Tidak Semua Perkara Kita Perlu Kongsikan

Untuk confession sebelum nya, (https://iiumc.com/anak-luar-nikah-itu-hadiah-dari-allah/).

Hari ni aku nak luah sebab orang sekeliling.

Aku ni ibu tunggal yang kematian suami dan ada 5 orang anak.

Segelintir orang bila baca post-post aku kat fb tentang aktiviti aku dengan anak-anak yang pelbagai, mesti nak komen suruh aku cari kerja.

Post aku kebanyakan aktiviti santai, jual kuih dll..

Sejak suami aku meninggal, takde langsung aku minta duit dari kawan2 untuk besarkan anak2 aku.

Minta duit dari FIL tu ada la.

Itu pun bukan selalu.

Anak2 aku tanggungjawab FIL dan ipar duai aku yang lelaki.

Mereka yang ringan hati dan sedar tanggungjawab tanpa aku ingatkan.

Sejak arwah suami aku meninggal lagi mereka dah start hulur belanja..

(Yang ni, orang islam kena ambil tahu ye. Lelaki jangan culas dalam tanggungjawab anak dari adik beradik lelaki yang meninggal. Ini tanggungjawab kamu sebagai bapa saudara atau datuk.

Di dunia kamu bagi belanja sekadar yang mampu. Jangan banyak duit dalam bank tapi bab ni culas, di akhirat kelak kamu yang jadi termiskin tanpa sedar. Isteri-isteri kena faham ni.

Kamu kena ingatkan suami kamu kalau dibawahnya ada amanah lain iaitu anak-anak yatim yang sebenarnya dibawah tanggungjawab suami kamu. Ini hukum agama dalam islam yang tidak boleh diubah oleh sesiapa dan tidak mampu dielak oleh sesiapa.

Jika kamu dengan sengajanya mengelak dari tanggungjawab, kamu juga dikira bersubahat dalam mengabaikan amanah. Anak-anak ini selagi dibawah umur, selagi itu dibawah senarai tanggungjawab..)

Cuma kawan-kawan dalam fb je yang suka komen suruh aku cari kerja.

Mereka nampak aku ni post aktiviti dengan anak seolah-olah minta sedekah sampai nak push cari kerja..

Tiada apa yang aku nak kejarkan di dunia ni untuk bekerja makan gaji sedangkan perbelanjaan semua alhamdulillah cukup untuk masa ni..

Aku dulu tak tahu solat langsung..

Sebab dah lama tinggal semua tu di zaman meningkat remaja menyebabkan aku lupa setiap bacaan.

Bukan salah ibu ayah aku. Sebab ayah aku ada usaha hantar aku mengaji. Ibu aku tak sihat. Ada aku ceritakan dalam luahan sebelum ni ibu aku sakit apa.

Perkahwinan aku yang banyak menyelamatkan aku. Boleh baca kisah aku dari post sebelum ni bagaimana aku boleh kahwin awal. Ada sebab.

Bila aku dah kahwin, aku minta tunjuk ajar dari arwah suami aku.

Anak-anak aku semua dah hafal beberapa surah, aku baru surah al-fatihah dengan 3 qul je.

Mungkin sebab umur dah meningkat, lembab sikit nak masuk otak..

Alhamdulillah aku dapat solat semula bila arwah suami aku imamkan.. Bila arwah mula sakit, aku stop solat. Sebab masih tak pandai nak solat sendiri..

Aku minta arwah belikan aku buku-buku rujukan solat untuk aku belajar. Lepas tu aku rujuk arwah suami aku kalau ada yang tak betul.

Tapi aku lalai. Mentang-mentang arwah suami aku masih ada masa tu, aku malas nak belajar betul-betul sebab ada arwah suami aku jadi imam.

Hinggalah arwah suami aku koma sebulan lebih.

Selama aku jaga arwah sebulan lebih terlantar, aku ambil kesempatan menghafal bacaan-bacaan dan belajar tertib melalui buku dan youtube yang dikongsi ustaz ustazah..

Ruginya aku sini, bila aku perlu belajar sendirian tanpa teguran dari arwah suami lagi kalau ada salah. Sebab arwah suami aku dah koma. Aku sendiri yang lalai.

Sungguh.. Walaupun sudah setahun berlalu tetap aku rindukan setiap tunjuk ajar, bimbingan, didikan dan nasihat dari arwah suami aku.

Tapi kebetulan masa tu aku tengah uzur, aku tak dapat nak solat lagi.

Bila arwah dah meninggal, aku bersihkan diri aku dan mandi wajib. Aku solat ikut tertib tapi bacaan masih banyak yang sangkut.

Seminggu kemudian baru aku dapat solat 100% dengan bacaan dan tertib yang betul. Masa ni aku dah hafal betul-betul.

Sambil aku belajar, aku bawa anak-anak aku sama-sama baca surah. Sebab anak-anak aku dah hafal banyak surah. Aku senang nak hafal bila ramai-ramai baca.

Dah seminggu aku yakin solat aku dah sempurna, aku cari cara macam mana nak ganti solat. Aku ingat-ingat lupa.  Semua tu ada ajar kat sekolah. Tapi bila otak dah pernah enjoy benda lain, semua hilang sekelip mata.

Tapi akhirnya aku dapat. Hanya bacaan niat yang membezakan untuk qada solat.

Sejak dari tu, aku mula solat penuh 5 waktu dan di setiap selepas solat fardhu tu aku akan qada solat ikut kemampuan aku. Kalau takde urusan atau kerja nak buat, aku buat sampai 3x.

Aku dah nampak macam mana suami aku meninggal dalam keadaan senyum dan tenang.

Aku nampak macam mana dia datang dalam mimpi aku dalam keadaan senyum dan tenang. Menyebabkan aku tak nak tinggal solat. Menyebabkan aku nak ganti semua solat yang aku pernah tinggalkan dulu. Allah tahu niat aku.

Terlalu banyak solat yang aku tinggal.

Sebab aku taknak mati dalam keadaan hutang belum terbayar. Ya. Hutang aku pada Allah yang aku tinggalkan selama ni.

Aku nak meninggal dalam keadaan macam suami aku yang tenang dan tersenyum nak mengadap Allah.

(Tapi layakkah aku? Allahu)

Sebab tu aku tak nak kerja makan gaji.

Aku nak focus dengan ibadah aku.

Aku nak ganti semua yang aku tertinggal.

Aku takde keperluan untuk cari duit banyak-banyak.

Belanja yang ada buat masa ni alhamdulillah cukup. Bantuan zakat dan kebajikan untuk ibu tunggal pun ada.

Setiap bulan dari bantuan aku dapat tu aku masukkan RM10 setiap akaun ASNB anak-anak aku. RM50 tu aku peruntukkan untuk simpanan masa depan anak-anak aku.

Tak banyak tapi insyaAllah ada rezeki anak-anak aku.

Bagi aku, makan minum pakaian pendidikan anak-anak aku cukup dah lah.

Allah dah bagi aku peluang macam ni, aku kena rebut. Rebut masa yang aku ada.

Aku taknak lagi lalai dengan duniawi ni semata-mata nak kumpul duit simpanan banyak-banyak tapi ibadah yang wajib pula banyak tertinggal.

Aku bukan kaya nak ganti dengan fidyah. Sebab bertahun-tahun aku dah tinggal solat.

Sekarang tugas aku cuma besarkan anak-anak bagi cukup makan minum, pakaian, tempat tinggal selesa dan bagi pendidikan yang cukup.

Anak-anak aku sekolah kebangsaan dan sekolah agama. Aku yang hantar ambil.

Solat jumaat aku pesan anak-anak untuk ingatkan. Aku usaha hantar untuk anak-anak lelaki aku tahu solat jumaat di masjid tu kewajipan untuk lelaki islam.

Aku cuma penat bila baca komen orang asyik suruh aku cari kerja.

Aku pernah hidup sebagai seorang anak yang dibesarkan oleh ibu yang tidak sihat.. Jadi aku taknak anak-anak aku merasa macam mana aku rasa.

Jadi aku kena tenangkan fikiran aku setiap masa. Tak nak stress.

Aku tenang dengan cara aku.

Aku bahagia dengan cara begini.

Hidup bersederhana dapat tunai solat 5 waktu dan qada solat.

Sehabis solat dapat tadah tangan doa minta pada Allah untuk ibu ayah, suami, anak-anak dan seluruh ahli keluarga.

Semoga aku dan anak-anak terus istiqomah dijalan yang Allah redhai.

Pendosa yang masih meniti mencari redha Allah,

– Daya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *