Assalamualaikum. Namaku Su. Aku nak cerita tentang abangku ketigaku Lan. Aku mempunyai adik beradik lima orang. Lan ni dah berkahwin dan punya empat anak.
Abangku ni seorang yang sangat pemurah. Dia sejenis manusia yang susah nak cakap tidak bila sesiapa minta tolong. Aku rapat dengannya.
Dulu masa aku study dia ni lah selalu hantar aku balik tempat aku study. So banyak masa aku luangkan dengan dia. Banyak nasihat, luahan hati yang kami kongsi bersama.
Dia pernah bagitahu aku yang adik beradik aku yang lain ada pinjam duit pada dia. Kawan-kawan dia pun sama. Katanya, kalau adik beradik dia masih bertolak ansur kalau tak pulangkan semula. Baiknya kau abang.
Okay ceritanya begini. Lan ni anak tengah tapi selalu rujukan masalah kami beradik. Lagi2 bab duit. Dulu masa zaman aku study dia kerap hulur aku duit.
Aku pernah menolak dan dia kata, selagi kau belum kahwin, kau tanggungjawab aku. Baiknya abang aku ni. Sekarang aku dah berkahwin.
Awal perkahwinan dulu ada jugak dia hulur2 aku sikit. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki bang.
Konfliknya bila kau terlalu baik, ada yang ambil kesempatan. Aku dulu pada awalnya tidak berkenan dengan isteri Lan ni. Akak ipar aku namakan dia Yana.
Aku rasa dia berkira dan sarcastic. Dia seorang yang suka membebel merungut kalau ada yang ambil kesempatan dekat suami dia ni.
Dulu bagi aku alahai biarlah, kan dapat pahala. Sikit2 pun nak berkira, Lan okay je dia yang lebih. Sampailah aku kahwin dan aku bergelar isteri.
Baru aku sedar yang tanggapan aku selama ni salah. Yana ni kembali bekerja sebab nak cukupkan keperluan keluarga. Awal perkahwinan dia pernah bekerja dan berhenti sebab ikut abangku berpindah.
Baru aku sedar yang tanggapan aku selama ni salah. Yana ni kembali bekerja sebab nak cukupkan keperluan keluarga. Awal perkahwinan dia pernah bekerja dan bean ni tak tegas.
Dia susah kata tidak bila orang ambil kesempatan. Bila mereka dah duduk bersama, semakin berkurang lah sekeluarga tu manfaatkan abang aku tu. Tapi masih ada sampai sekarang tapi berkuranglah.
Baru-baru ni Lan ada beli sebuah kereta. Kereta dia yang dulu tu dah uzur tapi masih boleh digunakan lagi. Yana sebelum kahwin pun dah ada sebiji kereta.
Nak dijadikan cerita, ada seorang adik beradikku ni pinjam kereta lama Lan tu. Bila pinjam2 lama2 dah jadi hak milik sendiri.
Dah bertahun dah dia guna. Tapi Lan tak berkira dia tetap renewkan roadtax setiap tahun. Mestilah Yana merungut, tapi aku faham perasaan dia.
Dia berusaha cukupkan apa yang tak cukup tapi orang lain pula ambil kesempatan atas kebaikkan suami dia.
Ada seorang adik beradikku ni hidupnya agak susah. Income dia kadang2 cuma 600-700 sebulan. Kadang2 lebih kadang2 kurang.
Anaknya ramai. Tapi alhamdulillah dia duduk dekat kampung dekat dengan mak. Mak aku selalu membantu dia.
Walaupun kadangkala aku geram dengan sikapnya yang bila ada duit tak beringat. Mewahkan anak dengan kebendaan.
Bila susah, selalu susahkan mak dengan Lan. Isterinya pun seorang yang boros. Pantang ada benda viral, dia mesti nak beli.
Lepastu berhutang sana sini sedangkan dia seorang suri rumah.
Aku pun seorang suri rumah, tapi aku sangat berhati2 nak beli barang kerana tak mahu susahkan suami aku. Makan pakai mereka selalu tak cukup, kemudian pada mak atau Lan lah mereka ni minta kasihan.
Lan ni mewarisi sikap mak.
Aku ni selalu menjadi orang tengah mendengar keluhan mak dan Lan. Ya Lan tak luahkan padaku directly. Yana yang cerita padaku.
Aku bersimpati pada dia sebab aku pun tak mampu nak bantu. Aku tak bekerja. Anak aku OKU yang perlukan perhatian aku.
Pernah sekali masa Lan diminta duit oleh adik beradikku aku ada pada masa tu. Aku dapat lihat serabutnya dia. Tanggungan dia pun ramai2. Anak4 dah sekolah. Gajinya dah berkurang lepas PKP haritu.
Dulu masa Yana merungut padaku, aku seakan susah nak percaya sebab Lan tak pernah menolak jika aku minta beli apa2 (mostly cukupkan groceries mak).
Mak aku selalu luahkan padaku semua perkara. Tapi sebagai anak bongsu, mak aku selalu berpesan jangan bertindak apa2 pun. Mak cuma minta aku jadi pendengar dia.
Dia minta aku hormat pada mereka bila bertemu seakan tiada apa terjadi.
Pada mulanya aku masih tenang mendengar segalanya. Tapi lama kelamaan, aku seakan tak boleh tahan lagi.
Aku masih hormat keputusan mak untuk berdiam diri. Tapi setiap kali bila aku habis oncall dengan mak, kaki tangan ku menggigil2.
Hati aku seakan berat. Kadang aku tak boleh tidur malam fikir. Pernah masa aku study dulu, aku terus jatuh lepas oncall dengan mak.
Tidaklah pengsan tapi kaki aku tak rasa apa2. Housemates aku angkat aku tanya mcm2 tapi aku tak jawab apa2.
Aku cuma mampu menangis. Aku pun tak tahu tahap kesihatan mental aku mcm mana. Tapi sekarang aku dah berkahwin, pada suami lah aku selalu luahkan. Mak pesan jangan ceritakan pada suami ku.
Pada mulanya aku turut kata mak. tapi lama2 hatiku berat, aku tak mampu simpan sorang2. Bila diluahkan, aku rasa kurang sikit serabut kepala aku.
Yang buat aku geram, orang2 yang Lan tolong tu tak da rasa berterima kasih pun. Cari gaduh lagi adalah. Mereka berkata buruk tentang Lan padaku.
Seperti biasa, aku kena berdiam diri. Entah sampai bila aku nak jadi orang tengah begini. Kadang aku letih, bukan badan yang letih tapi otakku.
Alhamdulillah sekarang dah berkeluarga ada anak2 yang boleh hiburkan aku. Kadang rasa nak bawa diri jauh2.
Tapi aku masih punya ibu bapa yang perlu dijenguk dan dihargai. Aku tak tahu apa agaknya akan terjadi andai keduanya dah tiada nanti. Semoga yang baik2 saja.
– Su (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit