar, gambar makanan serta gambar nenek dan anak anaknya. Memang nampak sangat dia sedang cuba mendapatkan kepercayaan ibu.

Aku ingatkan mereka sekadar whatsapp, bila aku siasat. Rupanya dah sampai tahap video call. Tanpa membuang lebih banyak masa.

Aku terus menyiasat latar belakang Mr J. Aku cuba guna ‘google image’ untuk mencari kesahihan gambar yang digunakan ialah Mr.J tetapi gagal.

Ibu cakap Mr.J ini berpangkat tinggi, dan merupakan CEO sebuah syarikat besar di US. Masa ni aku memang dah agak, sah scammer. Cuma aku perlukan bukti untuk terangkan pada ibu.

Benda ni jadi macam terlalu cepat, tak sempat nak tarik nafas. Mr.J juga menjanjikan hadiah berupa set barang kemas buat ibu.

Gambar parcel yang ibu terima dari Mr.J sangat mencurigakan. Lalu, aku menggunakan google image untuk memastikan gambar tersebut bukan dicedok dari internet.

Akhirnya, terbongkar yang gambar tersebut diambil dari pinterest dan juga etsy. Mr.J hanya edit alamat dan nama penerima untuk kelihatan lebih realistik.

Aku menyakinkan ibu, bahawa Mr.J adalah seorang penipu. Dengan menghantar bukti yang aku temui. Ibu tidak boleh menerima kenyataan aku. Ibu masih berharap, mereka mempunyai jodoh yang kuat.

Sorry kalau panjang sangat, nanti aku sambung part 2.

– Bilibili (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *