Hai Assalamualaikum semua pembaca IIUM Confession.. Sejujurnya saya taktahu macam mana nak mulakan cerita saya ni.. Saya harap tiada pembaca yang salah faham dengan luahan saya ini.
Saya Manis, baru berkahwin (hampir 2 tahun) dan mempunyai seorang anak perempuan berusia 7 bulan. Saya menulis luahan hati ini bertujuan ingin mendapatkan pendapat dan pandangan dari pembaca IIUM Confession, harap tiada yang mengecam.
Ceritanya begini, saya mempunyai mak mertua yang saya tak pasti “pura-pura” terima saya atau dia sememangnya ikhlas menerima saya sebagai menantu. Saya dan suami berkahwin pada akhir tahun 2020.
Dari urusan perkahwinan, kebanyakkan saya dan suami yang uruskan tetapi ada juga campur tangan dari pihak keluarga saya dan keluarga sebelah suami tapi kami ikutkan saja demi menjaga hati.
Kami bernikah dan bersanding pada tarikh dan tahun yang berbeza kerana terpaksa mengikut tarikh yang telah ditetapkan tok kadi memandangkan PKP masih lagi berjalan pada waktu tu. Lepas kami sah bernikah, mak mertua saya tak izinkan saya untuk berjumpa suami.
Dia juga tak izinkan suami untuk tidur di rumah mak saya kerana dia kata takut kami terlanjur dan saya mengandung sebelum hari bersanding seolah macam kami ni belum SAH walhal dah SAH sebagai suami isteri.
Pada mulanya, saya akur tapi sewaktu hari bersanding makin menghampiri nenek saya ada bertanya jika kami ada tidur sebumbung sepanjang pernikahan jadi kami memberitahu nenek saya yang kami belum tidur sebumbung.
Nenek saya mengatakan tidak mengapa jika ingin tidur sebumbung kerana sudah SAH dan HALAL. Tapi sebaliknya, mak mertua saya tak izinkan kami langsung walhal mak saya sendiri tertanya tanya kenapa suami saya tidak datang tidur di rumahnya selepas kerja. Hmmm..
Maka, hari bersanding telah pun berlalu. Kami pula telah berpindah ke rumah sewa selepas hari bersanding dan memulakan hidup sebagai pasangan suami isteri.
Sebenarnya mak mertua saya tak suka kami menyewa sebab dia kata membazir. Dia suruh kami duduk dengan dia atau duduk dengan mak saya sebab dia kata rumah mak saya banyak bilik kosong (kakak saya ikut suami duduk dan kerja di melaka).
Dia kata kalau duduk rumah mak saya, makan minum terjaga. Hmmm ingat mak saya orang gaji ke..
Sebulan pertama sepanjang perkahwinan kami, mak mertua saya setiap hari dan setiap masa akan whatsapp suami saya bertanyakan macam2 hal. Pada mulanya saya okay saja mungkin kerana dia rindu anaknya tapi makin lama makin mengganggu kehidupan rumahtangga kami.
Seminggu pertama perkahwinan kami balik ke rumah mertua. Mak mertua saya telah memesan banyak kali (bisik) kepada saya jika lepas “bersama” dengan suami, saya kena kencing dan bersihkan betul2 dengan air di bahagian tersebut. Saya iyakan saja.
Dan lepas saya dah siap2 nak balik rumah kami, tiba2 mak mertua saya panggil saya ke dapur dan memberikan saya PIL PERANCANG untuk 3 bulan. Saya mula2 macam blur tapi saya ambil je pil tu demi menjaga hati mak mertua dan mengiyakan je apa dia cakap.
Dia kata awal2 kena makan pil ni supaya tak lekat anak cepat. Kalau lekat anak cepat nanti macam2 kena fikir. Sejujurnya, saya dan suami sememangnya sudah berbincang pasal hal anak ni sebelum kami berkahwin. Kami memang merancang untuk mendapatkan anak.
Bermaksud kami nak stabilkan dulu ekonomi rumahtangga baru kami akan fikir soal anak. Bukan menolak rezeki tapi merancang kestabilan hidup.
Saya tak bagitahu suami lagi pasal pil tu. Bila dah balik rumah baru saya bagitau. Then, bila dia dapat tahu.. dia suruh saya buang je pil tu jangan makan langsung.
Dia suruh saya pura2 dah makan bila mak mertua tanya. Tapi saya tak buang, saya simpan just incase mak mertua saya dok tanya2.
2 bulan berlalu, mak mertua saya masih lagi contact suami saya setiap hari. Setiap 7 pagi, 10 pagi, 12 tengah hari, 2 petang, 5 petang, 7 malam dan 9 malam. Bukannya suami saya tak call mak nya tapi mak nya asyik contact anaknya.
Saya okay dia nak whatsapp anaknya tapi kalau 10 kali sehari asyik tanya hal yang sama dan setiap hari pulak, siapa tak rimas. Kalau mak mertua whatsapp saya pulak, dia memang wajib tanya pasal pil perancang dan akan nasihatkan saya untuk tak mengandung awal.
Dan pesan lepas “bersama” kena bla bla bla. Sampai satu tahap, saya dah tak boleh tahan. Saya luah dekat suami pasal benda ni.
And Alhamdulillah suami saya memahami saya dan dia pun balik rumah mak dia and bincang secara baik dengan mak dia untuk tidak lagi terlalu whatsapp dengan kerap kerana kami berdua memang akan selalu je call dia. Mulanya mak mertua saya tak okay tapi dia akur.
Selepas settle hal suami berbincang dengan maknya, saya fikir dah settle la. Rupanya tak.
Bila saya balik sana, dia akan selalu bisik dekat saya bila suami takda pasal hal kelamin dan pasal anak. Selalu akan pesan jangan mengandung awal. Dan akan bagi PIL PERANCANG tambahan untuk lagi 3 bulan.
Saya pura2 iyakan saja apa yang mak mertua saya cakap untuk menjaga hati walaupun saya dah stress sangat bila dia terlalu menyibuk hal rumahtangga saya dan suami.
Bukan tu je, setiap kali balik sana dia akan suruh kami balik rumah dia kerap2. Kami ni kerja 6 hari seminggu, cuti pun sehari je.
Time cutilah nak spend time dengan suami. Demi taknak dikatakan menantu derhaka, saya akur je balik waktu hari saya bekerja dan bermalam di rumah mak mertua.
Yang saya rasa kesal, suami dah tegur secara berdepan tapi masih tak berubah. Dia tetap akan mengarah arahkan kami macam2 seolah kami ni budak sekolah.
Hari demi hari, saya bersabar sehinggalah sampai saat saya lewat datang period selama 2 minggu. Saya dan suami plan untuk upt test kat rumah dulu, so saya pun buat test and memang double line.
Esok pagi saya pergi klinik, and memang doktor sahkan saya pregnant 5 minggu. Mula2 saya macam takut, tak ready sebab terkenangkan mak mertua saya memang tak suka saya mengandung awal tapi dah rezeki saya terima dengan seikhlas hati.
Saya dan suami plan untuk tak bagitau sapa2 lagi tunggu sehingga kandungan cecah 8 minggu. So dah cukup 8 minggu, kami pun bagitau mak saya dulu. Mak saya memang happy dan excited sebab dia memang nak cucu sebab baru ada sorang cucu anak kakak saya.
Kami berdua tak terus bagitau mak mertua sebab nak tunggu balik rumah dia baru bagitau. So kami pun balik la rumah mak mertua. Malam tu time makan malam, suami saya pun bagitau la pasal saya pregnant.
Reaksi pertama mak mertua saya dia senyap pastu bila suami saya tanya kali kedua, “mak, mak nak dapat cucu baru ni..!”
Dia tetiba terkejut dari lamunan kot and tetiba melatah “oh TERMENGANDUNG” pastu dia macam sedar yang saya tengok dia, dia terus cover cakap “oh Alhamdulillah tahniah”.. itu je.
Takde pun tanya macam2 dan memang dia tak nampak excited langsung. Dia terus tukar topik pasal hal lain.
Esoknya waktu kami nak balik baru dia sebut2 dan bisik dekat saya pasal pil perancang yang dia bagi saya. Tapi saya mengelak sebab suami saya dah pesan untuk elak bila mak mertua tanya dan pura2 tak dengar je.
Pada awal2 saya mengandung, saya diuji tetiba ada keluar spotting dari bawah. So saya pun pergi hospital dan kena warded. And dapatlah mc seminggu untuk berehat kat rumah dan tak boleh buat kerja berat dan kena kurangkan bergerak.
Tapi mak mertua saya kerap whatsapp suami asyik tanya bila nak balik rumah dia padahal baru je balik.
Memandangkan keadaan saya yang baru je nak pulih, suami dah explain baik2 dekat mak mertua tapi mak mertua saya tak faham dan tetap memaksa kami. So untuk puaskan hati dia, kami balik jugak.
Dan ada suatu hari tu saya balik rumah mak mertua untuk bermalam. Malam tu ada lepak2 dengan dia dekat ruang tamu. Time tu suami saya solat isyak. So dia ambil kesempatan tanya bila period terakhir saya. So saya pun bagitau la dia tapi saya tipu2 sikit. Kenapa saya tipu2?
Sebab bila setiap kali balik rumah mak mertua mesti akan period. Tapi beberapa kali jelah. So, lepas dia tanya saya bila last period, dia buat kira2. Rupanya selama ni dia dok kira bila saya last period sebab dia nak tetapkan masa untuk beli saya PIL PERANCANG.
Tapi sebab saya pregnant, dia stop beli. Dia macam kecewa sebab pil perancang tu tak berkesan untuk buat saya tak mengandung.
So hujung tahun lepas saya diuji kena covid time pregnant. Bila mak mertua dapat tahu, dia macam nak salahkan saya sebab tak pandai jaga diri sampai kena covid sebab waktu tu kami pergi bercuti. Padahal kena covid time kat tempat kerja.
So saya pun warded 5 hari dan suami kuarantin kat rumah. Dalam saya tengah kuarantin, boleh pulak dia suruh kami balik sana sebab dia kata dah lama tak jumpa padahal baru 2 minggu tak jumpa.. hmm
So, bila saya dah bersalin dia gaduh pulak bab nama anak saya tapi kisah pulak saya, anak saya sukahatilah saya nak letak nama apapun asalkan maksudnya baik2 kan..
Bila saya dalam pantang, dia pesan kat suami saya nanti dah cukup 2 minggu datang rumah mak pulak. Aduhai saya baru dalam pantang dah atur2 suruh pergi sana pulak macam dia boleh jaga saya padahal dia kerja.
Tapi mak saya berkeras dekat suami saya untuk tunggu bagi betul2 cukup 44 hari baru boleh pergi sana sebab takut nanti bentan ke apa pulak.
So dah settle pantang. Dan saya pun dah masuk kerja. Ada masa dia paksa2 kami balik sana tapi kami tak balik bermalam. Just singgah kejap2 je untuk dia lepas rindu main dengan cucu. Tapi anak saya mesti akan menangis kalau nampak dia.
Kalau dengan pak mertua saya, anak saya okay je gelak2. Alasan dia mesti sebab dah lama tak jumpa padahal kerap2 je jumpa. Kalau dengan orang lain anak saya okay je.
Lepastu bila anak saya dah masuk 5 bulan, dia akan paksa anak saya merangkak. Setiap kali saya singgah rumah dia untuk cucu dia spend time dengan nenek dia, dia akan tanya soalan yang sama iaitu anak saya dah boleh merangkak ke belum.
Dan dia akan paksa anak saya duduk dalam posisi merangkak dan tolak tangan kaki anak saya supaya bergerak bagi merangkak. Every single time bila kami balik sana.
Dalam whatsapp pun sama jugak dia akan tanya anak saya dah boleh merangkak ke belum. Selagi tak merangkak selagi tu dia tanya dan akan paksa anak saya.
Mujur suami saya tegur supaya biarkan anak saya belajar sendiri. Alhamdulillah anak saya 6 bulan lebih dah boleh merangkak.
So dia dah stop tanya bab tu tapi benda lain pulak dia tanya. Dan setiap kali balik, dia akan bisik kat saya untuk merancang betul2 supaya tak lekat anak kedua pulak.
Dia kata biar jarak setahun baru fikir anak kedua. Dalam whatsapp pun sama dia akan ulang cakap benda yang sama.
Jaga anak first ni bagi besar dulu baru fikir anak kedua. Ya, saya dan suami memang dah buat planning. Kami tahu apa yang kami patut buat. Hmm..
Satu lagi masalah, mak mertua saya tak reti memandu kereta. Dia reti bawa moto je tu pun dia kata tak berani g jauh2.
Tapi bila saya balik sana ada je cerita dia keluar ke sana ke sini jauh2 bawa moto. Dia akan selalu suruh suami saya bawa dia pergi sana sini time suami saya kerja.
Dia anggap suami saya boleh keluar time kerja sesukahati. Kalau nak pegi rumah mak saya, suami sayalah kena ambil dan hantar dia.
Saya okay je suami saya berbakti dekat mak dia tapi kalau kerap2 nak suruh bawa situ sini payah jugaklah sebab kami kan cuti sehari sahaja.
Time cuti sehari tu la nak spend time puas2 masa dengan anak. Bila kami ambik cuti dan nak pergi bercuti pulak, mesti dia akan pertikai kenapa kami pegi berjalan. Dia risau saya ni habiskan duit anak dia padahal saya share2 dengan suami.
Bila kami nak bawa dia g makan2 ke g jalan ke dia gaduh pening nak muntah la apa. Taknak makan itu ini. Tapi pertikai pulak bila kami pegi berjalan kata tak bawak dia la apa.
Sebab tu sekarang kalau kami nak g mana2, kami diam je tak bagitau dia sebab taknak dah ada pertikaian ke apa.
Pastu awal2 luahan saya, saya cerita yang mak mertua saya ni jenis suka whatsapp suami setiap hari tu.. bukan dekat suami saya je, dekat mak saya pun sama. Saya taktahu bila dia dapat number mak saya.
Dia ada minta number mak saya waktu kami awal2 kahwin dulu tapi saya cakap nanti saya bagi tapi suami kata jangan bagi sebab dia tak nak nanti mak mertua saya dok kerap2 whatsapp mak saya. Tapi tak dapat nak elak memang mak mertua saya kerap whatsapp mak saya.
Saya sempat la stalk fon mak saya dan memang ada mak mertua saya duk whatsapp. Mak saya tak save number mak mertua saya so susah sikit nak cari chat. Yang saya perasan, mak mertua saya akan whatsapp mak saya pukul 6 pagi, pukul 10 pagi, petang2 sikit dan malam.
Setiap hari atau selang 2 hari. Kadang2 mak saya reply, kadang2 mak saya tak reply. Mungkin pembaca akan kecam saya sebab sibuk2 nak baca whatsapp peribadi mak saya tapi sebab saya dan suami cuma nak tahu apa yang mak mertua saya sembang dengan mak saya.
Rupanya banyak kepura-puraan mak mertua saya dalam whatsapp tu. Dia suka buat macam saya dengan suami tak contact dia langsung.
Whatsapp lama2 sebelum saya pregnant dan waktu saya pregnant, dia suka pura2 tanya pasal keadaan saya, sihat ke tak apa semua dekat mak saya. Padahal saya ni seminggu 4 kali saya akan whatsapp mak mertua saya untuk tanya khabar dan sembang2 sikit dengan dia.
Semua conversation dia dengan mak saya mesti akan tanya keadaan saya konon2 prihatin lepastu dia akan sebut2 pasal rindu anak menantu cucu la lama tak jumpa la padahal kami kerap je balik rumah mak mertua saya.
Sampai tahap, bila kami nak balik rumah mak mertua saya, saya akan update dekat mak saya yang kami nak balik sana. Pastu mak saya pulak, setiap kali saya jumpa dia ke singgah rumah dia kejap ke, mesti soalan wajib dia “tak balik rumah mak ke?” (Rumah mak mertua).
Suami saya sendiri sampai stress sebab mak saya asyik tanya soalan tu. Mak mertua saya selalu sangat “mengadu” konon2 kami ni tak prihatin dengan dia sampai nenek dan mak2 sedara saya perli2 saya.
Katanya saya ni menantu hantu la, derhaka la, menjauhkan suami dari berbakti dengan mak sendiri la. Dan saya rasa, pembaca pun mungkin akan ada yang kata benda yang sama dekat saya. Tapi, tiada siapa yang faham dan tahu apa yang saya rasa dan apa yang saya lalui.
Disebabkan sikap mak mertua saya yang terlalu sibuk hal peribadi rumahtangga kami sampai hal kelamin pun dia sibuk, saya kadang2 rasa macam nak pindah jauh2. Tapi tak boleh sebab kesian dekat mak saya sorang2. Saya dah usaha macam2 untuk ambil hati mak mertua.
Belikan itu ini tanpa berkira wang ringgit tapi sikit terima kasih pun dia tak pernah cakap dengan saya sebab dia rasa yang belikan tu semua anak dia yang bayar bukan saya, walhal saya guna duit saya sendiri. Mak mertua saya memang selalu “pura2” kalau melibatkan saya dan anak saya.
Apa2 dia hanya akan peduli dan kisah pasal anaknya saja. Baru2 ni saya, suami dan anak kena covid kali kedua.
Suami saya dah call dia bagitau yang kami suami isteri positive covid. Anak saya belum positive dan mak saya yang tolong jaga (mak saya tak bagi saya jaga sebab kesian kat cucu).
Tapi selang beberapa hari anak saya pulak positive, so saya pun ambik semula anak saya dari mak saya. So, saya pun whastapp la mak mertua saya nak inform yang anak saya positive covid (kebetulan dia ada whatsapp saya dulu) dan anak saya dah ada dengan kami dekat rumah.
Dia baca dan faham je apa yang saya sampaikan sebab dia dah reply tapi bila suami saya call dia tanya baca tak whatsapp saya, dia kata tak faham apa yang saya cakap. Padahal saya dah explain detail dekat dia.
Yang saya terkilan, mak saya tanya saya waktu nak hantar anak saya ke rumah saya. “Tak bagitau mak mertua ke yang Manis pun positive?” Saya tengok suami saya, dia pun tengok saya.
Kami berdua terus macam eh dah bagitau awal lagi. Siap call dah inform.
Pastu mak saya macam oh okay. Macam tak percaya dengan jawapan saya tu. Seolah olah macam saya menipu pulak.. padahal memang suami dah call inform mak mertua saya yang mulanya suami saya positive pastu saya pulak.
Tapi sebaliknya dia bagitau mak saya. Dia “pura2” terkejut bila mak saya bagitau dia yang saya pun positive covid (dia call mak saya pagi2 untuk tanya keadaan anak saya walhal saya dan suami dah inform awal lagi kat dia). Dan mak saya pun mula la salah faham dengan saya dan suami.
Saya seikhlas hati terima suami dan keluarga mertua walaupun suami saya hanya belajar sampai SPM dan mereka dari keluarga yang kurang senang.
Saya pula dari keluarga yang agak senang dan saya pula mempunyai degree tapi tak pernah sekalipun saya bangga2 sebab bagi saya janji suami saya seorang yang bertanggungjawab dan menjaga saya sebaiknya, itu sudah mencukupi untuk saya.
Benarlah, jika kita dapat suami yang baik akan diuji dengan mertua yang kurang senang dengan kita. Dari SAH nya lafaz akad nikah, mak mertua saya merasakan saya seolah telah “merampas” anaknya dari dia.
Waktu saya berkawan dengan suami, mak mertua melayan saya dengan sangat baik sampai saya rasa tak sabar nak jadi menantu dia. Tapi bila dah kahwin, lain pulak yang jadinya.
Saya pulak jenis tak pernah berkira atau menghalang suami saya berbakti kepada mak ayahnya. Tapi kadang2 sikap mak mertua yang membuatkan suami saya sendiri rasa hilang nak berbakti tapi saya sentiasa pesan supaya jangan buat macam tu.
Nanti saya jugak yang dipandang enteng sebab orang akan kata saya la punca suami saya berubah dan tak berbakti dengan org tua dia.
Hanya saya dan Allah yang tahu betapa peritnya hari2 saya sampai saya jadi tekanan. Stress yang amat. Apa yang saya cerita ni hanya “basic” sahaja belum detail dan banyak lagi yang saya tak ceritakan.
Suami saya memahami saya dan dia pun dah taktahu macam mana lagi nak tegur mak dia supaya mak dia boleh faham dan hormat rumahtangga kami.
Mohon maaf jika cerita saya macam bercelaru atau tak teratur sebab terlalu banyak yang ingin diluahkan tapi takut terlalu panjang.. and saya mohon pembaca share pendapat anda.
– Manis (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit