REPLY: Kakak Ipar Fake II

Assalamualaikum semua. Aku Amie dari artikel sebelum ini (https://iiumc.com/reply-kakak-ipar-fake/).

Alhamdulillah aku baca semua komen korang. Ramai betul mengeji eh? Takpe, aku ok je. Untuk komen-komen yang membina, aku ucapkan terima kasih.

Aku nak terangkan beberapa perkara.

1) Rumah yang aku dan suami duduk ni bukanlah rumah pusaka. Rumah ke-3 abah mertua aku beli.

Sebelum ni disewakan kepada orang lain tapi disebabkan aku dan suami bekerja di kawasan ni, abah suruh kami tinggal di rumah ni. Aku dan suami menurut saja sebab abah memang berkeras untuk kami tinggal di rumah ni.

2) Untuk pengetahuan semua, Alhamdulillah, kami ada rumah sendiri (atas nama kami berdua). Ramai yang komen untuk aku dan suami pindah keluar.

Ya, kami memang tinggal di rumah sendiri sebelum ini, tapi disebabkan permintaan abah, kami tinggal di rumah abah ini.

Rumah kami kini disewakan kepada orang lain. Semasa kami tinggal di rumah sendiri pun adik-adik ipar memang bertandang ke rumah kami hampir setiap hujung minggu.

3) Kepada yang komen kata kami tinggal free di rumah abah ni, kami tetap bayar sewa kepada abah dengan kadar yang sama dengan penyewa sebelum ini.

Bukan tujuan untuk berkira ke apa, tapi cuma nak betulkan fakta yang kata kami duduk tumpang rumah ni free sahaja.

4) Memang adik-adik ipar aku dah besar panjang. Aku dah slow talk dah pun dengan diorang minta basuh baju sendiri, tapi, apakan daya, aku dianggap macam orang luar. Mana lah diorang nak dengar kata aku.

Kata abang sendiri pun tak dengar, apatah lagi aku ni. Biasalah, diorang dibesarkan atas dulang emas. Tak pernah buat kerja-kerja rumah, semuanya mengharapkan mak yang buat sejak dari diorang kecil.

Daripada basuh baju, lipat baju, gosok baju, cuci pinggan, semualah. Untuk nak mengelakkan konflik, aku basuh je lah. Kalau tak, busuk pulak rumah ni dengan baju kotor diorang tu. Bab lipat memang aku tak buat.

Pandai-pandailah diorang korek baju dalam bakul tu. Tapi kadang-kadang aku terdengar juga perbualan diorang “eh, kak Amie ni tak reti lipat baju macam mak kita kot. Tinggal dalam bakul je macam ni”. Lantak korang lah.

5) Rumah yang aku dan suami aku tinggal sekarang ialah rumah ke-3 abah mertua aku. Rumah ke-2 abah mertua aku terletak tak jauh dari sini juga dan adik ipar aku yang lelaki tinggal di rumah tu bersama isteri dia.

Persoalannya sekarang, kenapa adik-adik ipar aku yang perempuan ni tetap nak balik ke rumah ni setiap minggu dan bukan rumah abang diorang yang lain?

6) Ada juga komen yang tanya, kalau adik aku pula yang datang, ada ke aku nak buat confession macam ni?

Jawapannya, adik aku tak pernah nak bertandang kat rumah ni. Dia selalu juga datang ke kawasan ni tapi kami hanya jumpa di luar saja.

Itu pun dia tanya dulu sama ada aku ada plan lain atau tidak untuk minggu tu. Ini yang dinamakan common sense. Semasa aku tinggal di rumah sendiri dulu pun, adik aku tak pernah datang ‘kacau daun’.

7) Untuk yang komen suruh tinggal je adik-adik ipar kat rumah dan kami suami isteri keluar spend time sama-sama, aku dah slow talk dan bincang dengan suami. Tapi suami aku ni seorang abang yang terlalu bertanggungjawab.

Dia rasa bersalah kalau tinggalkan adik-adik dia, sebab abah dah pesan suruh tengokkan anak-anak perempuan dia. Aku faham keadaan suami aku dan aku tak nak lah bangkang ke apa.

Maka, aku cuba ikhlaskan diri untuk stay kat rumah je. Aku ok je, cuma sebab dah selalu sangat, rasa rimas tu tetap ada.

8) Aku ni tak pernah nak berkira apa pun dengan ipar duai semua ni. Confession sebelum ni aku tulis cuma nak luahkan apa yang aku rasa sebagai kakak ipar.

Kalau aku jenis berkira, memang aku takkan layan langsung adik-adik ipar aku. In fact, aku yang selalu hulur duit belanja kat diorang. Tak pernah pun aku nak ungkit ke apa.

Cuma aku minta sedikit common sense untuk ada rasa hormat time orang lain. Aku cuma ada hari Sabtu dan Ahad je nak betul-betul spend time dengan suami aku. Hari lain masing-masing sibuk.

Korang pun takkan lah takde life sendiri, hang out dengan kawan-kawan, buat aktiviti dengan kawan-kawan. Masa kat kampus lah nak explore macam-macam. Tapi make sure lah explore benda yang berfaedah.

Kesimpulannya, masalah aku bukan besar sangat. Aku ok je dengan adik-adik ipar aku. Aku takde nak masam muka ke apa. Aku sayang diorang macam adik aku sendiri. Cuma itulah, harga sebuah common sense tu mahal agaknya.

Tak ramai yang mampu nak ada common sense. Aku pun dah minta suami aku untuk slow talk dengan abah untuk kitorang pindah balik ke rumah kami.

Tapi, aku rasa masalah adik-adik ipar bertandang ke rumah kami ni takkan selesai juga sebab memang dari dulu diorang macam tu, tak kiralah kami duduk rumah sendiri ke rumah abah. Aku harap satu hari nanti muncul lah rasa common sense dalam diri diorang.

– Amie (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *