Anak Luar Nikah Itu Hadiah Dari Allah II

Berkenaan soalan-soalan yang ada pada komen post, (https://iiumc.com/anak-luar-nikah-itu-hadiah-dari-Allah/).

1) Tajuk tu minta maaf bagi yang tidak setuju dan tidak selesa.

2) Tiada manusia yang tidak pernah terlepas dari buat kesalahan dan kesilapan.

Bab surah-surah memang tak dinafikan arwah hafal banyak surah dan membaca al-quran juga sangat lancar. Sebaik sahaja bernikah, kami berbincang untuk sama-sama berubah.

Rezeki arwah untuk sempat bertaubat sebelum ajal. Alhamdulillah anak-anak kami lima orang semua arwah bacakan surah sejak dari perut sampai lahir tiup ke ubun-ubun hingga akhir hayat arwah.

3) Ada yang tanya kenapa orang yang berzina dengan perempuan boleh tiba-tiba jadi alim? Ada yang fikir ini kisah sekadar rekaan.

Tapi alhamdulillah itulah nikmat yang Allah bagi untuk kami rasa. Tiada yang direka. Sedangkan guru-guru agama juga ramai yang terpalit dengan tuduhan-tuduhan membuat gangguan seksual dan seks luar tabi’i..

Apakan lagi manusia biasa. Yang salah itu perbuatan individu. Warak bagaimanapun, kalau alpa seketika dengan keduniaan tetap akan tersasar. Itu lah yang jadi kepada kisah lalu kami.

4) Ada juga yang samakan anak luar nikah dengan babi dan anak haram. Semoga Allah beri kamu hidayah dan keampunan. Anak itu lahir dari ikatan yang sah atau tidak, anak itu tetap hadiah dari Allah yang tiada dosanya.

Yang haram itu perbuatan zina dan anak itu tiada salahnya untuk sampai digelar sebagai anak haram. Kerana mulut segolongan macam kamu lah banyak anak luar nikah disisihkan dan selalu menjadi bahan ejekkan di sekolah oleh teman.

5) Kami berubah bukan sekelip mata. Tapi sebaik sahaja menikah, kami ubah slowly. Aku tinggalkan dunia maksiat, arak dan rokok serta merta sebaik sahaja mengandung kerana tak nak tumbesaran anak dalam kandungan terjejas.

Lagipun itu janji diriku kepada Allah. Arwah suami ambil masa beberapa tahun untuk tinggalkan arak dan rokok.

Tapi arwah merokok jauh dari kami dan alhamdulillah arwah sempat tinggalkan semua beberapa tahun sebelum meninggal. Ambil masa tapi bila ada usaha, insyaaAllah pasti Allah beri kemudahan.

6) Jangan salahkan ibubapaku. Mereka tidak salah. Ibuku sakit kemurungan selepas bersalin anak bongsu kerana makcikku yang selalu bawa cerita memburukkan bapaku menyebabkan ibuku kemurungan dan seterusnya sakit.

Bapaku kerja luar daerah untuk mencari rezeki. Tapi tak sangka orang ambil kesempatan ketiadaan bapaku untuk merosakkan fikiran ibuku. Bila aku jadi mangsa ibu yang sakit meroyan,saudara mara pula tidak ambil peduli keatas kami.

Sebab tu ada kes ibu bunuh anak kandung. Kes-kes seperti inilah yang sering terjadi. Kerana tiada sokongan moral dari orang sekeliling. Mereka yang kemurungan memerlukan sokongan moral dan semangat dari orang sekeliling untuk sihat.

7) Ada yang tanya macam mana aku jawab kalau anak tanya bin/binti dia Abdullah.

Aku bagitau anak aku yang kami cuma lewat daftar pernikahan. Selebihnya,kami usaha bagi kasih sayang samarata untuk kelima-lima anak kami. Walaupun besar nanti anak aku faham yang dia lahir d luar ikatan, dia tidak akan pernah merasa terkurang apapun dari kami.

8) Ada yang kata ini adalah cerita sekadar rekaan, itu terpulang dari kalian. Ujian kehidupan kita tidak sama. Bersyukurlah kalau kalian membesar dari keluarga yang sempurna dan tiada cacat celanya.

9) Ada yang tanya kenapa tidak kahwin sahaja dari awal. Kenapa perlu tunggu mengandung?

Kerana kehidupan kita tidak sama. Umurku pada waktu itu belasan tahun. Mana mungkin ibubapaku kahwinkan pada usia yang muda tanpa sebab munasabah. Tambahan pula hubunganku dgn ibuku tidak baik.

Sedangkan aku sedar diriku pada waktu itu perlukan bantuan segera untuk keluar dari dunia kegelapan. Tiada keseronokan pun hidup dalam dunia yang bergelumang dengan maksiat dan arak.

Tapi aku bersyukur Allah jodohkan aku dengan suami yang ada ilmu agama, baik, penyabar dan penyayang yang sanggup bersama-sama diriku untuk berubah kearah lebih baik.

10) Soalan terakhir aku baca, kenapa Allah hadiahkan sesuatu kepada pembuat dosa maksiat?

WAllahualam… Allah bagi hadiah kepada sesiapa sahaja yang Allah kehendak. Tiada yang mustahil bagi Allah kerana Allah sahaja yang maha mengetahui apa yang kita tidak ketahui.

*Selama aku hidup dalam dunia yang gelap, bukan ketenangan yang aku dapat.

Aku cuma dapat lari dari kekusutan tapi aku diburu rasa bersalah dan ketakutan. Tapi aku tiada cara untuk stop. Aku tiada tempat untuk pergi. Sedangkan pergi berlindung di rumah saudara mara dihalau.

Kalian tidak akan pernah tahu bagaimana diri sedang berzina tapi dalam otak fikiran sedang ketakutan.

Takut sekiranya badan tiba-tiba melekat kerana perbuatan zina. Sepanjang diriku sedang berzina, itulah yang selalu membayangi dalam fikiranku.

Bukan kesedapan yang aku dapat. Aku takut kalau Allah izinkan untuk melekat kelamin dan mati dalam keadaan yang mengaibkan begitu.

Aku bukan bermain dengan agama. Tapi itulah yang aku rasa selama itu. Sebab tu aku berdoa minta Allah izinkan aku mengandung. Bagi aku, itu sahaja jalan yang aku ada untuk hentikan semua perbuatan terkutuk yang aku lakukan.

Ya.

Itulah yang Allah takdirkan untuk aku. Selepas menikah, aku dan arwah suamiku dapat keluar dari dunia gelap. Kami sama-sama meniti alam perkahwinan seperti yang aku ceritakan di luahan yang lepas.

Kami sama-sama bertaubat sungguh-sungguh. Kami mampu tinggalkan dunia yang penuh kegelapan dengan bantuan Allah.

Alhamdulillah, Allah masih sayangkan aku dan mungkin sebab dalam hati aku masih ada sekelumit ketakutan kepada-Nya. wAllahualam…

Bagi yang masih didunia kemaksiatan di luar sana, bertaubatlah.

Carilah jalan untuk keluar…

Usahalah.. Pasti Allah beri kemudahan..

Allah beri kemudahan bila kita sungguh-sungguh minta.

Minta maaf banyak-banyak mana yang anggap kisah itu sekadar rekaan dan tidak masuk akal.

Banyak lagi yang terjadi dalam hidupku kalau hendak dicerita selembar demi selembar.

Cukuplah itu sahaja..

Hargailah anak isteri kalian.

Mana yang suami isteri masih keluar masuk kelab malam, sama-sama lah usaha tinggalkan dan bertaubat.

Allah tidak pernah mensia-siakan usaha orang yang ingin berubah kearah kebaikan.

Ini kisah hidupku…

Walau ramai yang tanya kenapa dan kenapa…

Hakikatnya sejarah hidupku tetap akan kekal begitu dan tiada siapa dapat mengubah sejarah..

Sejarah tetap akan menjadi sejarah..

Mana yang baik, jadikan panduan..

Mana yang buruk, jadikan pengajaran..

Sekali lagi, minta maaf banyak-banyak.

– Daya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *