Salam dan hai semua. Alhamdulillah, tak sangka diberikan kerajinan untuk berkongsi kat dalam ni. Selalu singgah baca aje, hari ni terasa nak berkongsi pandangan pulak dah.
Macam biasa, yang namanya pandangan ni, kau nak ambil setuju silakan. Tak nak ambil, abaikan. Simple.
Jadinya, apa aku nak cite ni. Actually, terbit ilham nak tulis bila terbaca confession pasal isteri jeles sebab suaminya ada hati dengan Cikgu Hana tu.
Aku bukan nak highlight pasal si isteri atau suami tapi Cikgu Hana. Mungkinlah eh Cikgu Hana ni single lagi. Jadi aku bukan nak cerita pasal Cikgu Hana, aku kenal dia pun tak. Haha.
Dipendekkan, aku nak cakap pasal para wanita yang masih bujang. Tak kisahlah umur berapa pun. Atau mungkin wanita-wanita yang sudah mencecah usia 30an ke atas.
Di mana mungkin ada tekanan atau desakan untuk mendirikan rumah tangga. Gais… aku pun 30+ juga. Bukan tak teringin nak kahwin. Bukan juga tak doa, tak ikhtiar.
Bukan tak cemburu tengok kawan seusia yang dah kahwin dan beranak-pinak. Tapi, janganlah kerana ada ‘tiket’ perasaan begitu, kita ni tergamak nak sakiti hati orang atau porak-porandakan rumahtangga orang.
Pengalaman akulah sepanjang aku menyingle ni, memang kalau kau ada tarikan yang disukai lelaki… akan ada saja ujian perasaan yang datang. Aku tak tahulah. Tapi sepanjang aku single, circle aku jarang nak ada laki bujang dan banyaknya suami orang saja.
By the way, aku bekerja dalam bidang professional yang perlu berurusan dengan banyak orang. Tak terlepaslah dari berurusan dengan golongan adam ni.
Tapi serius aku cakap, sebaik-baik lelaki orang pun kalau kau tak tetapkan pendirian atau prinsip untuk jaga diri, kau akan terperangkap. Ada suami orang yang bersikap natural, ada yang suka mengusik, ada yang memang kalau bergurau tu dah macam ulat bulu.
Kita jadi perempuan, jaga batas tu. Jaga gap. Bukan saja kena pertimbangkan status orang tu sebagai suami orang tapi sebab kita ni diajar agama supaya jaga tingkah laku dan adab. Berurusan sekadar yang perlu.
Treat semua orang macam rakan sekerja. Tak payah nak ada favourite person di kalangan lelaki.
Tak payah nak layan usikan lelaki. Laki bila dah suka kau, banyaklah dia buat nak buat kau tak senang duduk. Kasi hadiah, puji melangit, usik-usik.
Kalau aku mana yang suka mengusik depan-depan, suka kasi ayat manis terlajak aku memang sound terus ‘haih encik ingat, bini tu tengah bertarung nyawa duk pregnant nak beranakkan anak encik’. Pastu aku gelak-gelak je.
Hati kena kering sikitlah walau hakikatnya perempuan ni suka dijulang² hingga ke awan biru.
Cara aku yang direct macam tu untuk orang yang macam tu alhamdulillah menjadi. Orang tu tak berani dah nak mengusik aku. Tapi bertahanlah pula dilabel sombong dan memilih jodoh lepas tu. Hahaa. Ada pernah lagi …
3 orang suami orang yang boleh aku katakan aku respect sangat sebab figura mereka yang memang di tempat kerja tak banyak buang masa sembang kosong, buat kerja pun clean, bila bagi pendapat terserlah kematangan, nampak identiti seorang suami dan bapa yang baik.
(Ketiga² lelaki ni bukan semua kerja sama tempat dengan aku tau. Aku kenal dan jumpa bila ada event kat luar yang membuatkan kami perlu bekerjasama. Dan mereka dtg sebagai ujian bukan serentak. Tahun lain² ye)
Aku bukan nak pukul rata semua lelaki yang ada peribadi begini. Tapi ini pengalaman aku sendiri. Dalam diam-diam mereka, rupanya ada yang menyimpan rasa juga kat aku.
Mesej tanya khabar, tanya hal² peribadi yang bagi aku tak ada kaitan dengan kerja. Entahlah aku kadang terfikir, aku tersalah bawa diri ke? Intonasi suara aku ni terlebih lemah lembut ke? Atau aku je ke yg overthinking atau perasan lebih orang syok kat aku?
Dan ye… segelintir lelaki akan mencari bunga untuk sekadar dihidu bukan serius pun nak petik. Mereka saja cuba-cuba nak masuk line nak hiburkan diri yang kesunyian.
Jadi kita yang single ni jangan cepat sangat jatuh perasan atau hanyut terbuai dengan puji pujuk rayu lelaki. Kena jadi bijak. Kot ye kalau dia serius nak petik pun, kau kena fikir panjang sebelum rela disunting. Banyak benda nak hadap dan harung.
Kalau aku memang takdela. Mungkin sebab empati aku ni tinggi. Aku duk bayang macam manalah kalau aku jadi isteri dia kat rumah. Lelaki duk puji sayang perempuan lain kat luar.
Alahai sedihnya rasa jadi bini dia. Bukan sejenis aku untuk tengok perempuan lain menangis merana menderita sebab aku. Bukan aku orangnya.
Maaf sangat aku tak pandai nak susun cerita. Nak bercakap pun terabur ni pula nak tulis.
Tapi aku harap sangat-sangat wanita² yang masih single di luar sana, nak buat apa-apa fikir dan jangan mudah sangat hanyut. Jadilah wanita yang ada pendirian dan prinsip. Mahalkan diri.
Dan buat pengetahuan semua juga, aku pun tak sangka akhirnya jumpa juga jodoh dgn seorang lelaki yg single, sedangkan dulu aku dah bersedia nak single sampai mati semata² tak nak jadi perosak rumahtangga orang.
Semua lelaki yang cuba masuk line ni aku kenal baik-baik belaka. Tapi mungkin itulah faktor kekurangan pasangan, masalah rumahtangga, kesunyian etc etc… mereka boleh terfikir nak cari yang lain.
Aku perasan bila kita ni tak gedik, tak melayan, jadi bodoh sikit tak faham diorang punya kiasan²… diorang akan angkat kaki juga. Sebab asalnya mereka lelaki yang baik.
Mereka angkat tangan nak kasi hi-5 , kau angkat tangan lambai dan bla. Tak payah nak sambut nak kasi berbunyi.
Percayalah, kalau kau usaha jaga diri kau, Tuhan akan hadirkan jodoh selayaknya yang terbaik untuk kau. Korang, sekali lagi aku minta maaf kalau perkongsian aku agak berterabur tapi aku harap ada sesuatu kebaikan daripada sharing aku ni.
Aku baru je kahwin, aku minta tolong doakan aku ya. Doakan rumahtangga aku Allah jaga. Doakan aku dan suami aku sama-sama usaha jadi hamba Allah yang taat, pasangan yang saling melengkapi dan berusaha jadi lebih baik, jodoh berkekalan sampai syurga.
Dan aku juga doakan semua yang masih single, dipermudahkan urusan jodoh dan buat yang teruji dengan konflik rumahtangga moga diberikan sakinah mawaddah warahmah dalam rumahtangga kalian. Amin.
Salam sayang.
– Ratu (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit