Air Tangan Mak

Salam buat semua pembaca.. Namaku Wanie, usia sudah melewati 40an. Miliki keluarga kecil bersama suami sejak 16 tahun yang lalu. Namun bukan kisah keluarga kecilku ini yang ingin dikongsi.

Aku punya seorang sahabat yang sangat menggemari masakan ibunya. Boleh kata acapkali juga dia bercerita tentang air tangan ibunya padaku. Malah dia mahir jugak memasak seperti arwah ibunya cuma katanya tak sama macam air tangan mak.

Banyak kenangan yang dia kongsi bila bercerita tentang masakan ibunya. Meriah meja dengan hidangan tiap kali anak² pulang bercuti dari universiti atau yang kerja jauh. 5 anak, 5 menu kesukaan masing² terhidang.

Betapa kasihnya dia pada ibunya, tak pernah luput rindunya pada sang ibu.

Tapi kenapa berbeza dengan aku? Puas aku cuba mengingat masakan mak yang mana aku suka, yang sedap, yang terasa2 di lidah. Tak ada.

Sampai sekarang aku tak jumpa. Rindu.. Apatah lagi.. Kenapa?

Mari aku ceritakan kisah hidupku dulu. Sebaik aku dilahirkan, habis je pantang, mak ayah hantar aku ke kampong untuk dijaga oleh nenek.

Alasan tiada orang nak jaga aku walaupun ayah aku kerja shift malam dan ibu seorang penjawat awam. 3 tahun kemudian, mak beranak lagi.

Adik lelaki ku dihantar ke pengasuh yang rumahnya selang 2 pintu je. 2 tahun berselang lahir lagi seorang adikku dan dijaga oleh pengasuh yang sama. Aku?

Tetapla di kampong. Namun kerana aku sudah betah dengan suasana kampong aku tak heran tu semua, aku kadang tak rasa aku ada mak ayah pun.

Bila aku mula bersekolah, barulah mak ayah rajin balik tambah² bila cuti sekolah. Aku dibawa ke bandar. Terbalikkan? Orang lain cuti sekolah balik kampong, aku cuti sekolah balik bandar.

Tapi sebab aku da besar, tak perlu duduk rumah pengasuh lagipun ayahkan ada kat rumah. Adik² aku sahaja di rumah pengasuh sampailah mak balik, baru aku jumpa adik².

Bermainlah kami seperti kanak² lain. Mula² dulu janggal juga bila ada adik sebab da biasa aku ‘lone ranger’ di kampong. Bila bergaduh siaplah mereka kucubit. Maaflah aku tak pandai lagi nak berkasih sayang sesama beradik.

Abis cuti sekolah aku kembali ke kampong menjalani rutin seperti sebelumnya. Ironinya aku merupakan pelajar cemerlang di sekolah sedari darjah 1 hingga 5. Top 3 dalam kelas. Tiap kali exam dpt nom 1,2 atau 3.

Mungkin ayah mak pernah janji nak bagi reward, maka aku siap conteng dekat dinding rumah nenek aku (curi kapur kelas) no. 1 aku nak ape, 2 ape 3 ape.

Aku takut nak bercakap depan ayah, dengan makpun aku tak bersuara jadi itula cara aku nak sampaikan hasrat.

Habis darjah 5, tiba² ayah mak ambil aku bawa ke bandar. Aku berpindah sekolah. Maka bermulalah rutinku menjadi anak bandar.

Boring rupanya duduk bandar lepas sekolah tak ada kawan nak ajak main (sebab kita tak kenal siapa² lg). Kalau mainpun sekadar di taman.

Takde tinting, takde main getah, takde panjat pokok apetah lagi masuk hutan. Aktiviti aku penuh dengan belajar, tuisyen sebab ada UPSR.

Result UPSR aku dapat 3A 1B. Aku antara harapan sekolah untuk dapat 4A tp aku gagal sebab aku demam sepanjang minggu UPSR.

Ayahla paling marah dan kecewa. Dia nak aku masuk sekolah asrama. Aku dapat 3A takdela teruk mana kan.

Rupenya ayah frust tak dapat show off dengan sedara mara dia dengan result tu. Anak2 adik beradik ayah semua pandai², masuk U, belajar oversea. Tapikan aku baru UPSR.

Masuk menengah, dek kerana aku masih tak mesra dengan ayah dan mak. Mereka rasa aku kurang ajar, kurang adab, kurang hormat pada mereka. Aku seperti juga remaja lain kala ni jiwa remajanya mudah memberontak.

Mak ayah amik sikap ignore. Kerana marahkan aku, aku nak salam sebelum pergi sekolahpun tak diendahkan sebab aku tak minta maaf bila buat salah. Aku keluar rumah tak minta izin, mak ayah lock bilik aku dari dalam.

Aku apalagi pecahkan cermin tingkap dan masuk bilik ikut tingkap. Kat kampong dulu bumbung rumah org lobos, paip air jiran pecah semua tu aku punya kerja. Keluar rumah tak minta izin, kat kampong dulu ok je, maghrib nanti taula nenek aku pekik.

Kadang dia tak pekik tau² dia kunci pintu rumah. Aku pergi rumah jiran tumpang mandi, capai je baju kat ampaian untuk tukar. Malam baru nenek panggil balik sambil membebel tak berhenti.

Waktu aku PMR pun sama, tuisyen siang malam. Tak boleh tengok tv, keluar jumpa kawanpun tak boleh. TV disorok dalam bilik. Kejam betul aku rasa waktu tu. Namun hasilnya cume 3A 5B. Kena marah lagi? Ofcourse!

Aku terasa sangat pelik dan tak adil kenapa tahun sebelumnya abang (adik no. 2) UPSR bole layan tv, main game pulak. UPSR tak de A, tak kena marahpun. Sampai SPM pun adik² aku tak pass. tak kisahpun. SPM aku Gred 1, 13 Aggregat.

Bukanlah cemerlang sangat tapi syukur inilah yang termampu aku buat. Aku dapat masuk ITM, ayah tak suka sebab dia nak aku masuk U.

Aku grad ITM dah jadi UiTMpun. Malahan graduan UiTM antara yang terbaik di Malaysia.

Itu semua ayah aku tak pandang. Maaf aku terskip masa lepas PMR, aku berjaya masuk sekolah Teknik, entahla macamane boleh dapat masuk dengan result 3A tu, rezeki aku barangkali.

5 Tahun aku di UiTM menyambung pelajaran (sebelum ada yang pelik course ape sampai 5 tahun, aku amik diploma 3 tahun dan further degree 2 tahun).

Dan pastinya amat jarang aku pulang ke rumah, kecuali di semester akhir bila mak jatuh sakit aku pulang saban minggu melawatnya di Hospital sampailah saat mak meninggal dunia.

Lepas setahun mak pergi, ayah berkahwin baru. Mungkin ayah kurang kasih sayang, kalau nak kata adik² perlukan mak. Adik aku da abis SPM da pun. Sekali lagi konflik timbul angkara mak tiri pula.

Malas nak cerita panjang dah tentu ayah di pihak mak tiri. Jadi lepas aku dapat kerja yang agak stabil. Aku keluar dari rumah ayah, tinggal menyewa sendiri (walaupun sekangkang kera jaraknya) dan berkahwin kemudiannya.

Alamak sure aku kena kecam sebab cerita terlalu panjangkan. Berbalik kepada tajuk ‘Air Tangan Mak’, setelah membaca cerita diatas, mungkin korang faham kenapa aku tak de moment merasa air tangan mak.

Bukan arwah mak tak pernah masak, masak tapi aku je yang tak ingat. Air tangan nenek aku, aku masih igt nasi goreng cili keringnya, bubur lambuknye, sambal ikannya, sayur beningnya. Tapi sekarang nenek da uzur.

Dah kahwin kenal ngan mertua. Air tangan mak mertua yang aku paling ingat sampai sekarang, sempat merasa 10 tahun sahaja, sebelum dia pergi untuk selamanya.

10 tahun tu sebab hari² aku tumpang makan rumah mertua. Lauk pelik² kat situla juga aku belajar makan. Aku tak pandai masak. Dengan mertua, baru aku belajar masak.

Alhamdulillah anak² suka air tangan aku. Walaupun masakan aku simple². Nasi lemak, nasi goreng, nasi ayam dan nasi minyak antara yang menjadi kegemaran anak². Aku harap anak² tak lupa air tangan aku, macam aku lupa air tangan mak.

Mesti korang pun samakan, rindu pada air tangan mak terutama yang sudah kehilangannya. Al- Fatihah buat mak, mak mertua dan ibu² lain yang sudah pergi menghadap ilahi.

Pesan aku sikit je, walau sesusah atau sesukar manapun hidupmu jangan sesekali buang anak, atau serahkan anak kamu untuk jagaan orang lain waima kepada saudara rapat mu sendiri.

Jauh disudut hati aku rindu kasih sayang mahupun pelukan seorang mak yang aku tak pernah dapat namun aku bersyukur bonding antara aku dan ibu mertua lebih kuat.

Yang Benar,

Anak Mak.

– Wanie (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *