Kategori Derhakakah Akak Ipar Ku?

Assalamualaikum. Hai semua. Confession ini sedikit panjang, jadi kalau rajin, silakan baca untuk sama-sama jadi teladan buat kita. Tak ada kaitan dengan kakak ipar fake semua tu ya.

Nama aku Thiery. Berumur awal 30, sudah berkahwin hampir 7 tahun, Alhamdulillah dikurniakan isteri dan anak yang menjadi penyejuk mata. Tinggal di Utara.

Tengok tajuk, mesti macam…. Haiihh….Bukan niat nak judge orang, bukan niat nak jatuh hukum dekat orang, semua tu kuasa mutlak Allah, tapi aku terpaksa confess. Limit dah tak terbendung.

Aku harap sangat post ini sampai kepada tuan badan, sebab kami sayang korang, kami tak nak korang berterusan buat dosa ni.

Post ini akan menceritakan perihal kakak-kakak ipar aku. Wife aku anak bongsu dari tiga orang adik beradik. Sebelum aku start, aku brief sikit pasal mereka

Kak N: Married, ada anak, duduk di KL

Kak H: Single mother,ada anak, duduk dengan parents di Utara

Kedua-dua mereka kerja kerajaan. Skim yang orang pandang tinggi dalam kerajaan. Skim yang orang berebut la nak masuk

Disclaimer: Aku confess bukan sebab nak berkira, bukan sebab rasa tidak adil, tapi nak confess sebab terlalu kecewa, rasa penat sangat masa tengah menulis confession ini.

Aku tahu, tajuk ini jahat, aku tak layak nak hukum orang anak derhaka, itu semua hak Allah, tapi serius, aku penat, wife aku penat, dan kesian dekat anak-anak kami yang turut penat.

Dan kepada biras aku, kalau baca ini, aku langsung tak tujukan kepada kau sebab aku tahu kau tersepit, dan aku langsung tak salahkan kau.

Jadi aku minta maaf kalau kau terasa hati dari post ni.

Rumah mak dan abah wife aku lebih kurang dua jam perjalanan dengan rumah kami. Dalam tahun ini, abah diagnosed ada sakit jantung yang memerlukan kepada rawatan.

Mak pulak, ada darah tinggi. Bila abah diagnosed heart problem, dia selalu rasa penat badan. Kadang-kadang abah nampak tak sihat, mak pun jadi naik darah tinggi dia sebab risaukan abah.

Beberapa minggu lepas, abah ngadu sakit dada. Kebetulan kami balik rumah, then bawak abah pergi hospital private untuk checkup sebab kalau government macam lama sikit.

Bila check, specialist bagi referral letter ke emergency hospital government untuk abah warded sebab memang memerlukan untuk procedure dilakukan dengan cepat.

Jadi bermula dari petang tu, ada beberapa siri peristiwa yang menyebabkan aku meletop, dan sesabar-sabar isteri aku pun, meletop jugak.

Dan semuanya bertitik tolak dengan perangai akak-akak ipar aku. Cerita Kak H tak berapa banyak, satu sebab memang dia tu jenis yang tak ambil port, lagi satu sebab cerita dia berlaku sehari je. Kak N ni yang banyak.

Tapi kalau Kak N baca, dia rasa ada pilih kasih, kalau kau rasa aku tak hentam Kak H compare dengan kau, sama macam kau rasa mak pilih kasih antara Kak H dengan kau,

Aku rasa kau boleh la berhenti kerja sebab aku rasa kau tak cukup kompeten untuk kerja dalam skim kau sekarang. Tu je aku mampu cakap. Kang aku mencarut, kau simpan pulak.

Okay sekarang aku start dengan Kak H. Flashback sikit pagi sebelum hantar abah pergi hospital. Mak bagitau dia yang abah tak sihat tu, tengah tak sedap badan. Kau tahu respon dia “Owh, ye eh”. Dan dia berlalu pergi begitu saja. Wehhhh, bapak kau sakit jantung, tu je respon kau?

Tu satu kisah. Petang tu, lepas dah dapat referral letter, mak dengan wife call Kak H nak inform yang ktorg nak bawak abah ke KL untuk further action.

Dan masa tu mak dah call mak cik untuk datang duduk rumah sebab nak tolong tengokkan anak Kak H, tolong siram pokok, tolong bagi kucing makan (dekat 10 ekor).

Respon dia, dia ambik mak cik lagi dua hari sebab malam dia ada kelas. Tau kelas apa? Kelas Bahasa. Kelas yang saja-saja ambil nak tambah ilmu Bahasa.

Weh, aku dengan bini ambik EL sebab abah macam tu, wife aku ada Board Meeting, tapi duk fikir abah ni sakit, dan sakit jantung bukan boleh buat main. Ni bukan kena ketuat dekat kaki.

Lepas tu, mak arrange untuk mak cik datang duduk rumah bukan sebab lain, tapi sebab at least nak ada orang tolong tengok anak dia tu, dan secara tak langsung kebajikan kau jugak.

Kau tu dah la dekat rumah memang haram la nak tengok kau buat keje rumah, urus anak kau sendiri pun kau malas. Ni mak dah susah-susah arrange sebab duk mikir pasal anak kau yang nanti terabai tu, kau boleh pulak lagi pentingkan kelas Bahasa tu. Kau nak kejar apa weh?

Kau nak belajar Bahasa tu nak buat cakap nanti dalam syurga? Tu bukan Bahasa syurga pun weh. Mak ni balik je hospital, mintak aku berhenti dekat kedai sebab nak standby beli makanan untuk anak kau.

Sebab dia tahu, kalau nanti dia tak beli, memang anak kau nanti tak makanla gamaknya. Okay aku berhenti setakat tu pasal Kak H. Kalau ikut banyak lagi, tapi cukupla tu.

Seterusnya, kisah Kak N. Hari yang sama lepas dapat referral letter tu, ktorg gerak gi rumah aku. Separuh jalan nak ke KL. Esok pagi kita orang sambung gerak, terus shoot pergi Hospital. Settle urusan abah untuk warded, kami book Airbnb even sebenar boleh je duduk rumah Kak N.

Tapi book Airbnb salah satu sebab dekat dengan Hospital walaupun pada hakikatnya mak dan Kak N ada silent war. Then duduk dua malam Airbnb, kami decide nak duduk rumah Kak N sebab dia ajak.

Duduk rumah Kak N, dia sepatah haram tak bercakap dengan mak, sebab merajuk dengan benda yang berlaku 3 4 minggu sebelum tu. So sebab dia masih merajuk dengan mak, mak decide untuk direct pergi hospital tunggu abah.

Lepas hantar mak, ktorg balik rumah parents aku sebab tak jauh sangat, aku dengan wife nak buat kerja dan nak minta adik aku tolong tengokkan anak kami kejap. Dah banyak hari kami cuti (kami boleh request wfh).

So memang minta Kak N uruskan makan mak dekat hospital since dia cuti.

Dalam tengahari tu mak call kami untuk ambil dia, tapi since Kak N cuti, kami minta dia ambilkan. Ayat dia masa suruh ambil mak dekat hospital “Dah ambil, tak hantar balik dah”.

Dalam erti kata lain, kalau mak nak pergi hospital, memang dia tak hantar dah. Masa dekat rumah Kak N, dia langsung tak tegur mak sebab merajuk tu. Nanti aku cerita asal-usul merajuk tu.

Petang sikit macam tu, abah call cakap dah ready nak naik ward. Mak call minta kami ambil dan hantar ke hospital sebab Kak N busy sebab ada orang hantar barang kat rumah dia (baru pindah rumah).

Ok fine, boleh terima lagi. Tapi masa tu kami ada kerja kena submit jadi lambat sikit nak pergi ambik mak.

Masa tu macam dalam kepala fikir mungkin Kak N memang busy sebab orang masih ada dekat rumah dia, tapi sampai rumah dia, tengok barang-barang semua dah siap transporter hantar, dia tengah unboxing barang-barang dari kotak.

Perjalanan kami ke rumah dia dekat 40 minit, whereas rumah dia dengan hospital 10-15 minit je. Memang meletop weh masa sampai tu, Aku memang maki habisan dalam hati. Memang segala jenis makian keluar.

Biras aku ada offer nak hantar, tapi masa tu since kami dah gerak, jadi mak cakap takpe.

Dia yang jadi nak meletopnya sebab kalau la Kak N tu otak dia boleh pikir yang abah tengah sakit dekat hospital, dan letak tepi la merajuk tu, maksudnya mak pun takdela makan hati dengan cara dia treat mak. Tapi masalahnya, otak dia tak dapat fikir macam tu.

Dalam kereta masa nak ke hospital tu, memang aku luahkan perasaan juga dekat mak. Memang aku dah tak tahan dengan minah yang jenis takde common sense. Dia langsung tak piker yang kami punya anak lagi kecik compare dengan dia.

Ke sana sini bawa anak, dan masa tu anak aku tengah ada diarrhea yang pakai pampers pun tembus. Masa tu memang aku bgtau mak, kalau aku sembur minah tu, memang sampai 10-15 tahun dia tak tegur aku.

Tapi ayat mak “Nanti awak (refer ke wife aku) bagi tahu la elok-elok dekat Kak N tu. Korang tu tiga beradik je, nanti janganla bila mak dah takde korang bergaduh”.

Dia pernah merajuk dengan mak dia sampai setahun tak tegur weh. Ni kalau aku bagi atas kepala, dengan aku yang jenis kalau dah meletop, setinggi-tinggi ego kau tu aku boleh pijak macam tu je.

So kalau ikut, masa ambil mak tadi, Kak N ajak tido rumah dia, so masa tu ok jelah. Even dalam hati masa tu tengah meletop. Tapi masa tunggu mak jumpa abah dekat hospital, aku discuss dengan wife, aku malas nak tido rumah dia.

Rasa sakit hati, tapi atas beberapa sebab teknikal, kami jadi juga tido rumah dia. Memang dekat situ aku terpaksa buat “poker face” juga even dalam hati memang rasa nak sound je atas kepala dia, tapi duk fikir nanti mak dia lagi pening pikir, so aku simpan jelah.

So keesokkan harinya, kami checkout rumah Kak N, kami hantar mak, then balik rumah parents aku semula untuk buat kerja sikit. Sempat la buat kerja sikit sebanyak. Tengahari mak minta ambil sebab dia macam letih.

So kami ambil mak, aku bagitau wife, aku nak duduk dekat hotel yang semenggah sikit, duit letak tepi, aku nak reward diri kami dan nak bawa mak tenangkan diri. Kecewa weh. Kesian dekat mak bila anak-anak perlakukan mak abah macam tu.

Lepas dari tu, abah di ward beberapa hari. Kami sambung duduk Airbnb, memang tak duduk rumah minah tu. Aku dah terlalu benci nak mengadap muka minah tu.

Ok aku cerita kenapa Kak N merajuk dengan mak. Sebabnya dia ambil apa mak cakap literally. Mak cakap “kalau boleh mak tak berapa nak datang sebab keadaan abah (referring to abah sakit jantung), tapi sebab dah beli tiket, jadi kami datang la jugak”.

Ceritanya abah ada urusan dekat KL, tiket dah beli, tapi urusan tu cancel last minute. Kebetulan pula anak Kak N ada dekat rumah abah. So kira anak-anak dia naik flight sekali la. Jadi even urusan abah cancel, mak dengan abah still datang sebab nak bawa anak Kak N.

Jadi bila mak cakap macam tu, dia refer tu dia tak nak datang sebab condition abah, bukan sebab taknak datang rumah dia. Tapi boleh pulak si B ni pikir mak taknak datang rumah dia.

Disamping sebenar mak kecik hati sebab mak ada request something dengan dia, tapi terus kata NOOOO!!!! NOOOO and NOOOO…Without giving any other options. Kecik la hati orang tua tu. Tu yang dia terus nak balik.

Lepas tu boleh pulak dia cakap dekat wife aku lepas mak abah balik “Ingat orang tu boleh la tunggu dekat rumah, sebab akak ada order barang dari shoppee. Jadi kalau barang sampai, ada la orang dekat rumah. Tapi ni takde orang, biar jelah courier tu letak dekat luar.

Kalau hilang nak buat macam mana”. Ehhhh……baa lip ngang betol la. Kau ingat mak kau tu mak guard ke mangkoooookkkkkk???????. Aku dengar pasal ni terus jadi speechless. Mindset apakah sebegini?

Dan peristiwa tu dah berlaku lebih sebulan, sampai sekarang Kak N masih tak tegur mak, even hari aku tulis confession ini, mak tengah dalam keadaan kurang sihat. Dia lagi rela jadi ego macam tu, dari nak tegur mak dia.

Masa hari abah warded, dia cerita la dekat bini aku yang dia ok je dengan abah (tapi tak contact pun tanya kaba), yang dia ada masalahnya dengan mak.

Eh, mak kau datang jauh, tolong bawa anak kau, lepas tu abah kau tengah sakit, kau masih nak buat sombong ego bodoh macam tu?

Aku ada perasan masa aku update telefon mak, mak ada whatsapp dia, mak yang start untuk break the ice dengan dia, dah nak putuskan silent war antara mereka, but yet, sampai sekarang dia masih bersikap ego bodoh dia tu.

Beza Kak H dengan Kak N ni. Kak H ni dia sejenis yang memang malas. Semua benda dia malas. Dia memang dengan kehidupan dia. Gi kerja, buat urusan dia. Bila minta tolong, bebel.

Dan bebelan dia memang selalu buat mak dengan abah kecik hati. Mak pulak memang selalu je bebel dekat dia sampai tahap mak dah malas dah dia ni. Mak sampai tahap dah “lantak kau la”.

Tapi still la masih bebel dekat dia ni. Tapi satu bagus dia ni, mak bebel dekat dia macam mana pun, marah dekat dia macam mana pun, dia masuk bilik lepas kena bebel dengan mak, esok turun masa nak gi kerja, tegur mak dengan ceria.

Macam tak ada apa, dia tak simpan apa mak bebel. Berbeza dengan Kak N. Dia memang rajin, kadang-kadang selalu bagi duit dekat mak abah, rajin bawa mak abah makan kalau balik, tapi bila mak tersalah cakap je, merajuk dia memang masalah.

Sebab benda kecik pun boleh merajuk. Dan merajuk sampai setahun pernah tak cakap dengan mak. Jadi bila peristiwa abah kena warded ni, yang Kak H tu memang ktorg memang letak tepi dah, sebab tahu dia macam mana, dan dia pun jauh.

Tapi yang masalahnya sekarang yang dekat dengan hospital masa ayah warded, dengan merajuk dia, dengan mak sakit pun kau masih dengan merajuk kau.

Aku nak tutup confession aku yang Panjang giler ini. Kalau korang berdua baca, buka mata, jadilah anak yang berbakti kepada mak bapak.

Korang duk kejar sangat kerja korang sampai mak bapak masuk ward, korang sehari pun tak boleh ambil cuti. Korang duk kejar sangat kerja korang sampai dalam group kami update pasal abah sakit pun korang diam, korang nak kejar sangat kerja korang sampai mana?

Korang ingat dengan kerja korang tu, nanti apa-apa berlaku dekat korang, kerja tu akan backup korang? Nanti takdir Allah korang masuk ward, member-member, staff-staff office yang akan tolong teman korang, hantar makanan dekat korang?

Aku tak boleh digest apa dalam kepala otak korang. Memang korang tak ada common-sense?

Bila lepas benda semua ni berlaku, aku selalu tanya bini aku. Aku persoalkan kredibiliti mereka ini sebagai pegawai kerajaan dengan skim antara terhebat dalam perkhidmatan awam.

Polisi kerajaan korang boleh buat, deal dengan jabatan sana sini, bawah korang ada staff, tapi korang dengan family memang totally fail. Aku dengan bini aku struggle dua minggu.

Kami bukan berkira, kami bukan mengungkit penat, struggle menguruskan mak dan abah, tapi kecewa dengan peranan dua kakak kami.

Mereka kakak, yang patut take the lead, tapi bukan setakat nak lead, peduli pun tidak.

Kalau korang baca confession ini, ingat satu benda, derhaka kepada ibu-bapa ni Allah bayar cash. Aku bukan nak judge korang, tapi aku nak korang pikir, korang tak rasa ke kehidupan korang, especially environment kerja dan kehidupan korang banyak dugaan?

Korang ada terpikir tak urusan kerja korang dekat office banyak ada liku-liku?Korang ada tak terpikir benda tu salah satu puncanya sebab cara korang treat mak dengan abah? Tu satu. Lagi satu, korang ada anak.

Baik macam mana pun korang treat anak korang, even baca la buku parenting macam mana pun sebab nak jadi parents yang baik, tapi korang kena ingat, macam mana korang treat mak abah, benda yang sama nanti anak korang akan buat dekat korang.

Kalau sekarang anak kau nampak yang kau kurang ajar dengan mak abah, korang boleh merajuk dengan mak abah, tak pelik kalau nanti anak kau buat benda sama, sebab dia nampak macam mana korang buat dekat mak abah. Berubahlah weh.

Jangan sampai mama abah dah takde, masa tu korang baru merangkak nak minta maaf. Jadi la anak yang berbakti dekat mak abah, bukan mak abah yang berbakti dekat kau.

Akhir kata, aku bukan nak cakap aku baik. Aku dengan bini aku pun jahat. Tapi korang kena renung balik perkara-perkara yang jadi sebelum ini. Kami taknak korang berterusan buat mak abah kecik hati. Kami taknak korang dapat balasan teruk dari apa yang korang buat.

Sungguh, aku sedih tengok mak dengan abah bila cakap pasal Kak H dan Kak N. Betapa kecewa mak dengan abah anak yang dulu mereka struggle besarkan, tapi cara korang treat sungguh menyedihkan. Semoga Allah bagi hidayah kepada korang.

Mohon para readers doakan semoga kami sekeluarga dikurniakan keharmonian dan kasih sayang antara kami.

– Thiery (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *