Akulah Isteri, Akulah Ketua Keluarga

Assalamualaikum. Saya rasa terpanggil untuk meluah selepas membaca confession gaji isteri lebih tinggi.

Hai semua, saya seorang isteri dan ibu kepada 3 orang anak. Saya breadwinner di dalam keluarga kecil kami, kerana suami bergaji rendah.

Kami sekufu sebenarnya, awal perkahwinan gaji kami lebih kurang sama. Tahap pendidikan kami juga sama. Cuma selepas 2 tahun berkahwin, suami diberhentikan kerja, tiada peluang kerja dengan gaji lumayan dan suami agak memilih kerja.

Sehingga hampir setahun suami tidak bekerja serta setahun juga suami tidak menggalas tanggungjawab ketika itu.

Akhirnya sekarang suami terima apa sahaja kerja yang bermula dr bawah, dengan gaji separuh daripada saya. Kami beli rumah ketika suami bergaji tinggi, jadi loan rumah kami agak mahal. Dan sekarang, saya yang menampung bayaran rumah sepenuhnya.

Alhamdulillah cukup-cukup dan saya berlapang dada, walaupun tak dapat shopping untuk keperluan diri. Gaji suami habis dengan bayar hutang dia sendri, bayar bil utiliti rumah dan beli barang2 dapur dan barang2 keperluan anak untuk sebulan.

Alhamdulillah sekurg2 nya sekarang suami nak bertatih galas tggjawab semula, cuma suami tak mampu untuk galas tanggungjawab menyediakan tempat tinggal sahaja.

Gaji saya pula digunakan untuk bayaran loan rumah, kereta, credit card, pengasuh n tadika anak, dan juga expenses harian tambahan, jika stok barang dapur bulanan habis.

Perbelanjaan pada hujung minggu untuk pulang ke rumah mertua, untuk bawa anak berjalan, belanja barang2 tambahan keperluan anak (jika stok sebulan habis), saya akan cover.

Sejujurnya, selepas seminggu gaji, gaji suami akan habis, dan kami bergantung dengan gaji dan credit card saya sehinggalah gaji bulan depannya. saya masih berlapang dada dan anggap ni sedekah jariah saya untuk suami.

Masalah yang mula menghimpit saya dan saya mula berasa ‘sesak dada’ dan pening memikirkan. Keluarga suami. Bukanlah orang senang.

B40 di kawasan bandar. Ayah mertua sole breadwinner. Mak mertua berhenti kerja ketika umur awal 50an, selepas saya dan suami setahun berkahwin, tanpa apa2 masalah kesihatan dan tanpa pencen.

Ayah mertua bakal menjangkau usia 60 thn pada tahun depan, dan mungkin akan berhenti kerja (tanpa pencen), dengan tggungan loan rumah mereka lebih kurg 5 tahun lagi dan ada 1 loan kereta.

Keluarga suami mula memberi hint untuk suami tolong mereka bayarkan loan rumah atau kereta, sedangkan rumah untuk anak isteri pun suami masih gagal sediakan, dan gaji suami pun cukup2 untuk hutang sendiri, bil2 rumah dan duit belanja dapur.

Kalau beri duit 100 dua, untuk belanja dapur mertua InshaAllah boleh, tapi jika suami diminta bayarkan loan rumah dan kereta, kami memang tak cukup.

Kadang-kadang parents suami mesej suami minta duit, saya tumpang sedih sebab saya tau bank acc suami kosong. Saya tau suami sedih tak dapat bantu mak ayahnya.

Saya isterinya pun tak meminta2 duit suami kerana tau baki acc bank suami, malah suami yang akan minta saya duit untuk isi minyak atau topup touch n go atau perbelanjaan miscellenous yang lain.

Suami ada seorang adik perempuan, baru berkahwin dan masih tiada anak. Gaji lebih kurang sama dengan suami.

Adik meminta abangnya untuk share-share loan ayah mertua, sedangkan abang mempunyai tanggungan (3 anak + 1 wife) sedangkan dia tiada tanggungan. Suami pun ingin melepaskan hak faraid rumah mak ayahnya kepada adik perempuannya.

Jadi, tak adil rasanya suami kena tanggung loan rumah parents sedangkan rumah sendiri pun isteri bayarkan. Belanja harian pun isteri topup, suami ada ramai tanggungan dan suami pun tidak mahu tuntut hak faraid dan rela lepaskan untuk adiknya.

Buat masa ini adik ipar menyewa rumah sewa berdekatan rumah mak ayahnya, dengan kadar bayaran sewa sama nilai dengan loan rumah mak ayah mertua.

Untuk pengetahuan, dulu ayah mertua pernah berhenti kerja pada usia 53 tahun dan suami ketika itu masih bergaji tinggi dan kami masih belum ada anak, suami yang tolong bayarkan loan rumah ayah mertua ketika itu.

Cuma perbezaannya sekarang gaji suami separuh dari dulu dan sudah ada 3 anak, logically nya suami sudah tak mampu lagi. Suami ada job hunting untuk mencari job dengan gaji yang lebih baik, tapi sehingga sekarang masih hampa.

Bagaimanakah caranya untuk beritahu kpd keluarga suami tentang masalah kewangan kami? Apakah solution terbaik untuk menyelesaikan masalah kewangan family suami?

Pelbagai ikhitiar suami fikirkan cuma kalau boleh biarlah keputusan tidak membebankan sesiapa.

1. Adik ipar & suaminya duduk di rumah mak ayahnya , mereka tidak perlu bayar rumah sewa dan boleh tolong bayarkan loan rumah ayah mertua, dan dia juga bakal mewarisi harta pusaka tersebut.

2. Sewakan rumah mak ayah mertua, mereka duduk bersama kami. Income sewa boleh buat bayar loan, dan jika ada lebih boleh topup keperluan dapur untuk makan bersama ( sebab kami pun cukup2)

3. Jual rumah mak ayah mertua , mereka duduk dengan kami, hasil jualan rumah boleh dibuat simpanan untuk mereka hidup di hari tua.

4. Ayah mertua kekal bekerja dan langsaikan hutang sendiri kerana tiada apa-apa masalah kesihatan.

Adik ipar ada beritahu abangnya kalau boleh dia tak mahu duduk dengan mak ayahnya kerana tak serasi duduk bersama 2 keluarga dalam 1 rumah.

Saya buntu jika pilihan ke2 atau ke3, saya sebagai menantu yang perlu berkorban untuk hidup bersama mertua. Moga Allah rancang yang baik2 untuk kami.

Apa2 keputusan, apa2 pengorbanan, saya buat demi anak2, moga anak2 hidup senang dan tak susah, tak pening macam mama.

Serious talk, mama pening as breadwinner dalam family. Bila duit habis dan gaji lambat lagi, mama yang banyak fikir. Mama yang ikhtiar dan usaha supaya anak2 dan suami dapat teruskan kehidupan.

Suami pernah ada sejarah menganggur dan curang, jadi sekarang saya memang akan pastikan duit suami habis untuk menafkahi keluarga, supaya berkat dan tak tersasar seperti dulu lagi.

Kedua-dua ibu bapa saya beri pendidikan terbaik untuk saya untuk saya hidup senang, siapa sangka saya diuji dengan suami yang dulunya kurang bertanggungjawab.

Saya tetap bersyukur sekurang-kurangnya sekarang suami mula berubah, dan semakin bertanggungjawab.

Cuma sekarang saya diuji dengan masalah keluarga suami pula. Doakan rezeki kami cukup ya.

Saya berpegang pada satu. Man jadda wa jadda. Bermujahadahlah dalam menuntut ilmu dan mencari rezeki (usaha sendiri dengan gigih tanpa mengharap bantuan orang), moga Allah beri rezeki cukup dan berkat.

Moga Allah panjangkan usia saya, supaya saya dapat langsaikan hutang sendiri tanpa membebankan suami, atau anak-anak pada masa akan datang.

Terima kasih semua yang sudi membaca luahan saya.

– Mama Nia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *