Just Be Yourself

Banyak confession saya baca berkaitan tentang jodoh, rasa rendah diri pasal paras rupa tak cantik, tiada yang minat berkenalan, bimbang tak berjodoh dan sebagainya. Hari ni saya tergerak hati menghantar confession saya.

Untuk makluman, saya adalah salah seorang confessor yang rajin menulis di sini. Rasanya sudah 30 confession saya tersiar. Guna nama samaran berbeza untuk elak dikenali. Ada yang saya guna nama betul saya juga.

Kali ni saya pinjam akaun kawan saya sebab tak mahu admin detect 30 confession tersebut. Ramai rakan2 yang mengenali saya adalah pembaca tegar di sini. Tolong jangan tag nama saya untuk menjaga privacy saya.

Cukuplah kawan2 saya tahu ini kisah saya kerana saya banyak kongsi pengalaman saya di dalam IIUM Confession dan juga di wall fb saya. Mereka dah cukup tahu kisah hidup saya.

Berhentilah merasa serba kekurangan sebab kurang paras rupa ke apa. Setiap dari kita ada kelebihan masing2. Saya penah rasa down teruk dalam hidup selepas mak saya meninggal, kemudian hilang kerja, patah hati dan sebagainya.

Penah rasa nak cederakan diri. Berharap cepat mati. Hilang selera makan. Susut berat badan. Dah macam mayat hidup juga. Tapi saya bukan seorang yang menyerah kalah. Saya jatuh kerana manusia, saya bangun kerana Allah.

Berdamailah dengan takdir. Cari kelebihan diri kita. Bukan asyik menyalahkan tuhan kenapa saya tak berjaya, kenapa saya hodoh, kenapa saya belum jumpa jodoh dan sebagainya.

Bagaimana saya berdamai dengan takdir? Saya bangun solat tahajud malam2 merintih pada tuhan. Minta bagi saya kekuatan. Allah gerakkan hati saya selepas bermuhasabah.

Saya suka menulis, jadi saya tulis kisah hidup saya, hantar je IIUM Confession, join bengkel penulisan anjuran penulis negeri masa MCO, kelas diadakan secara online.

Saya jadikan memasak sebagai terapi, belajar menu baru dan post resepi di wall fb dan ke group masakan.

Kalau dulu saya cuma boleh masak menu tertentu untuk kuantiti sedikit, sekarang saya sudah boleh masak pelbagai menu, masakan Melayu, Western, tradisional, modern, pelbagai jenis dessert, pastry, cake, kuih muih.

Malah boleh memasak hidangan untuk berpuluh orang. Saya belajar pula cara menghias makanan. Buat macam2 tema, ala hotel, ala hidangan dalam flight dsb. Saya masak dan jamu orang juga.

Hari lahir saya, saya raikan dengan masak dan agih makanan kepada sedara terdekat sebagai tanda syukur. Saya buat candle light dinner untuk diri sendiri dalam rumah. Menikmati makan malam seorang diri dengan penuh rasa syukur.

Saya belajar pasal tumbuhan, tanam dan share tip berkebun di fb dan group berkebun. Tanam pokok buah2an, sayur2an dan pokok hiasan.

Malah boleh ajar plak kawan2 saya. Gigih buat posting untuk educate people, kerana Allah.

Saya tulis cerita zaman kanak2 saya, family, kawan2, pasal pengalaman kerja, prepping, bab agama, motivasi, psikologi, kewangan, sejarah, review buku, masakan, jahitan, traveling dan pelbagai perkara.

Saya aktif di medsos, komen sana sini. Ada yang puji, ada yang kecam dan membodohkan saya juga. Tidak mengapa. Saya sudah tak peduli pasal orang. Kata Dr. Fadzillah Kamsah, semakin kita kurang peduli pasal orang, kita semakin bahagia.

Saya aktif buat kerja2 kebajikan. Bergerak sendirian saja. Kawan2 dan family saya support. Saya dapat ramai kawan baru, circle yang positif.

Rasa bersyukur dilimpahi kasih sayang daripada family dan kawan2 hatta kenalan FB juga.

Malahan, saya dapat banyak hadiah persahabatan dan penghargaan daripada family, kawan2 dan kenalan saya. Sungguh hidup saya berubah selepas saya berubah kepada positif.

Suatu masa dulu saya penah kenal seseorang yang merendahkan saya. Sakitnya rasa dihina mentang2 pangkat dia lebih tinggi, lebih berjaya dalam pekerjaan. Selalu merendahkan saya.

Ada kata2 keramat saya pegang dari seorang penulis dalam novelnya ‘balas dendam terbaik ialah hidup bahagia dan tidak berbuat ape2 (tidak balas perbuatan dia)’.

Tak lama kemudian, saya kenal Mr H menghulur salam perkenalan. Dari segi pangkat dan paras rupa jauh lebih baik dari yang menghina saya.

Sedikitpun dia tak sentuh kekurangan saya yang gagal dalam pekerjaan. Selalu memuji dan sangat menjaga hati saya.

Kadang orang tak pandang kita sebab rupa tapi attitude atau kelebihan lain. Walau bagaimana pun, hubungan kami putus secara baik. Kami masih friend di FB sampai hari ini. Saya pun dah move on.

Tapi bohonglah kalo kata saya tak sedih masa tu. Saya tak menangis tapi saya alih kesedihan saya dengan berkebun. Saya lepaskan geram dengan bersihkan semak, cangkul tanah keliling rumah, tabur benih dan start tanam sayur.

Badan saya letih bekerja sampai tak sedar masa berlalu dengan cepat. Akhirnya, Bendi, cendawan tiram, terung dan jagung yang saya usahakan membuahkan hasil. Saya agih hasilnya kepada family, jiran dan orang kampung secara percuma.

Tiada siapa tahu rahsia di sebalik kerajinan saya berkebun pada masa itu. Bagaimana saya lepas geram saya dan sakit hati saya dengan buat perkara berfaedah daripada menangis meratap nasib diri.

Kalau rasa kita tak cantik, why not awak fokus pada kelebihan lain? Saya penah rasa rendah diri sebab tak bekerja. Zaman sekarang lelaki kan suka perempuan berkerjaya?

Seorang kenalan saya, Dr S bagitahu, ada ramai lelaki yang mahu calon isteri surirumah, cekap mengurus rumahtangga dan baik akhlak.

Bukan semua lelaki mahu wanita berkerjaya. Rasa termotivasi plak bila Dr S cakap begitu.

Ada kenalan bagitahu dia mahu berkawan sebab tertarik cara saya berfikir, lifestyle, posting2 saya tulis dan sebagainya. Katanya saya berbeza dengan kebanyakan perempuan sekarang yang sibuk berlumba siapa paling cantik.

Jadi saya terus moving forward, post benda2 positif kat wall FB saya. Lantak la orang nak baca ke tak. Saya hanya buat apa yang saya suka saje.

Kawan bertambah ramai. Ramai di kalangan mereka golongan profesional tapi sikitpun tak pandang rendah pada saya. Semua bagi sokongan.

Saya tertarik satu kata2 di fb ni ‘love comes when you’re not ready for it, and leaves when you need it the most’. Belajarlah sayang diri. Bila kita sayang diri. Kita dah tak kisah siapa nak datang dan pergi.

Bila cinta pergi, biarkan pergi tak perlu tangisi. Jadilah orang yang tabah teruskan hidup. Kadang cinta akan datang ketika kita sudah tidak memerlukannya lagi. Kerana kita sudah faham apa tujuan kita hidup di dunia bukanlah tentang cinta dan jodoh semata.

Pakar Psikologi cakap ‘when you start taking care of yourself, you start feeling better, you start looking better, and you even start to attract better. Be a woman a man needs. Don’t be a woman who needs a man’.

Saya bukan jenis suka tayang muka di FB. Jadi kebanyakan orang tidak tahu rupa saya. Ada lelaki yang menghantar mesej di messenger mahu berkenalan secara serius hanya selepas baca posting saya.

Ada yang berkenan sebab pandai memasak, dia mahu calon isteri suka memasak. Ada yang kata sebab cara berfikir. Taste orang tidak sama.

Ada rakan lelaki yang cakap sesetengah lelaki suka perempuan dominan dan menonjol tapi masih mengekalkan rasa malu dan menjaga ikhtilat. Tidak menayang muka keterlaluan di FB.

Katanya lagi, lelaki akan tertarik pada wanita yang punya ciri2 wife material. Jika awak ada ciri yang lelaki mahu, dia cari la orang yang ada ciri dia mahu. Tak semestinya perempuan tu cantik dan berkerjaya saje.

Ada kenalan bagitahu kawan sekerjanya rendah diri takut di reject kerana tak tinggi. Bagi saya bukan isu rendah tapi wanita yang reject tu bukan jodoh anda. Anda yang meletak gap untuk wanita mendekati anda.

Setiap wanita, punya ciri2 idaman tertentu yang berbeza daripada wanita lain. Saya setuju dengan Dr Azizul Azli, lelaki seksi ialah yang pandai mengurus kewangan. Market lagi tinggi jika ada skill2 lain seperti pandai memasak, bertukang dsb.

Harap apa yang saya kongsikan ini bermanfaat buat yang membaca. Kita semua ada kelebihan. Stop la mengeluh. Mengeluh tidak mengubah awak jadi lebih baik pun. Ubah diri dulu dan tengoklah hasilnya nanti.

Pesanan ikhlas daripada wanita yang pernah tersakiti.

– Miss Secret (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *