Kisah cinta bermula sejak zaman sekolah. Dia adalah junior. Aku form 6, dia form 5. Dia, pada pandangan mata aku seorang yang berwibawa. Aku pun tak faham kenapa aku rasa macam tu.
Bayangkan, masa tu dengan beraninya aku cakap nak jadi kakak angkat. Cakap dekat kawan sekelas, eh Mie ko kirim salam dekat dia eh.
Kalau selisih selalu senyum aje. Jalan pun senget2 sebab feeling, suka sangat dekat dia. Sila gelak korang.
Kisah ni panjang, dari zaman sekolah bawa ke zaman universiti akhirnya kami bertunang dan bernikah. Hampir lupa semua kenangan aku dan dia. Sekarang anak pun dah 4 orang. Tapi masih kuat rasa cinta sayang dekat dia.
Ujian selama nikah 10 tahun bukan sedikit. Kereta pernah kena tarik. Surat nak bangkrap berapa kali sampai. Anak tak ada Pampers. Makan bercatu. Pelik kan, kenapa sampai macam tu sedangkan kami lulusan universiti.
Awalnya semua berjalan dengan lancar. Dia kerja di kilang subsea supply. Tetapi 6 bulan lepas kelahiran anak pertama. Dia diberhentikan kerja. Bermula la kisah kami sebagai suami isteri.
Aku pula asalnya seorang pensyarah tapi aku korbankan kerjaya kerana pada waktu tu jarak tempat kerja kami dari hujung selatan Malaysia ke hujung utara Malaysia. Terpulang siapa nak nilai kami.
Entahlah, takdir membawa kami berpindah untuk mencari rezeki tempat baru. Alhamdulillah dapat kerja yang sesuai.
Bab kerja ni, aku buat kerja freelance. Dapat la juga sikit2 tampung keluarga kecil kami. Tak pernah ku ungkit terpaksa bergadai. Semuanya ku serah pada Allah.
Mungkin belum matang, belum ditunjukkan jalan. Aku ikut sahaja.
Aku bersikap sederhana, tidak meminta. Nak cakap ikhlas, hanya Allah yang tahu. Tapi aku serahkan semuanya pada Allah. Aku selalu kenang sikap suami yang sangat ambil berat.
Setiap kali mengandung dan melahirkan dia menjaga dan menemani aku. Tidur di hospital, waktu melawat tak pernah miss. Bagi aku makan kenyang2..
Anak2 semua dia jaga, tukar pampers, malam bangun buat susu, bawa anak ke klinik. Memasak, ampai baju. Kemas rumah, cuci bilik air.
Aku cuma rasa setiap kali jatuh cinta dengan dia. Walaupun dia tidak memberi kemewahan pada aku. Malah, ada yang kata aku silap.
Masa aku baru nikah, aku masih keliru. Aku tanya umi, umi sayang suami ni macam mana? Umi cakap sayang suami sunguh2. Sayang suami betul2.
Masyallah, rasa lega bila umi cakap mcm tu. Sayang aku serahkan pada Allah.
Bila dia tak de kerja tetapi aku yang bekerja orang sekeliling mula memberi tekanan. Dan akhirnya aku juga tertekan.
Kini, dia telah berhijrah atas nama mencari rezeki untuk keluarga. Alhamdulillah, syukur. Cuma, aku yang rasa sangat kekok, sebab sebelum ni dia yang sediakan keperluan aku.
Dia yang jaga anak2. Mandikan anak. Bayangkan anak aku sehingga 6 bulan barulah aku mandikan anak. Sedih juga tapi aku mengalami sakit belakang yang teruk. Jadi kebanyakan kerja rumah dia yang buat.
Kini, aku belajar untuk kuat dgn anak2. Berdoa aku ada rezeki untuk duduk bersama dgn dia. Orang nampak kami terlalu sweet. Jalan berpimpin tangan.
Selalu orang cakap beruntung aku suami rajin menolong. Tapi tak kurang juga mengata suami bergantung pada isteri.
Pada aku, dia bergantung pada aku. Tetapi, aku juga bergantung dan berharap pada dia.
Semasa nak nikah aku dinasihatkan oleh orang yang aku sayang supaya berterus terang dalam rumahtangga. Jangan membebel.
Jadi aku tidak membebel, segala kehendak aku akan minta tolong dengan dia. Dan dia tidak pernah menolak setiap permintaan aku apabila diminta.
Dia sangat sederhana. Tidak nampak cemburu. Tidak marah.
Bila ada isu, kami bergaduh keduanya akan diam. Dia akan jauhkan diri. Itulah cara dia marah, sama macam aku. Tak pernah aku tinggi suara pada dia. Tak pernah aku melawan cakap dia walaupun aku kadang2 tak setuju dengan dia.
Setiap kali tak setuju dengan dia aku diam dan ikut shj. Ajaibnya, apa yang dia cakap akan terlihat hikmahnya. Matang nya seorang lelaki berfikir.
Dia juga selalu dengar nasihat aku dalam hal2 tertentu. Jika kami bergaduh, Akhirnya setelah 3 hari aku akan minta maaf. Tak kisah, siapa salah atau apa isunya. Aku akan approach dia dulu.
Entah kenapa aku takut bila suami marah, suami tak redha. Malaikat melaknat isteri yang begitu begini. Jadi aku sentiasa turunkan ego untuk seorang suami. Maaf kalau ada salah saya part ni.
Aku cuma sayang dia sangat. Sampai ada orang tanya, kalau suatu hari nanti kami berpisah macam mana? Sebab ada je orang anak 6 pun bercerai. Suami ada perempuan lain. Entah, takut aku nak cakap soal berpisah.
Sebab dia sendiri cakap jangan ada perkataan berpisah antara kita. Dia menangis andai aku sebut soal berpisah. Ada kawan yang tanya aku macam tu. Mungkin sebab mereka nampak kami terlalu rapat.
Cakap pun macam pakwe makwe. Cakap lembut, aku ni mungkin jenis yang conservative. Dia pula lurus bendul. Hahaha korang nak gelak, silakan. Setiap yang bertemu pasti berpisah. Berpisah kami biarlah kerana Allah.
Aku nak bagi nasihat pun, aku rasa tak layak. Masih muda usia perkahwinan kami, 10 tahun. Tak ada apa untuk disambut. Untuk ditunjuk.
Aku cuma ikut nasihat untuk aku. Iaitu berterus terang jika nak minta tolong. Jangan sindir dan jangan membebel. Cuma bila dah lama nikah ni aku dah start membebel sambil buat lawak dan kami gelak Sama2.
Pernah aku sakit teruk, 3 tempat kami usaha berubat. Cara moden, cara Islam dan cara kampung.
Dia sabar jaga aku, ubatkan aku. Tumpah air mata aku bila tengok dia.. bila aku tidur. Dia bagi aku rehat betul2 tak pernah dia halang atau kacau aku nak tidur.
Dia akan selimutkan aku dan tutup pintu bilik. Anak2 dia jaga. Aku tidur lena. Bangun fresh sambung buat kerja kemas rumah hahahahah.. sebab dia bila jaga anak hanya jaga anak. Rumah akan bersepah.
Sekarang bila berjauhan, terlalu sakit rindu ni. Setiap benda terbayang dia. Cuma anak2 yang buat aku lupakan dia sekejap.
Doakan kami bahagia hingga ke syurga. Doakan impian kami untuk mengelilingi dunia berdua dimakbulkan Allah.
Dalam rumahtangga mana yang tidak akan bergolak. Aku sendiri tak pasti perjalanan 10 tahun kami yang akan datang. Aku serahkan semuanya pada Allah. Biarlah kami bertemu dan berpisah kerana Allah.
– Alya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit