Surirumah Je

Hai. Aku baru je lepas baca confession seorang akak pasal suami dia anak emak tu, (https://iiumc.com/suamiku-anak-emak-2/).

Teringat kat suami sendiri macam ada bayang-bayang nak jadi macam tu, dan aku pun surirumah. Rasa terpanggil nak meluah rasa.

Aku pun surirumah. Aku pun mungkin dalam fasa nak lalui macam akak lalui. Bezanya laki aku masih di fasa boleh di”reset” balik otak dia.

Aku baru je pindah duduk sekali dengan laki aku. Pjj setahun. Pjj setahun tu aku stay ngan umi abah aku.

Bila dah duduk sekali menyewa bagai ni, of course la ada niat nak deco sikit-sikit rumah sewa kasi sedap sikit mata memandang.

Mostly barang rumah umi ngan abah aku banyak bagi macam kerusi makan, tv, mesin basuh dan jugak katil. Umi abah aku sangat faham soal kehidupan kami awal-awal kahwin dan takde masalah ngan suami.

Dah ada tv, aku beli ler perabot tv kat Shopee tu. Togel sangat dinding takde perabot tv.

Haa sekali mertua aku datang rumah dikiasnya aku, “tak payah la beli perabot rumah nanti kalau nak pindah lagi susah pulak nak mengangkutnya pastu rosak atas lori.”

Perabot tv tu tak sampai pun harga 100 kat Shopee. Ya Allah, sentapnya hati akuuuu!

Sakitnya hati aku takboleh nak cerita. Mertua aku cakap macam tu seolah-olah kami ni akan berpindah randah kehidupan kami laki bini.

Siap dipesannya kat laki aku almari pun takpayah la beli membazir, nanti rosak kalau pindah. Sedangkan dia nampak depan mata tu kain baju kami laki bini tersusun atas meja bodoh je dalam bilik.

Masa mertua cakap gitu, aku dah nampak laki aku macam lain yelah mak dia dah tegur gitu rasa bersalah la gamaknya. Elok je mertua aku balik, aku confront ngan laki aku. Aku cakap dan luah macam-macam.

Baru la laki aku macam terbukak balik minda ngan otak tu. Setiap benda yang aku nak buat dalam rumah tu aku buat macam akak tu, planning pastu bagitau laki aku nak buat itu ini.

Rumahtangga kita kan, kita nak yang terbaik dan nak yang harmonikan kerbersamaan kita.

Pastu masa aku balik kampung 2 bulan lepas, mertua aku ada la tanya pasal nafkah yang laki aku kasi.

Aku ni cerita benda yang baik-baik je la siap aku cakap laki aku listkan satu-satu bab nafkah. Duit banyak ni, untuk keperluan anak. Duit banyak ni, untuk keperluan rumah dan jugak keperluan aku sendiri.

Dan aku tak mention langsung berapa yang anak dia kasi bulan-bulan kat aku. Cumanya aku bagitau komitmen anak dia tu untuk kehidupan kami besar sebab baru-baru pindah duk sekali.

Aku taktahu la bila aku cuba tunjuk anak dia ni jaga anak bini elok dan bertanggungjawab buatkan mertua aku tu bersangka-sangka kat aku control duit laki aku. Semua tu aku dapat tahu dari sepupu sebelah suami yang rapat dengan aku.

Sepupu cakap mertua aku call mengadu aku ni control duit, nafkah untuk aku pun mungkin banyak pastu siap mention aku ni berdengki dengan sepupu dia tu sebab cara suami aku buat kat aku sama dengan cara laki sepupu dia buat.

Mertua aku beranggapan aku dengki dengan kehidupan anak saudara dia dan dia cakap “Hawa tu kalau Mat kasi 1000 pun tak cukup. Nak 2/3 ribu baru cukup” Menangis aku sampai macam tu sekali dikatanya.

Sepupu dia tu sangat baik ngan aku dan kitorang selalu sharing tips macam mana nak tolong suami kalau stuck dengan belanjawan hujung bulan.

Dengan nafkah yang suami kasi tu la aku boleh tolong suami aku kalau bulan tu duit dah semput.

Bukan aku guna duit tu habiskan untuk shopping. Ni pun aku dah risau kot mertua aku call dan berkias kat laki aku bab nafkah tu pulak.

Dia seolah-olah takboleh terima kalau anak dia kasi aku duit belanja sebab nafkah wajib dah kasi.

Aku pun taktahu la macam mana sepupu dia boleh terbuka hati bagitau aku semua tu.

Mungkin dia faham kedudukan aku sebagai seorang isteri dan menantu pastu dia pun boleh faham kot kalau mertua dia mengata dia macam tu sedih takboleh nak diluah!

Aku dah 3kali tolak tawaran kerja sebab anak. Laki aku pun buat masa sekarang tak kasi aku kerja sebab kesian dengan anak. Asal balik kampung je aku kena sindir kena kias bab kerja. Kalau ada kerja, duit double. Nak apa-apa senang.

Anak pun boleh dibeli macam-macam. Tapi diorang lupa, aku hilang moment anak membesar depan mata. Pastu setiap kali kena sindir macam tu, laki aku mesti bagi hint nak aku kerja tapi pada masa yang sama cakap kesian dengan anak.

Laki aku mudah termakan kata-kata dari mak dia. Dan Alhamdulillah setakat hari ni aku mampu lagi bersuara dan buat laki aku faham.

Lagi-lagi kami cuma ada motor, kereta takde lagi. Pegi mana-mana pun naik grab.

Aku taktahu macam mana rasanya kalau aku kena hadap macam akak tu hadap. Aku yang hampir nak lalui macam akak tu rasa pun rasa tak keruan.

Aku taktahu nak hadap perangai mertua macam mana. Cumanya aku stick pada pendirian aku. Ni kehidupan kami laki bini. Selagi benda yang aku buat tak kasi masalah kat kami laki bini, aku teruskan.

Tapi buat masa sekarang, aku takboleh nak tengok mertua aku. Aku pun dah lama tak call, videocall tunjuk cucu kat dia. Kecik hati punya pasal. Moga-moga rasa macam ni tak lama. Banyak tahun lagi nak hadap ni hoii.

Semoga kau tabah dan kuat selalu, kak. Semoga semua surirumahtangga kat luar sana mampu hadap semua yang menyakitkan hati. Aku yang baru 3 tahun kahwin ni masih lagi bertatih dalam kehidupan rumahtangga.

Doakan aku juga ya pembaca. Semoga kita semua dimurahkan lagi rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik hendakNYA. Aaamiin :)

– Hawa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *