Salam semua pembaca yang budiman dan bijaksana, pertama sekali aku sedar intro aku membosankan.
So aku straight forward je. Aku nak mintak pendapat and komen korang mengenai masalah aku ni.
Aku anak sulong dalam family. Alhamdulillah family aku bahagia walaupun kami serba sederhana. Aku bersyukur dikurniakan demand or kemahuan yang sederhana and tak branded-branded macam wanita lain.
Serba sedikit tentang diri aku. Aku lulusan bidang HR and aku pernah bekerja dalam banyak bidang, marketing, perkilangan, sumber manusia dan account.
Memandangkan aku anak pertama aku selalu membahagiakan adik-adik dan ibubapa ku. Normal lah sebagai anak sulong.
Luahan kali ini adalah setelah aku berumah tangga, awal perkhawinan aku bekerja dan kami sangat2 mendambakan cahaya mata.
Alhamdulillah setahun berkhawin akhirnya aku hamil. Penantian kami tak sia-sia.
Ketika aku hamil dugaan datang melanda. Suamiku di berhentikan kerja dan untuk meneruskan kehidupan dia bekerja sebagai rider.
Aku pula, bukan nak mengada tapi disebabkan aku banyak masalah seperti disyaki tiroid laaa, dehidrasila, kehamilan luar rahim la, cirit birit la dan kencing manis la, checkup baby la. Aku sering mc dan apply cuti.
Tambahan pula aku kerja bahagian perakaunan dan aku alahan sangat teruk. Berat badanku turun dan aku selalu merasa tertekan dengan kerja dan rakan2 sekeliling yang mula memandang sinis dengan ku.
Aku seorang yang susah mc setelah 3 tahun bekerja. Tapi dek kerana aku hamil aku menjadi mengada2.
Aku tak pasti itu mengada2 atau normal. Tapi bagi aku yang susah sakit dan aktif ni apabila sering masuk angin, gastrik laaa, kerap ke tandas, aku muak! Aku penat.
Dek kerana sikap aku yang begini, suami terkesan dan menyuruh aku fokus dan enjoy untuk menghadapi trimester kehamilan pertama. Sebulan selepas itu genap usia kandungan ku 5 bulan aku berhenti kerja.
Aku sudah tidak tahan tekanan kerja dan tubuh yang memberat membataskan aku melakukan apa2. Aku tewas dengan pekerjaan yang aku pertahankan selama 3 tahun.
Di pendekkan cerita, untuk mengharungi masa2 sampai aku usai bersalin nanti, komitmenku terlalu banyak.
Apabila suamiku seorang yang harus bekerja. Aku kesian tengok dia strugle setiap hari. Keluar 8 pagi balik 10 malam. Tapi kadang2 hati aku sakit.
Setelah selesai komitmen dia akan bersenang lenang dekat rumah selama beberapa hari dengan tenang. Dia tak fikir untuk keluar bekerja untuk saving atau emergency.
Aku boleh terima dia nak rehat. Tapi dia harus tahu tanggung jawab. Aku risau kami tiada saving untuk kelahiran baby, untuk preparation barang2 baby.
Tambahan pula kenduri kendara dia takkan hadir alasan tak cukup duit. Sedangkan apabila kenduri belah family dia or gathering, dia SANGGUP BERHUTANG!
Alasannya nak repair kereta! TAPI tak repair pon! Aku siap keluarkan saving ku 500 untuk tolong dia ringan kan beban dia.
Aku sanggup makan sardin dan telur. Ikan bilis goreng. Aku tak demand apa2. Apatah lagi baju hamil dan lain2 sedangkan hamil mesti tukar saiz pakaian!
Aku tak minta kerana aku tahu dia strugle. Dia baik da bertanggung jawab. Tapi dia tak akan berusaha kalau tanpa desakan. Sedangkan aku segan untuk mendesak dia kerana komitmen dan makan pon dia yang tanggung.
Itu pon sebahagian dari komitmen ku untuk keluargaku, ibu bapa ku dah bertoleransi untuk meringankan beban kami.
Persoalan nya sekarang, logik tak aku desak dia untuk cari duit lebih supaya ada saving?
Logik tak aku mintak dia apa2 berkenaan kehamilan aku seperti tukar saiz baju dan lain2? Logik tak aku mintak dia kerja lebih untuk saving atleast sebulan 200? Aku penat fikir perasaan ibubapa ku.
Dahulu aku lah anak yang ada jadi driver. Jadi tukang tolong masak, jadi pemeriah di majlis keluarga dan pokoknya majlis2 keluarga aku selalu menjadi insan yang always datang.
Aku suka kenduri kendara. Aku suka gathering keluarga besar memandangkan aku kerja semenjak habis spm and habis belajar.
Aku tak ramai kawan-kawan. Aku cuma ada keluarga. Dan aku terpaksa had kan diri aku dari jumpa family besar dan kenduri kendara semata2 suamiku bilang takda duit nak pergi kenduri.
Haih maaf lah ayatku sedikit cacamarba. Aku tak tahu nak luahkan dekat siapa. Aku tak mahu susahkan hati ahli keluargaku.
Aku segan nak berhadapan dengan ibubapaku yang harus menanggung komitmen yang konon2 aku nak buat diorang happy. Last2 diorang yang kena tanggung komitmen. Stress bila fikir.
Aku hanya menanti secepatnya bersalin dan bekerja semula. Aku juga berniat aku nak saving dan takkan bantu suami aku walau sesen pon kerana dia sejenis tak pandai merancang dan selesa dengan apa adanya.
Aku bukan tak reti bersyukur, tapi bila melibatkan keluarga, aku sedih, malu dan kemurungan. Mintak pendapat dan doa semua.
– Girls (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit