Perkahwinan Try & Error

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera semua pembaca IIUM Confession.

Pertama sekali, izinkan saya kenalkan diri saya. Saya Cik Puan Bunga (Nama Samaran) dan berusia di awal 40an. Rezeki saya mendapat jodoh lewat.

Saya bersyukur kerana Allah memilih saya untuk merasa nikmat yang tak terhingga ini. Setiap hari saya memanjatkan kesyukuran pada Allah.

Kami ada lah kenalan lama. Sejak dari bangku sekolah, berhubung tetapi tidak lah rapat. 2 tahun sudah, kami semakin rapat.

Mula berbual di whatsapp, berborak, bertukar pendapat, share minat dan juga Video Call. Waktu ini, kami sama2 happy, at least saya dapat merasakan yang kami gembira.

Kami decide untuk menghalalkan hubungan ini. Dia berjumpa ibu bapa saya, ahli keluarga saya dan meminta izin dr ibu bapa saya untuk bertunang dan berkahwin. Semasa dia datang tu saya rasakan dialah lelaki paling gentleman yang pernah saya kenal.

Ibu bapa serta adik beradik saya mengatakan dia lelaki yang baik (based on few meetings & cara dia komunikasi / layanan terhadap mereka semua), saya pun lakukan solat istikarah untuk dapat kan petunjuk Allah.

Alhamdulillah, segala urusan dimudahkan jadi saya anggap itulah petunjuk dar Allah, yang dia adalah yang terbaik untuk saya.

Namun, awan mendung datang berarak. Dalam fasa bahagia bercampur gembira, dalam masa menghitung hari untuk bertunang, dia tiba-tiba mendiamkan diri.

Tidak ada sebarang respon balas terhadap mesej-mesej yang saya hantar, panggilan tidak berbalas. Hampir sebulan perkara itu berlarutan (sebulan sebelum bertunang perkara ini terjadi). Saya hampir putus asa, dan mengganggap tiada jodoh antara kami.

Tetapi sahabat-sahabat saya minta saya jangan berputus asa dan menyuruh saya pergi ke rumahnya untuk mendapatkan penjelasan.

Setelah berfikir masak-masak, saya decide untuk kerumahnya dan bersemuka untuk mendapatkan penjelasan. Itulah kali pertama saya sampai ke rumah ibu bapanya.

Saya dilayan dengan sangat baik dan tak terasa seperti orang luar. Semasa saya sampai, dia tiada di rumah, selepas beberapa jam, dia pulang dengan muka yang merah mencuka, mungkin marah saya datang tanpa diundang.

Kami berdialog, dia mengatakan semenjak kami bersama, saya control hidupnya, setiap benda yang dia lakukan harus laporkan pada saya, hari-hari dia perlu video call / call saya, sedangkan dirinya terlalu sibuk dengan kerja, jadi dia rasa terkongkong.

Saya amat terkejut dengan luahan itu, kerana selama ini bukan saya meminta dilayan sedemikian rupa. Saya tidak pernah meminta2 laporan (dia ingat saya ni masih budak2 kot), tidak pernah minta call setiap hari dan sebagainya.

Jadi untuk tidak memanjangkan cerita, saya mengalah dan meminta maaf (mungkin ini kesalahan pertama saya).

Saya cakap tak apa, kita dah matang, tak perlu sangat call dan sebagainya kerana selama ini pun saya tinggal sendirian, tiada yang ambil berat kecuali teman rapat dan keluarga. Jadi kami berdamai dan meneruskan rancangan bertunang.

Selepas insiden itu, dia jarang call saya / message saya. Tetapi saya ok sahaja. Kerana saya juga sibuk. Kami masih bahagia, dan tidak sabar menanti hari bahagia berbagai persiapan di lakukan.

Kami bertunang dan kemudian bernikah. Seluruh ahli keluarga serta sahabat handai kami gembira melihat kami bersatu.

Pada awal perkahwinan ini saya terus mendapat layanan yang pelik dari suami saya. Di awal perkahwinan dia meluahkan yang dia menyesal berkahwin terlalu awal dengan saya,

Ianya satu statement yang amat melukakan hati saya, tiada yang tahu perasaan saya ketika itu. Amat pedih untuk ditelan.

Oh! Lupa pula, kami ni PJJ. Jadi, sempena perkawinan ini saya ambil cuti panjang untuk spent time bersama dia sebelum PJJ semula.

Pada awal perkahwinan, boleh dikatakan saya bahagia (walau kadang-kadang terluka), tambah dengan keluarga mertua yang baik-baik. Saya sentiasa bersyukur. Kami seperti pasangan baru berkahwin yang lain. Gembira dan bahagia. Tetapi bahagia tu saya rasa hanya sebentar sahaja.

Suami saya mula menunjukkan sikap dingin terhadap saya. Tidak dilayan dengan manja. Tidak tidur bersama isteri, mahupun bersama isteri (sepanjang tempoh perkahwinan ini, hanya beberapa kali sahaja bersama).

Saya amat sedih dan tertekan, banyak benda yang saya fikirkan, apa salah saya yang utamanya.

Saya pernah mengajak berbincang, tetapi tidak ada hasil dari perbincangan itu. Dia tidak pernah bersuara tentang ketidak puasan hati terhadap saya. Saya perlu tahu apa yang tidak kena supaya saya boleh perbaiki diri saya ini. Tetapi sedih. Lama kelamaan kami makin menjauh.

Dia juga tidak pernah call / whatsapp saya, tidak pernah tanya khabar saya, tidak pernah datang ke rumah saya. Semuanya hanya dari pihak saya.

Saya yang call, saya yang whatsapp, saya yang pulang ke sana (Saya tidak ambil pusing kerana tidak mahu diakatakan berkira-kira dengan suami sendiri).

Tetapi, apabila, dia berjanji untuk datang kerumah saya, berkali-kali janjinya untuk datang, dan saya telah membuat persiapan untuk meyambut kedatangannya, tiba-tiba batang hidung tidak kelihatan. Tidak pula diberitahu awal yang dia tak jadi datang.

Bila saya tanya kenapa tak jadi datang, katanya tak larat, letih, tak ada mood dan sebagainya. Saya jadi berjauh hati, perasaan saya ini seperti tidak diendahkan. akhirnya saya juga keletihan untuk keep up with this marriage.

Saya rasa mental saya sangat koyak dan hati saya bagai disiat-siat. Pernah sekali saya terlibat dalam kemalangan jalanraya semasa on the way pulang ke negeri saya bekerja.

Saya dibiarkan terkontang kanting seorang diri uruskan kemalangan itu. Suami saya? Entahla, jika ditanya alasannya dia sibuk dengan kerjanya. Keluarga saya? Tentulah marah, ada suami seperti tak ada suami!

Dan banyak lagilah perkara yang mengguris hati saya yang dia lakukan pada saya. Saya dah cuba bermacam benda, termasuk berjumpa ustaz kerana kawan-kawan cakap perangai nya pelik seperti disihir, minta tolong ahli keluarga, sahabatnya tetapi alasan biasa sahaja yang saya dapat.

Basically dia cakap saya tidak pandai menjadi isterinya, saya tidak masak padanya (masak juga walaupun itu rumah mertua), saya tidak tolong kemas rumah ibunya (kemas sehingga bersih berkilat rumah ibunya), dikatakan saya sangat berkira dengannya, Allahu. Sedih!

Alasan yang saya rasa jika kami berbincang, mesti dapat jalan peyelesaiannya. Saya panggil dia untuk datang kerumah saya dan berbincang, tapi macam biasa, kata nak datang tapi akhirnya tidak datang pun.

Jadi saya rasa cukup lah saya sahaja berusaha untuk mengambil hatinya, saya nekad untuk keluar dr hubungan toxic ini.

Mungkin ada salah saya di mana-mana, tetapi saya tidak dapat kenalpasti apa yang tak kena oleh kerana sikap dingin suami saya. Bila saya lakukan yang terbaik tidak pula di beri pujian.

Lauk yang saya masak tidak kena seleranya, dibuang depan saya diberikan pada kucing. Kata-kata kesat yang saya dapat, dan macam-macam lagi yang saya harungi.

Kami sekarang di fasa yang tidak bercakap langsung antara satu sama lain. Dan saya pun sudah tidak ada hati untuk meneruskan hubungan ini. It’s a one-sided relationship and I have had enough. Mungkin suami saya ingat perkahwinan ini suatu perkahwinan try and error.

Bila tidak kena dangan caranya, dia buang saya macam tu sahaja. Tiba-tiba dikatakan tidak ada chemistry antara kami. Ia amatlah pelik ya wahai pembaca.

Saya bersyukur, saya ada kerjaya, ada rumah sendiri, ada kenderaan sendiri, kawan-kawan yang baik, family yang memahami dan keluarga mertua yang baik.

Cuma sedihnya, keluarga mertua seolah-olah menghalalkan apa yang suami saya lakukan pada saya. Saya yakin mereka sedar apa yang sedang berlaku antara kami. Tapi, malangnya tiada kata-kata nasihat yang diberikan. Mungkin ada, tapi suami saya yang keras kepala agaknya.

Saya redha dengan ujian ini. Saya ikhlas dan maafkan apa yang dia lakukan pada saya. Mungkin dia masih lagi dalam dunia bujangnya, tidak dapat menerima perubahan besar selepas berkahwin,

Walau apa pun alasannya, saya harap jika ada lelaki diluar sana yang berperangai sedemikian rupa, jangan ada niat untuk menganiaya orang.

Fikir masak-masak sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin. Kerana perkahwinan ini bukan melibatkan suami dan isteri, tetapi ramai lagi pihak yang terlibat. Perkahwinan adalah satu hubungan suci, dan tiada Wanita yang ingin diceraikan.

Maaf jika luahan ini panjang & mungkin ada yang tidak faham pokok pangkal cerita. Tetapi cukup la sedikit saya share kehidupan saya.

Doakan urusan saya dimudahkan Allah.

Semoga doa yang baik-baik berbalik pada pembaca semua.

Jazakallah khair.

– Cik Puan Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *