Assalamualaikum.. Hi terima kasih sudi baca artikel saya.
Saya seorang menantu yang keliru dengan sikap mil. Saya pernah terbaca sebelum ni tentang penyakit narsisistik/NPD. Bila berhadapan dengan sikap mil kadang-kadang tefikir jugak adakah mil juga punya penyakit yang sama.
Ok. Ini pengalaman yang saya hadapi selama 13 tahun hidup di alam rumah tangga.
1. Suka mengawal hidup orang lain.
Mil selalu mengawal kehidupan anak2 nya, suami, menantu dan orang sekeliling.
Sebagai contoh bila balik kampung mil suka tentukan apa baju yang anak atau menantu nya perlu pakai supaya cantik di mata nya. Kalau tak kena di matanya dia akan mengata pakaian orang contoh selekeh, kain murah, tak ikut trend.
Tapi mil tak cakap direct la dengan menantu cuma berkias dengan anak2 atau orang sekeliling. Saya sebagai menantu pun rasa tak selesa sebab kita diperhatikan atas bawah apa yang kita pakai dan buat. Sebolehnya mil yang bagi tahu sepatutnya pakai macam ni dan begitu.
Kalau tak mil akan tunjuk muka tak selesa atau tak puas hati kalau tak ikut cara dia. Boleh pula mil ajar kita cara nak bergaya ikut cara dia suruh bersolek and so on..
Sebagai menantu memang saya rasa rimas. Saya pakai biasa2 sahaja tidak berlebihan bergaya asalkan menutup aurat, bersih dan selesa tu pun dah memadai. Mil seorang yang mementingkan gaya jenama dan suka dipuji bila nampak cantik dan bergaya.
2. Tak suka pandangan orang lain.
Saya juga perhati mil selalu pandang rendah dengan orang sekeliling. Dia kurang yakin dengan anak menantu bila buat keputusan sendiri.
Keputusan dia lah yang terpaling betul. Dia layan kami seolah kami semua macam budak2 tak pandai buat keputusan dan urus diri. Padahal kami ok je tak ada masalah untuk hidup berdikari.
Kemana kami pergi dia akan sentiasa nak tahu dan perlu update. Kalau dia dapat tahu lewat atau kami pergi bercuti bersama keluarga saya atau kami bercuti berdua mil akan jadi tak puas hati. Seolah hidup kami ni mesti minta keputusan dia dahulu atau semua harus libatkan mil bersama.
Padahal kami selalu sahaja bawa mil berjalan cuma bila masa giliran saya nak bercuti berdua atau dengan keluarga saya mil akan persoalkan. Kalau kami balik rumah mil, tiap kali nak beli barang dapur pun dia akan tentukan semua.
Susah nak bagi peluang untuk kami bagi pandangan atau beli barang dapur sendiri. Macam saya setiap kali balik rumah mak, saya dah terbiasa cari bahan basah sendiri sebab fikir tak nak susahkan mak ayah saya.
Bila balik rumah mil saya ajak suami cari barang dapur dan buah tangan sebab tak nak balik tangan kosong tapi lain pulak yang jadi.
Mil akan persoal kenapa beli kat kedai sini.. patut beli dekat kedai sekian sekian.. yang ni lagi sedap yang tu tak sedap habis semua dibandingkan.
Saya paham kena hormat dapur mentua tapi sesekali saya rasa tak salah kalau kita hanya nak bawa dan beli sendiri bagi memudahkan kerja.
Semua ape yang kami bawa dan buat akan jadi isu seolah kami ni sepatutnya tanya dulu dia. Hal ni bukan jadi kat saya dan suami je. Tapi saya perasan hampir semua orang yang rapat sekeliling terima hal yang sama termasuk dengan adik beradik atau ipar mil.
3. Masuk campur semua hal dan merasa caranya betul.
Kalau bab jaga anak atau cucu pun mil yang suka take over segala hal. Sebagai contoh dia akan tentukan pakaian cucu ikut cantik dimata dia.
Dia akan belikan cucu baju2 yang mahal. Kami bukan tak mampu tapi biasalah budak2 kecik ni kami tak nak didik dengan cara mcm tu.
Budak2 masih lasak untuk bermain, masih belum pandai menilai kain mahal atau tak. Kami bagi pakai apa yang selesa buat anak.
Nak potongkan rambut cucu tanpa minta izin saya sebagai ibu. Tak bagi cucu makan ubat walaupun ubat tu atas nasihat doktor. Mil selalu kata yang dia pandai didik anak dan cucu dia.
Seolah memuji diri sendiri. Mil kata orang lain tak pandai jaga anak. Bukan dekat saya seorang tapi bila jumpa orang tepi jalan pun mil akan perhati lepas tu dia kutuk orang tu tak pandai jaga anak dan mil selalu nak betulkan cara orang lain.
Setiap kali kami bercuti bersama mil akan perhati anak orang yang ada di kedai makan atau tempat awam. Dia akan pertikai cara didikan orang yang ada anak kat situ dari segi pakaian yang anak orang tu pakai, anak orang yang menangis dan segala hal dia akan pertikai.
Dia akan kerap sebut kalau anak cucu dia tak akan biar buat mcm tu atau dia akan kerap cakap dia didik anak dia sampai anak dia jadi orang. Lepastu dia akan buat andaian atau menghukum orang tu jenis macam mana mengata orang yang dia tak kenal pun siapa.
4. Tak suka meraikan cara hidup orang lain.
Ok yang ni bab susah nak meraikan pandangan orang lain. Biasalah kalau kita ni berkahwin dengan orang yang dari lain negeri jadi makanan, budaya memang la berbeza.
Kami suami isteri jenis tak suka mengutuk makanan orang lain. Kalau tak sedap kami masih makan untuk menjaga hati.
Tapi mil akan buat muka pelik atau jijik kalau jumpa makanan yang dia tak pernah makan dari negeri lain. Dia akan cakap makan pelik2.
Makanan tak sihat. Kadang2 kami pergi makan bersama mil yang tentukan pesanan makanan anak2 cucu dia untuk dimakan. Kami suami isteri kalau berjalan suka mencuba makanan yang baru / food hunting.
Kalau kami makan ikut tekak kami atau jumpa kedai yang viral dia akan pertikai makanan yang kami pesan dan tidak berkenan. Selama berkahwin saya pernah cuba nak masak masakan dari negeri saya.
Tapi saya perasan mil tak raikan dan cakap cara dia masak cara yang betul dan lagi sedap. Mil ada ramai menantu yang lain negeri.
Saya perasan kalau mil pergi ke negeri lain dia akan kutuk masakan negeri tu. Bagi dia masakan dari negeri dia paling sedap, apa yang dia masak itu yang terbaik dan relevan untuk tekak dia.
Yang hairan nya cuba rasa pun belum tapi dah boleh tahu masakan tu tak sedap, nampak pelik dan komen bukan2.
Jarang la nak dengar mil puji cara hidup orang lain dan masakan orang lain walaupun sedap je untuk semua orang. Seingat saya, waktu raya saya akan masak kalau suami teringin nak makan sesuatu.
Mil seperti tak bagi saya masak cara saya untuk anaknya. Katanya jangan masak banyak nanti tak habis. Tapi apabila mil masak, mil akan masak banyak sebab kesian risau anak dia nak makan tak cukup. Mil seperti takut nak sentuh masakan menantu seolah ade racun agaknya.
Tapi apabila mil masak dia akan suruh orang terima dan rasa ape yang dia masak sedap katanya. Suami saya jenis tak cerewet bab makanan, masakan saya atau mak saya pun suami akan makan bertambah.
Bila di rumah mil suami makan bertambah mil akan cakap sebab dia masak sedap la anak dia makan bertambah.
Tapi bila saya masak atau orang lain masak mil kata kami masak bukan2 dan dia rasa anak nya tak selera makan makanan yang menantu masak. Bagi saya tak perlu pun cakap macam tu. Semua orang tahu air tangan seorang mak ni tiada tandingan.
Saya juga ade mak tapi bila orang lain masak tak seharusnya kita kutuk orang lain dan memuji masakan sendiri secara berlebih. Kalau beraya di rumah orang lain pun saya perasan mil kurang nak makan atau minum pun bila bertandang kadang tak usik langsung pun pernah.
Tak pasti kenapa mungkin cerewet atau ada prinsip pandangan dan ego nya. Mil tak pernah tanya menantu menantu nya ape masakan dari negeri lain.
Kiranya tak berminat nak tahu dan nak mencuba makan masakan dari negeri lain. Yang dia tahu ape dia masak apa yang negeri dia makan kami kena makan.
Selalu orang lain seronok berkongsi makanan dari negeri lain berkongsi pendapat tapi tidak pada mil. Bila saya mula nak berkongsi santai2 tentang keluarga saya dia akan mencelah dan cerita tentang hal dia dan kurang nak mendengar.
5. Selalu membanding dan bersaing.
Sebagai contoh bila ada kenduri belah keluarga saya kami buat simple2 sahaja. Jadi macam biasalah hal makanan, pakaian, adat dan segalanya semua mil nak pertikai.
Tak nampak macam seronok nak tengok dan belajar budaya cara hidup orang lain. Dia boleh sesak dan runsing tengok cara hidup orang lain.
Pernah saya terdengar mil mengadu pada suami selepas kenduri tentang majlis di tempat saya dan seolah tak berpuas hati banyak hal. Tidak sedikit pun berlapang dada. Padahal kami buat sama seperti orang lain buat sehabis baik ikut pada cara masing2.
Jadi nya mil cakap pada suami yang kenduri belah suami dia akan buat yang lagi bagus. Macam nak tunjuk siapa lagi bagus dan betul caranya. Jadi tiap kali kenduri di belah suami mil akan buat keputusan dan urus segalanya.
Dari hal baju, doorgift dia akan belanja berlebihan semata untuk tunjuk dekat orang kampung dia buat lagi bagus dari orang lain.
Mak ayah saya suka meraikan orang lain jadi mak ayah selalu puji masakan dari kenduri suami sedap, terima setiap perkara dan suka tengok adat di negeri orang lain.
Bila kami puji mil akan bangga bercerita yang orang suka masakan negeri dia sedap dan dia pandai buat itu ini. Dia akan memuji diri dia dan buat bandingan dengan apa yang orang lain buat.
Mil akan cakap kalau pergi rumah orang lain makan tak sedap tapi orang datang rumah dia, dia boleh bagi orang makan sedap.
Tapi bagi kami semua sama sahaja kadang ada jugak kekurangan tapi kami berlapang dada. Cuma sikap mil yang merasakan caranya betul jadi dia akan banding dan merasa dia sahaja bagi yang terbaik orang lain tidak.
Kalau bab anak anak dia pun kalau boleh dia nak suruh bersaing dengan anak orang lain.
Nak anak dia lebih berjaya dari orang lain. Lagi hebat dari orang lain. Dia akan suruh anak nya buat macam mana dia nak supaya dia boleh bersaing dengan orang sekeliling.
Kalau dia dengar orang bercerita pasal kejayaan anak orang lain tu dia macam pertikai dan mengata dan cuba nak puji anak dia seolah cemburu.
6. Cepat buruk sangka.
Walaupun kami dah berkahwin berbelas tahun, tapi mil selalu fikir yang bukan2 terhadap saya dan menantu yang lain. Sebagai contoh kalau suami tak jawab call mil akan fikir kami pergi berjalan atau berseronok sampai tak hiraukan panggilan.
Selalu suami sibuk dengan kerja walaupun waktu cuti suami akan berada di tempat kerja. Kerap juga suami cerita mil call suami di tempat kerja atau call suami bila kami balik di kampung saya.
Mil selalu merasakan barang-barang di dalam rumah kami semua suami yang beli, suami banyak habiskan duit dekat saya hakikatnya saya juga ada pendapatan sendiri dan berkongsi dengan suami.
Pernah mil bercerita dengan suami tentang menantu yang lain malas, tak pandai itu ini, nak harta anak nya sahaja, tak pandai jaga anak dia macam dia jaga dan buruk sangka terhadap besan nya.
Mil akan kerap call sebab dia fikir sesuatu yang buruk akan jadi kalau buat hal tanpa berbincang dengan nya.
Kadang mil menyangka sikap anaknya berubah sebab menantu yang ajar bukan-bukan. Hakikatnya anaknya dah besar dan matang untuk fikir dan buat keputusan sendiri bersama pasangan masing2.
7. Emosi, drama, manipulasi.
Awal berkahwin dahulu saya belum nampak realiti sikap mil. Bila dah lama baru saya tahu yang mil suka bercerita tentang perangai orang kampung yang pernah buat dia sedih dan sakit hati. Seolah dia dianiaya dengan kawan or adik beradik.
Awalnya saya simpati dan menyokong sebab saya hanya dengar satu pihak sahaja. Tapi bila dah selalu sangat berlaku kisah tidak puas hati dengan ramai orang, dengan besan, menantu, apatah lagi bergaduh dengan adik beradik sendiri saya rasa something wrong.
Wallahualam saya pun tak pasti siapa betul siapa yang salah. Selalu bila mil mula bercerita saya hanya dengar sahaja dan malas nak berpihak mana2.
Kadang mil akan call suami saya untuk mengadu. Bercerita bersungguh seperti meminta simpati. Kalau ada anak menantu yang tak dapat ikut cakap mil atau cuba bagi pandangan sendiri mil akan cakap seolah menantu tak pandai hormat atau mil akan cakap seperti orang membuli nya.
Pada mata mil orang yang buat hal sendiri tanpa ikut cara nya tu seperti kurang ajar.
8. Mengungkit.
Mil sangat suka memberi. Saya sangat kagum bila mil selalu memberi dan bersedekah. Tapi dalam pada suka memberi saya perasan mil suka bercerita dan berbangga tentang pemberianya.
Sebagai contoh jika mil membelikan sesuatu untuk anak cucu atau menantu dia akan cakap barang yang dia beri tu mahal, cantik dan akan membandingkan barang yang orang lain bagi contoh menantu, kawan atau besan nya bagi.
Kadang bila saya dah tak guna barang yang mil pernah bagi mil akan sebut2 kenapa dah tak pakai kenapa beli yang baru.
Atau pun jika dia menerima balasan dari pemberianya dari orang lain dia akan bangga cakap dulu orang tu tak reti nak balas tapi sebab dia dah selalu memberi baru orang tu pandai nak membalas seperti mengajar orang untuk membalas jasanya.
Hakikatnya mil tak hargai pun apa yang orang lain bagi. Dia tak beberapa suka dengan barangan tersebut. Cuma ada rasa bangga dengan kebaikan yang dia buat dan kerap menyebut apa yang dia dah buat dan menganggap orang lain tak dapat buat seperti dia.
Cukuplah sebahagian dari kisah yang saya hadapi. Untuk pembaca yang pernah alami nasib yang sama adakah seperti ini penyakit narsisistik ? Adakah sikap ni disebabkan pengalaman hidup masa silam?
Walau apa pun kami masih menghormati mil hingga ke hari ini dan melayan mil dengan baik cuma bila hidup dengan orang yang ada sikap seperti ni perlu banyak kesabaran ada masanya saya akan bersikap tegas bila keadaan memaksa.
Alhamdulillah setakat ni suami sangat memahami dan menyokong saya dan kebanyakan keputusan kami akan buat bersama. Cuma saya agak risau keadaan ni berterusan.
Keadaan macam ni buat kami jadi tak seronok nak update apa – apa berkaitan kehidupan harian kami di media sosial dan saya kurang nak bercerita berlebihan dengan mil sebab rasa tak selesa dan kami tahu akibat nya keadaan akan jadi lebih buruk.
Doa saya untuk mil agar dapat mencari sinar bahagia nya. Menjadi lebih positif dan berbaik sangka dengan orang sekeliling agar hidup kita sekeluarga lebih tenang.
– Menantu (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit
Sama dengan bekas mertua saya dan menular ke anaknya, semua perkara mesti dapat approval dari dia dulu, kebaikan dan kelebihan kita semua takkan diiktiraf lama-lama inner kita damage. Berhadapan dengan orang begini satu je saya nak bagi tip– jangan ada empati, nak buat apa buat je dan pejam mata dengan pandangan dan drama dia, baru kita boleh hidup tenang, sebab mereka ni jenis pandai manipulasi, drama dan playing victim memang makanan dia. Apa yang membuat mereka ni starving ialah bila kita start oppose diorang, takpe biar je sebab mereka tak akan pernah puas. Hargai diri awak dulu.