Assalamualaikum semua. Dr Kiki di sini. Harap semua sihat hendaknya. Harini saya nak kongsi sedikit sebanyak ilmu yang saya ada berkaitan dengan kanser serviks.
Berapa ramai antara pembaca saya ialah wanita yang sudah berkahwin atau wanita yang sexually active tetapi TIDAK PERNAH LANGSUNG buat saringan pap smear??
Atau pernah buat pap smear tapi sekali jela dulu pastu dah tak buat?Atau wanita yang bakal berkahwin dalam masa terdekat?
Kalau anda antara golongan yang saya sebutkan, WAJIB baca penulisan saya sampai habis.
Kenapa saya sentuh tajuk ini? Kerana saya sudah tidak mahu lagi melihat ahli keluarga, pasangan, anak2 yang meratapi pemergian ANAK/ ISTERI/ IBU tersayang disebabkan kanser ini.
Sebelum itu, saya akan berikan sedikit penerangan berkenaan kanser pangkal rahim. Apa itu kanser pangkal rahim? Nama lain ialah kanser serviks, ia adalah benda yang sama ya, mohon jangan keliru.
Serviks @ pangkal rahim adalah satu bahagian paling bawah rahim (uterus) dalam sistem pembiakan perempuan yang menghubungkan rahim ke faraj (vagina).
Semua wanita yang normal dan sihat memiliki bahagian ini. Jadinya sebarang aktiviti kanser di kawasan tersebut dipanggil kanser pangkal rahim/serviks.
So, macam mana kanser ni terjadi? Kanser ini sedikit unik ya, ia adalah SALAH SATU KANSER yang majoritinya disebabkan oleh sejenis VIRUS ya.
Nama virus tersebut ialah HUMAN PAPILLOMA VIRUS (HPV). Selalu kanser2 yang selalu kita dengar jarang kan disebabkan virus. Ini yang uniknya berkenaan kanser ini.
Soalan seterusnya, macam mana bole terkena virus HPV ni?? Anda bole dapat virus ini melalui HUBUNGAN SEXUAL! Ya hubungan sexual, sama ada melalui vaginal s*ks, oral s*ks ataupun s*ks melalui dubur.
Dia juga bole berjangkit melalui sentuhan kulitย close skin to skin touching) semasa hubungan s*ks. Maksudnya pasangan kita bole transmit virus tersebut sewaktu hubungan intim dan kebanyakan pembawa virus ini tidak bergejala.
Wanita yang mana paling berisiko (mengikut kajian):
1) Wanita yang first time melakukan hubungan s*ks di umur yang sangat muda (umur < 20 tahun ke bawah), antaranya ialah wanita yang berkahwin awal.
2) Yang bertukar2 pasangan s*ks.
3) Mempunyai pasangan yang berisiko tinggi (maksudnya pasangan nya sejenis yang bertukar2 pasangan s*ks dan menyebarkan kepada pasangan masing2).
4) Mempunyai pasangan yang pernah ada sejarah menghidapi penyakit kelamin yang lain (contoh syphilis, gonorrhea dan etc)
5) 0rang yang immuniti badan rendah (eg: pesakit HIV)
6) Faktor genetic/keturunan (keturunan kanser)
7) Wanita yang merokok.
## tetapi MAJORITI disebabkan oleh jangkitan kronik oleh Human Papilloma Virus ( HPV)
So apa yang kami perlu buat? Tidak perlu buat hubungan s*ks ke doctor?? Takkan tak kahwin pulak doktor?
Ohh tidak, saya akan terangkan di bawah ape yang anda perlu lakukan. Sebab kita tidak bole agak pasangan kita ada atau tidak virus tersebut sebelum berkahwin, so apa yang kita perlu lakukan?
Tips untuk yang belum berkahwin:
1) Saya wajibkan/galakkan anda semua ambil HPV vaksin sebelum berkahwin untul melindungi anda dari virus HPV dan seterusnya mengurangkan risiko kanser serviks di waktu akan datang.
Untuk anak2 perempuan tingkatan 1 bermula tahun 2010 kerajaan mmg sudah memasukkan HPV vaksin dalam jadual imunisasi kebangsaan, jadinya mereka memang sudah menerima vaksin HPV ketika di sekolah,
So ANDA SANGAT2 BERUNTUNG YA (kecuali pada anak2 yang ibu bapa nya antivaksin, anda dah menidakkan hak anak2 anda untuk mengelakkan diri dari terkena jangkitan HPV), tapi untuk generasi2 sebelum itu semua masih belum menerima vaksin HPV ya.
So bole la mendaftar untuk vaksin di klinik2 swasta sebelum berkahwin ya. Vaksin HPV tiada di klinik kerajaan ya. Harga sedikit mahal tapi kalau berkemampuan sebelum beli rantai emas lebih baik invest untuk kesihatan.
P/s: tapi kalau sudah menerima HPV vaksin dan sudah berkahwin masih WAJIB ya lakukan pemeriksaan pap smear berkala seperti yang saya akan nyatakan di bawah nanti.
Tips untuk yang sudah berkahwin/ ataupun sudah sexually active:
1) Wajib ya lakukan pemeriksaan pap smear setiap tahun untuk 2 tahun berturut- turut, kalau dua2 ujian tersebut normal, kena buat 3 tahun sekali, bukan buat sekali je seumur hidup lepastu bye bye.
Buat sekali je lepastu normal jangan assume yang anda tidak berisiko untuk dijangkiti. KEYWORD di sini ialah saringan pap smear yang konsisten.
2) Cek pasangan kalian dan diri anda sendiri, ada tak penampakan ketuat/ warts di kawasan sekitar kemaluan/ dubur (sila google image GENITAL WARTS dalam internet).
Jikalau ada pada anda atau pasangan, sila jalankan pemeriksaan pap smear, atau HPV test di klinik/ hospital berdekatan dalam waktu terdekat. Di Klinik kesihatan ada ya pemeriksaan ini.
HPV test baru sahaja diperkenalkan di KK, jadinya tak semua KK ada, tapi pap smear MEMANG ADA disemua klinik kerajaan/ klinik desa ya. Jadi tiada alasan wang ringgit.
Kalau anda ada duit lebih sedikit, sila pergi ke klinik swasta yang menawarkan HPV screening test. HPV test screening dan pap smear adalah 2 ujian berlainan tapi tujuannya sama, untuk pengesanan awal tanda jangkitan HPV.
3) Wanita yang dah berkahwin atau dah sexually active tapi belum pernah terima vaksin HPV?? Masih ada benefit ke untuk terima vaksin?
Ya masih ada, tapi tidak seberkesan jika hendak dibandingkan dgn wanita yang menerima vaksin sebelum berkahwin.
Tapi vaksin yang diambil masih ada perlindungan terhadap virus HPV subtypes yang masih belum dijangkiti oleh wanita tersebut. (P/s: HPV virus ada bermacam jenis subtypes ya bole google di trusted website)
Kenapa saya sangat tekankan pemeriksaan awal atau saringan berkala??? sebab kanser pada peringkat awal kebanyakan TIDAK ADA GEJALA LANGSUNG ya,
So kalau dapat dikesan dari awal melalui ujian pap smear insyaALLAH peluang untuk sembuh (survival rate) berkali ganda tinggi.
Kebanyakan yang bergejala seperti keluar darah/lendir/mucus busuk dari kemaluan di waktu yang bukan period kebiasaanya sudah peringkat 3 atau 4. Itu yang sangat menyedihkan sebab gejala kebiasaan keluar bila kanser sudah advance.
Akhir kata, jadilah WANITA YANG BIJAK dengan protect diri sendiri dari dijangkiti virus yang bole membawa maut. Sepanjang kareer saya, saya dah berjumpa dengan pesakit kanser serviks advance semuda umur 26 tahun.
Dan saya baru sahaja break the bad news dekat pesakit perempuan saya yang telah confirm menghidap stage 3 kanser serviks sewaktu baru sahaja mengjangkau 20weeks pregnancy. Sangat2 pilu dan sedih Allah sahaja tahu.
Kanser serviks kebanyakan disebabkan virus HPV so bermakna insyaALLAH kita bole membendung virus ini. tapi apa2 pun ini hanyalah salah satu bentuk usaha, lepas dah usaha barulah tawakal dan serahkan pada Allah.
Saya harap wanita yang membaca penulisan saya,yang masih BELUM PERNAH buat pemeriksaan pap smear sepanjang tempoh berkahwin tidak kira umur berapa pun, sila cepat2 book appointment dengan klinik kesihatan/ klinik desa/ klinik swasta terdekat ya.
Saya harap penulisan saya bermanfaat. Siapa yang baca penulisan ni, saya mohon jasa baik kalian untuk sampaikan ilmu ini kepada ibu/ isteri/ kakak/ adik/ kawan/
Sila jemput komen di bawah untuk sebarang pertanyaan, saya jamin akan ada doktor/student medik yang akan tolong saya menjawab persoalan anda di ruangan komen insyaALLAH.
– Dr Kiki (Dr cabuk) (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini ->ย https://iiumc.com/submit