Assalamualaikum. Kebelakangan ni banyak aku baca confession tentang suami/isteri yang tak nak ‘layan’ pasangan masing2. Yang confess tu mangsa.
Terbalik dengan kisahku. Aku disini ingin meluahkan dari pihak sebaliknya.
Aku seorang isteri. Pertengahan 20an. Usia perkahwinan mencecah 3 tahun. Mempunyai seorang cahaya mata yang sangat comel dan sekarang tengah mengandung anak ke-2.
Suamiku seorang yang sangat baik dan penyayang. Anak pun lebih suka bermain dengan suami berbanding aku. Memang kata orang, typical suami mithali.
Dari awal perkahwinan, tak pernah suami paksa aku buat kerja rumah. Aku tak larat masak, takpa dia belikan. Hujung minggu dia akan masak.
Aku tak larat kemas rumah pun takpa, dia akan tolong mana sempat. Aku tak iron baju kerja dia pun dia tak bising, dia sendiri akan iron.
Aku penat jaga anak? Takpa suami aku tolong uruskan, mandikan, malam2 suami akan tidurkan anak. Apa lagi tak cukup? Takda.
Dari sisi suami, semua dah perfect.NYang tak perfect tu aku. Ya. Aku sangat kurang dari segi nafkah batin.
Awal perkahwinan takda masalah langsung. Tapi sejak mengandung anak pertama, aku mula rasa malas. Rasa takda mood nak ‘bersama’.
Awalnya aku letak syarat untuk tunaikan nafkah batin seminggu sekali. Suami aku okay. Tapi lama2 sebulan sekali. Makin lama makin jarang aku nak tunaikan tanggungjawab aku.
Kenapa? Aku pun taktau. Aku jadi malas, takda mood, takda keinginan langsung untuk kearah tu. Sedangkan suami aku jenis aktif dikatil.
Foreplay cukup lama untuk ‘aktifkan’ aku.
Tapi disebabkan aku takda keinginan, maka memang ‘kering’ dan takda rasa apa. Bagi aku, 2-3 bulan tak adakan s** tu bukan masalah bagiku. Tapi aku tau suami nak sangat aku jalankan tanggungjawab satu itu.
Pada mulanya ada juga bermasam muka disebabkan aku taknak layan. Tapi lama kelamaan dia dah lali. Ibarat aku nak layan, layan. Tak nak layan pun takpa.
Suami aku clingy. Suka nak cuddle. Aku masak dia akan datang peluk dari belakang. Keluar nak pegang tangan. Duduk lepak tengok tv pun nak lentok kepala kat bahu aku. Tidur nak peluk dan kiss.
Tapi aku rimas. Selalu aku tolak bila dia nak peluk dan kiss aku. Kesian sangat suami aku.
Sebab tu dia selalu layan anak, main dengan anak. Bila dia nak peluk anak, anak aku tak nak (biasa la budak 2 tahun) dia sampai cakap,
‘Hmm dah la mama tak nak manja dengan abah, anak abah pun tak nak peluk abah dah.’ Sedih aku dengar. Aku faham tapi aku tak boleh nak kawal perasaan rimas tu.
Sejak aku baca confession cakap hubungan sihat kena aktif hubungan intim, aku jadi terfikir suami aku. Aku rasa bersalah yang teramat.
Mungkin ke aku mati putik?
Aku tengok ramai suggest untuk berurut dengan Momy Loly. Dan aku pun cuba message Momy. Tapi momy cakap pregnant tak boleh berurut. So terpaksa la aku tunggu sampai lepas beranak nanti.
Aku dah bagitau suami, mungkin nafsu aku mati sebab tu aku tak suka adakan s**. Dan aku cakap nak cuba berurut dengan momy since ramai cakap situ elok. Cuma kena tunggu lagi beberapa bulan la sebab aku tengah pregnant.
Oh ya.. Aku pernah jugak mimpi someone tak suka aku dan buat aku tinggalkan suami. Aku fikir nak kena cuba dua2 cara. Berurut dan berubat.
Tapi buat masa sekarang, ada tak yang aku boleh buat untuk tunaikan tanggungjawab aku sebagai isteri.
Dah 6 bulan aku mengandung, rasanya baru 5-6 kali aku ‘bersama’ suami. Itupun aku desak dia suruh habiskan cepat.
Please! Aku sayang suami aku, aku sayang rumahtangga aku.
Apa yang boleh aku buat untuk masa sekarang ni? Yang boleh naikkan nafsu aku? Yang boleh bantu aku lebih bertenaga? Boleh bantu aku untuk lebih berkeinginan?
– Bukan Isteri Solehah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit